Bab 16

12.1K 380 14
                                    

Kalida hanya mampu melihat sekujur tubuh kaku di atas katil milik hospital. Langsung tiada tanda-tanda Fasha akan sedarkan diri. Sudah hampir seminggu perempuan itu pengsan tanpa sedarkan diri.

"Bila Fasha nak bangun?" Soalan Kalida bagaikan angin berlalu. Dia tahu Fasha mungkin dengar apa yang dia katakan sekarang. Tangan naik mengusap rambut Fasha, lembut. Sesekali senyuman menghiasi bibir.

"Bangunlah Fasha. Ida rindu Fasha..."

Kalida memeluk tubuh kaku Fasha. Perlahan-lahan kepalanya diletakkan di atas perut Fasha. Apabila mengingati sesuatu, Kalida menumpahkan air mata. Masih dalam keadaan tak percaya.

Kepala diangkat, Kalida sudah duduk tegak semula. Mata Kalida tiba-tiba membulat saat memandang jari telunjuk Fasha yang seakan bergerak. Terkelip-kelip mata untuk kepastian. Kalida merenung lama buat kali kedua sebelum dia menjerit memanggil doktor.

Alhamdulillah... Fasha!

"Kawan awak dah sedar. So, suruh dia banyakkan rest. Kurangkan makan makanan yang memudaratkan. Insya-Allah, dia akan selamat," pesan Doktor itu. Dia memandang wajah cantik Kalida. "Saya mintak diri dulu."

Kalida hanya mengangguk dengan senyuman kelat. Mendengar saja berita itu, Kalida sudah terkedu. Apatah lagi tuan empunya badan. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.

"Fasha?" Kalida beralih arah, dia berjalan merapati Fasha. Perempuan itu sedang termenung di atas katil. Mungkin bersedih.

Mendengar suara Kalida, lantas Fasha menoleh. "Iya?"

"Ida ada sesuatu nak beritahu Fasha." Dengan senyuman, Kalida bersuara. Cuba menenangkan hati si pendengar.

"Urm... tentang apa Ida?" Wajah Kalida direnung dalam-dalam, menantikan jawapan. Harap semuanya baik-baik. Tak mampu lagi menahan beban seperti sebelum ini. Biar itu dijadikan sejarah hitam.

"Tentang Fasha."

Fasha mengerut kening. Tak faham, tapi dia cuba mentafsir maksud daripada riak wajah Kalida. "Kenapa dengan Fasha?"

"Fasha...." Menahan sebak di dada, Kalida berhenti berkata-kata. Tak mampu meneruskannya. Lambat-lambat dia membuka mulut. "...pregnant."

"Allah..." Fasha laju menggeleng tak percaya. Perkara ini berlaku terlalu cepat baginya. Malah, tiada langsung tanda-tanda yang menunjukkan dia mengandung sebelum ini. Mungkin kerana terlalu awal usia kandungan.

"Sabar... Fasha...." Tersekat-sekat nada suara Kalida. Air mata memang sudah lama meneruni pipi. Tapi pantas diseka.

Tidak dapat menahan lagi, Fasha teresak-esak menangis. Memeluk kedua-dua lututnya. Cuba membawa diri bertenang.

"Fasha... Ida nak tanya sesuatu..." Apabila tangisan Fasha reda, Kalida mengusap bahu Fasha. Dia mula membuka perbualan.

"Tanya apa?" Kepala diangkat memandang Kalida yang sedang berdiri. Jari-jemari digenggam erat, menghilangkan rasa hiba di hati.

"Anak siapa yang Fasha kandungkan?" Lambat-lambat Kalida bertanya. Ingin sangat hatinya mengetahui tentang hal itu. Tapi dia sudah tahu. Cuma belum pasti.

"Fasha tak tahu." Fasha tundukkan kepala, merenung jari. Sekarang dia masih dalam keadaan buntu.

Kalida sudah agak jawapan itu. Dia tak mahu mendesak perempuan itu. "Kenapa Fasha tak tahu?"

Fasha mengunci kata, berat mulutnya untuk bersuara. Buat kali kedua, air matanya tumpah. Biarkan mengalir tanpa disapu.



"Anak abang Is kan?" Kalida memintas bicara Fasha. Punggung terus dijatuhkan di atas kerusi.

Dengan sedih, Fasha mengangkat kepala memandang Kalida. Terkejut dia mendengar nama Iskandar. Mungkin gadis itu sudah tahu semuanya.

"Ida tahu semuanya, Fasha." Kalida tersenyum kelat. Pandangan Fasha turut dibalas. Sejujurnya, dia berasa begitu simpati terhadap Fasha. Tak sangka abangnya terlalu kejam.

"Ida merayu dekat Fasha. Tolong maafkan apa yang abang Is buat dekat Fasha sebelum ini. Ida tahu, susah bagi Fasha. Tapi tolong maafkan abang Is. Abang Is terlalu sayangkan ibu bapa dia sampai dia tegar buat macam ni dekat Fasha." Seperti merintih, Kalida bersuara lebar.

Semua itu, begitu susah bagi perempuan yang bernama Fasha. Lelaki itu sudah buat hidupnya hancur dan musnah. Malah, tiada langsung sinaran kebahagiaan untuknya lagi. "Ida bukan adik kandung Iskandar?" Fasha gagahkan hati juga untuk bertanya.

"Bukan. Mama dengan papa jumpa abang Is sorang-sorang dekat bawah jambatan. Mama kesian tengok abang Is masa tu. Kecik-kecik dah kena buang. Sebab tu, mama bawa balik abang Is ke rumah. Tinggal bersama kitaorang." Kalida tersenyum menceritakan tentang itu. Dia sedih.

Fasha mengangguk faham. Sebabkan ayah dengan ibunya, Iskandar terpaksa tinggal seorang diri di bawah jambatan. Tak sangka semua ini berlaku terhadap lelaki itu. Malah, memang benar apa yang dikatakan oleh Iskandar selama ini.

"Sebabkan mak bapak kau, aku dengan mak aku terpaksa hidup merempat!"

Terngiang-ngiang ayat itu di telinga Fasha. Makin sebak hatinya. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap perut kempis yang bakal membesar nanti. Mama akan jaga kamu, nak. Insya-Allah, mama akan maafkan papa kamu.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now