Bab 80

6.5K 278 53
                                    

Beberapa jam perjalanan, akhirnya Iskandar sampai di kampung itu dengan selamat. Jalan kampung itu yang agak kecil membuatkan dia terpaksa memperlahankan kelajuan kereta.

Terpaku dia melihat pemandangan sawah padi yang menghijau. Tenang hatinya saat ini. Dia terus memandu ke kawasan projek syarikat mereka. Sekali-sekala dia melihat telefon pintarnya, mencari jalan yang betul. Sudah masuk beberapa kali dia melalui jalan yang sama.

Malas mahu memeningkan fikiran lagi, akhirnya Iskandar memutuskan untuk menyoal saja orang-orang kampung ini. Dari jauh, dia dapat melihat sebuah warung di hujung jalan. Kereta mewahnya itu menghala ke situ.

Langkah diatur turun dari kereta dan berjalan memasuki warung yang dipenuhi dengan manusia. "Assalamualaikum, pak cik." Iskandar memulakan perbualan. Dia sedar yang sekarang dia menjadi perhatian beberapa pasang mata. Telinganya turut menangkap bisikan gadis-gadis kampung itu.

"Waalaikummusalam, ya nak. Ada apa?" Pak cik yang berkopiah putih itu menjawab salam Iskandar.

"Saya nak tumpang tanya. Dekat mana kawasan untuk projek pasar DM? Dalam kampung ini?"

"Oh, projek pasar DM. Ya, dalam kampung ni. Kamu nampak jalan tu." Pak cik itu menghala jarinya telunjuknya ke arah jalan. "Kamu ikut jalan tu, kamu terus, lepas itu kamu belok ke kanan. Lepas ke kanan, kamu belok ke kiri pula. Lepas itu, kamu terus je, sampai kamu nampak pokok kelapa sawit. Sebelah pokok sawit tu akan ada jalan kecil. Kamu masuk jalan kecil tu, lepas itu kamu belok pula ke kanan. Kamu terus sampai kamu jumpa papan tanda besar untuk projek pasar DM."

Iskandar sedikit mengerut kening. Dia tak dapat tangkap satu pun!

"Kamu faham, nak?"

Iskandar tersengih kecil. "Hurm... Tak faham pak cik." Tergeleng-geleng kepalanya.

Pak cik itu turut tergelak. Dia sudah mengagak. "Tak apa. Kalau macam itu, Idham akan tunjukkan jalan kepada kamu. Idham sini kejap."

Idham yang baru sahaja sampai di warung itu terus berjalan menghampiri. "Ya, kenapa pak cik?"

"Tolong tunjukkan jalan ke kawasan projek pasar DM tu dekat anak muda ni."

Sekilas Idham mengerling Iskandar. "Boleh. Boleh."

"Sebelum tu, boleh pak cik tanya sikit. Anak ni siapa ya?" Pak cik itu memerhati Iskandar dari atas hingga ke bawah. Dari gaya lelaki itu dan kereta yang dinaikinya, dia dapat menjangkau lelaki ini orang yang berduit. Segak.

"Nama saya Iskandar. Anak kepada Datuk Moktah." Iskandar senyum nipis.

"Oh, anak si Datuk Moktah." Kawan kepada pak cik berkopiah putih itu turut membawa diri ke dalam perbualan mereka. Orang lain hanya mendengar dan mengangguk.

"Datuk sihat?"

"Alhamdulillah. Sihat je, pak cik."

"Nanti kirim salam dekat Datuk ya."

"Insya-Allah. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Terima kasih." Iskandar meminta diri untuk beredar. Rasa seperti lama pula dia berbual di warung itu. Lelaki yang bernama Idham itu sudah mula menghidupkan enjin motosikalnya.

Iskandar masuk ke kereta mewahnya. Dia memandu kereta sambil mengikut Idham dari belakang.  Setibanya di papan tanda besar itu, dia terus memberhentikan kereta dan melangkah keluar.

"Terima kasih sebab tolong tunjukkan jalan."

Idham senyum kecil. "Sama-sama." Tanpa menunggu lama, Idham meninggalkan Iskandar di situ. Banyak kerja lagi yang perlu dia lakukan ketika ini.

Sebaik sahaja kelibat Idham hilang, Iskandar memandang sekeliling. Kawasan projek pasar DM ini agak luas. Tapi kawasannya agak terperinci dan tidak ramai orang yang lalu-lalang di sini. 

"Encik Iskandar?"

Iskandar berpaling. "Ya, saya."

"Selamat datang Encik Iskandar. Saya penjaga kawasan ini. Encik Iskandar boleh masuk ke dalam dan saya akan tunjukkan kawasan ini kepada Encik Iskandar."

Iskandar cuma mengangguk dan membuntuti langkah lelaki itu.

"Hati-hati naik basikal tu. Jatuh nanti!" Melalui jendela, Puan Sakinah berpesan kepada Nina dan Fasha yang sudah bersedia untuk ke kedai dengan basikal. Masing-masing mengayuh basikal sendiri. Malas mahu naik kereta kata si Nina.

"Okey mak! Don't worry!"

"Fasha, awak boleh ke kayuh basikal tu?" Nina agak risau melihat keadaan Fasha yang kelihatan tidak selesa.

"Boleh. Saya okey je, Nina. Cuma rasa pelik sikit."

"Kayuh perlahan-lahan je," pesan Nina. "Boleh saya tanya sikit?"

Fasha anggukan kepala sebagai balasan. Dia fokus melihat hadapan.

"Idham tahu yang awak ni isteri orang dan awak tengah pregnant sekarang?"

Kali ini, Fasha menggeleng sambil mengukir senyuman nipis. "Tak, Idham tak tahu. Saya dah beritahu dia dulu tapi dia cakap yang tu cuma alasan saya untuk tolak ajakkan dia."

Melihat saja dari pandangan Idham, Nina sudah dapat mengagak. Lelaki itu memang menaruh perasaan terhadap Fasha. "Macam mana pun, dia kena tahu yang awak ni isteri orang. Tak apa, nanti saya cuba bercakap dengan dia tentang perkara ini. Saya harap dia tak terkejut."

Fasha tergelak kecil. Dia juga harap begitu.

"Nak pergi mana panas-panas macam ni?"

Suara seseorang datang menyapa. Fasha dan Nina automatik menoleh ke tepi. Mencari empunya suara. Panjang umur lelaki itu.

"Eh, Idham. Kau follow kami ke?" Terperanjat Nina melihat Idham yang turut mengayuh basikal. Sibuk betul dia ni.

"Mana ada. Kebetulan je ni. Kan, Fasha?"

"Ya." Fasha hanya menjawab, sepatah. Mulutnya rasa berat untuk bersuara ketika ini. Mungkin sebab kehadiran Idham yang tiba-tiba.

"Kau orang nak pergi mana ni?"

"Kedai."

"Samalah. Aku pun nak ke kedai. Fasha tak kerja hari ni?"

"Tak. Hari ni kan hari sabtu." Fasha menjawab mahu tak mahu. Dia berhenti mengayuh apabila tiba di kedai runcit. Nina dan Idham turut berhenti mengayuh.

Selepas sepuluh minit membeli barang, mereka keluar dari kedai runcit itu. "Lepas ni kau orang nak pergi mana? Makan ais kacang?"

Nina tak menjawab. Malah, dia melihat reaksi Fasha yang seperti tidak berminat untuk pergi makan ais kacang bersama lelaki itu. "Tak apalah. Kami terus balik rumah. Aku ada kerja nak siapkan ni."

Hati Idham sedikit terkuis rasa kecewa mendengar jawapan itu. Dia benar-benar berharap agar Fasha setuju dengan ajakkannya tapi lain pula jadi.

"Lain kali aje eh?"

Idham mengangguk kepala perlahan.

"Jom balik." Lama diam, Fasha bersuara. Badannya rasa seperti tak berdaya. Penat.

"Jom."

Iskandar singgah di kedai runcit. Matahari yang betul-betul terpacak di atas kepala buat dia berasa kehausan. Selamat ada kedai runcit di dalam kampung ini.

Tak sempat kakinya melangkah ke dalam kedai runcit itu, matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang mengayuh basikal bersama seorang lagi perempuan dan seorang lelaki.

Teringat sesorang, riak wajah Iskandar sedikit berubah. Tu bukan Nina ke? Iskandar bersoal sendiri di dalam hati sebelum dia menyambung niatnya, membeli air untuk menghilangkan haus.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now