Bab 102

4K 154 18
                                    

Tiga tahun kemudian...

Pintu belakang kereta dibuka. Beberapa bungkusan barang dibawa keluar. Dengan senyuman nipis di bibir, lelaki itu berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Sayang..." Suara Iskandar memenuhi ruang tamu yang agak berselerak dengan mainan.

"Hey, sayang papa..." Mata Iskandar terarah kepada seseorang yang sedang bersembunyi di belakang sofa. Tubuh kecil itu sedang memeluk tubuh. Seakan sedang merajuk. Iskandar tersenyum nipis.

"Sayang... Kenapa duduk sini? Sayang papa merajuk eh?" Suara Iskandar lembut. Cuba memujuk.

Pemilik tubuh kecil itu diam dan langsung tidak berganjak dari situ. Wajahnya masam mencuka. "Papa tipu. Papa kata nak balik awal."

"Papa ada meeting tadi sayang. Sebab tu papa lambat. Tapi papa ada beli hadiah tau untuk sayang."

"Amau..."

"Betul ke amau? Okay, kalau macam tu papa..."

Mata anak kecil itu terbuka luas. Menantikan kata-kata papanya.

"Papa buang."

"Papa... Sofea nanak!" Ego anak kecil itu akhirnya tercalar. Nur Sofea berdiri lalu mendapatkan papanya. Dia memeluk erat kaki Iskandar.

Iskandar hanya tersenyum nipis. Dia duduk, cuba memeluk tubuh kecil Sofea. "Nekma mana?"

"Ada dekat belakang rumah," jawab Sofea dengan pelatnya. Mata anak kecil itu tertumpu pada mainan yang dibeli oleh Iskandar. Hari-hari dapat mainan baru!

"Mama mana?"

"Mama sleep." Sofea menjawab dengan suara halusnya. Sebelah tangan memegang bahu papanya.

"Mama demam lagi ke?"

Sofea mengangguk. "Cian mama." Wajah Sofea tiba-tiba berubah sayu.

Iskandar keluh perlahan. Hampir seminggu isterinya demam tapi masih tak kebah kebah. "Okay, wait. Papa nak naik atas. Sofea pergi duduk dengan nekma, okay sayang?"

"Okay papa cayang!" Sofea senyum manis. Dia berjalan ke belakang rumah dengan tangannya masih setia memegang mainan.

Iskandar senyum nipis sebelum naik ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan. Tak mahu mengganggu tidur isterinya.

"Abang..."

Suara seseorang lembut menyapa.

"Iyaa sayang... Ubat dah makan?" Iskandar duduk di tepi katil. Tangannya didekatkan dengan dahi perempuan itu. Masih panas.

Fasha mengangguk. "Fasha dah makan tadi." Fasha tersenyum tawar. Wajahnya kelihatan masih pucat.

"Nak air?" Iskandar menyoal sambil menghulurkan segelas air kosong.

Gelas itu bertukar tangan sebelum diletakkan sebelum ke atas meja lampu. "Sofea ada dekat bawah ke?"

"Haah dengan mama."

Fasha mengangguk perlahan.

"Kenapa tak tidur? Sayang tak ngantuk ke?" soal Iskandar sedikit risau. Perempuan itu perlu banyakkan rehat.

Fasha menggeleng pula. Dia tak mengantuk.

"Tapi abang ngantuk." Iskandar naik ke atas katil. Dia tidur menirap di sebelah Fasha. Perempuan itu dipeluk dari arah tepi.

"Abang pergi mandi dulu."

"Hmm..."

Dalam beberapa minit, Iskandar terlelap. Lelaki itu tertidur dengan baju kerjanya. Penat sangat sampai tak sempat mandi.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now