Bab 34

8.2K 269 10
                                    

Wajah diraup beberapa kali. Dada turun naik akibat mencari nafas. Mata melilau memandang sekeliling. Tidak ingat bagaimana dia boleh berada di atas katil ketika ini.

"Ma... macam mana aku boleh ada di atas katil? Bukan ke aku..." Biji mata kembali membulat. Kepala digelengkan. "Semalam tu mimpi ke?"

Tangannya merayap di atas kepala. Ada bonjolan kecil di situ akibat terhantuk semalam. Maksudnya kejadian semalam... bukan mimpi!

Fasha turun dari katil. Perlahan-lahan dia melangkah. Jujur, memang dia masih takut dengan apa yang terjadi semalam. Tombol pintu dipegang lama sebelum memulas perlahan.

Kosong. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Di bawah lantai turut diperhatikan tetapi tetap tiada apa-apa barang yang terjatuh mahupun pecah. Makin laju jantungnya berdegup.

Langkah masih diteruskan. Kini dia berjalan ke arah anak tangga lalu meneruskan langkahnya itu untuk turun ke tingkat bawah. Beberapa kali dia berfikir apabila tiba di anak tangga terakhir. Tidak tahu apa akan berlaku jika penjahat itu masih ada di dalam rumah banglo ini.

"Eh. Fasha dah bangun? Good morning!"

Fasha menoleh. Kelihatan Kalida sedang menghampirinya dari arah tepi. Wajahnya kembali macam sedia kala. Tidak sepucat tadi.

Dia terus memeluk hangat tubuh milik Kalida tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya. Sungguh! Dia berasa tenang seolah sedang berada di tepi pantai.

"Hey. What's wrong with you?" tanya Kalida dalam keadaan terpinga-pinga. Terkejut dirinya sebentar tadi.

Fasha menggeleng laju. "Nothing," jawabnya sepatah. Pelukan terlerai. Mata dikesat lalu wajah gadis itu dipandang. "Bi... bila Ida balik sini?"

"Pagi tadi."

Kalida kehairanan melihat perempuan yang ada di hadapannya ini. Anak mata perempuan itu ditatap dalam-dalam untuk melihat apa yang tersirat di dalam anak mata yang berwarna koko itu. Mengapa Fasha kelihatan seperti sedang menangis?

"Ida masuk bilik Fasha tak tadi?"

"Oh. Ida masuk tadi sebab nak tengok Fasha."

"Nampak Fasha tidur atas katil?"

"Of course nampak. Why? Kenapa tanya macam tu?"

Kepala digelengkan sambil memikirkan macam mana dia boleh tidur di atas katil sedangkan dia jatuh pengsan akibat terhantuk pada besi dalam almari. Argh! Tertekan!

"Are you okay, Fasha? Nampak macam tak berapa nak okey aje." Melihat riak wajah Fasha, Kalida kembali risau. Entah apa yang difikirkan oleh perempuan itu.

Fasha panggungkan kepalanya. "Oo... okey aje. Just penat sikit. Maybe." Tiba-tiba kepalanya seolah-olah sedang berpusing. Dipicit-picit hilangkan rasa sakit itu.

"Kalau macam itu, Fasha pergi naik dan mandi dulu. Then, turun makan. Ida dah masak," ujar Kalida lembut. Risau melihat keadaan perempuan itu.

"Hurm." Fasha bingkas naik ke tingkat atas kembali. Perkara yang menimpanya semalam masih sedang berlegar-legar di dalam kotak fikiran.

"You sapa?"

"I Diana. You tak ingat I jugak ke?" Sendu mendengar pertanyaan lelaki itu. Walau bagaimanapun, dia tetap perlu menerima kenyataan perit itu.

Lelaki itu menggeleng. Memang dia tidak kenal pun gadis cantik yang berada di hadapannya sekarang. Mungkin ada dalam masa silamnya.

"Umm... Actually, I bekas tunang you." Kerusi ditarik sebelum menjatuhkan punggungnya di situ. Wajah Iskandar ditatap. Masih sekacak dulu. Tiada langsung perubahan di wajah kacak itu membuatkan rindu di hatinya makin mendalam.

"Tunang? Bila kita tunang?" Iskandar tenang. Riak wajah gadis cantik itu diperhatikan pulak. Walaupun sayu sahaja riak wajah itu tetapi tetap kelihatan manis pada pandangannya.

"Two years ago. I'm sorry, Iskandar."

"For what?"

Nafas ditarik dalam-dalam lantas menghembus keluar. Segar betul udara petang ini. "Sebabkan I, kita putus tunang. I betul-betul rasa bersalah. Please maafkan I." Ikhlas dia memohon maaf. Ego telah lama diturunkan. Hanya perlu luahkan sahaja.

"It's okay. Itu story lama, kan? Jadi buat apa kita nak ingatkan lagi. I pun tak ingat apa-apa tentang tu," kata Iskandar. Air disedut menggunakan straw untuk menghilangkan hausnya selepas dikacau kencang.

"You dah tak marahkan I ke?"

"Kan I dah cakap I tak ingat apa-apa pun tentang itu. Jadi buat apa I nak marah you, kan? You start hidup baru. Anggap aje kita tak pernah kenal or tunang sebelum ni." Lebar dia memberi pendapat. Mungkin itu sahaja jalan terbaik untuk kedua-duanya.

Diana terpana. Tidak sangka Iskandar meludahkan ayat sebegitu terhadapnya. Dia tidak boleh terima. "You cakap apa? Anggap yang kita tak pernah kenal? You ingat senang-senang macam itu je ke nak lupakan you?" Suaranya seakan menghilang. Kesabarannya turut hilang.

"Yelah! Sebab kitakan dah tak ada apa-apa hubungan. So buat apa nak ingatkan lagi." Dia masih tenang menjawab walaupun gadis cantik itu sudah seperti mahu menangis.

Diana menggeleng laju. "No. No. You dah silap." Hancur hatinya mendengar ayat sebegitu. Susah untuk dia hadam. Iskandar bukan seperti yang dia sangka.

"I silap? Apa yang I silap?" Kening Iskandar terangkat sebelah. Masih menantikan jawapan.

"You dah silap! I masih cintakan you." Kedengaran kuat di awal ayatnya sehinggakan menjadi tumpuan beberapa pasang mata di dalam kedai itu.

"Cinta? Kenapa you masih cintakan I? Kalau you cintakan I, kita tak akan pernah putus tunang." Senyuman sinis terukir. Walaupun dia tidak ingat apa-apa tapi dia tahu yang gadis ini mungkin telah menghancurkan hatinya dua tahun lepas.

"You tak faham. I buat semua ni untuk masa depan I dan masa depan kita." Diana seakan mahu menangis sahaja di situ.

"Masa depan? Hahaha! Masa depan apa? Tengok apa dah jadi masa depan you dan masa depan kita sekarang?" Sinis sahaja perkataan yang keluar dari mulut Iskandar. Entah mengapa terasa sakit di hati ketika ini.

"Sampai hati you kata macam tu dekat I. You dah tak sayangkan I ke?" Sayu Diana bertanya. Masih berharap ada lagi secebis kasih di hati lelaki itu terhadap dirinya.

"Sorry. I bukan nak sakitkan hati you. Just I nak tahu segalanya, tentang apa yang berlaku dulu." Badan disandarkan di kerusi. Betul! Memang dia ingin tahu segalanya. Menengak apa yang berlaku! Dia tak salah!

DENDAM MR DEVILDär berättelser lever. Upptäck nu