Bab 35 - Part 1

8.8K 230 4
                                    

Dua tahun yang lalu,

"Sayang, janganlah merajuk macam tu." Suaranya lembut memujuk. Suka melihat tunangnya yang sangat dia cintai bersikap seperti kanak-kanak. Dia suka!

Iskandar masih tetap mempamerkan wajah masam dengan mulut yang sengaja dimuncungkan sedepa. Merajuk! "Kalau tak merajuk macam tu, nak merajuk macam mana?" soalnya. Dia menjuih.

"Entahlah. But janganlah buat mulut macam tu. Geram, tahu tak?" Bibirnya tidak pernah menghilangkan senyuman manis. Ayu sahaja raut wajahnya. Yang melihat senyuman manis itu, mungkin akan jatuh cinta pandang pertama.

Senyuman nakal mula menghiasi bibir Iskandar. "Geram? Geram macam mana tuh? Pelik je bunyi ayat tuh," tanya Iskandar sengaja mahu menyakat tunangnya itu. Diana yang sedang duduk disebelahnya didekati perlahan-lahan.

Diana cuak. Otak lelaki disebelahnya sudah memikirkan perkara lain. Biru sungguh! Dia menggesot ke tepi agar berjauhan sedikit daripada lelaki yang sedang menghampirinya. Gatal!

"Taa... tak. I bukan maksudkan macam itu. I cuma cakap geram je." Kepala yang tidak gatal digaru. Kening diangkat sedikit. Dia memandang Iskandar yang masih tersenyum nakal.

"Eh. Betul ke?"

"Betullah!"

Iskandar mula berundur ke belakang kembali dengan tawa yang tiba-tiba meluncur keluar. Dia dapat melihat muka takut gadis itu. Cantik.

"I gurau je la, sayang. Janganlah takut." Mata gadis itu ditatap dalam-dalam. Tenang rasa di hati. Gadis yang dia cintai masih setia berada di sisi walaupun bermacam-macam perkara yang menimpa.

Jelingan maut dilemparkan kepada Iskandar. Cuak juga dirinya apabila melihat lelaki itu mendekatinya dengan senyuman nakal. Bukan boleh main-main dengan nafsu lelaki. Dia terkam kang, nangis tak berlagu pulak!

"Eee! Jahatlah!" Diana membuang pandangan ke arah lain. Tidak mahu melihat wajah tampan lelaki itu. Giliran dia pula untuk merajuk. Tangan mula memeluk tubuh.

"Alololo. Dia merajuk eh?"

"Tak!" nafi Diana. Mulut mencebik seperti kanak-kanak yang tidak mendapat gula-gula.

Iskandar bangun lalu duduk mencangkung di hadapan tunangnya. Wajah Iskandar kelihatan lebih kacak apabila mengukir senyuman. "Sayang, I gurau je. Takkan I nak buat benda tak elok dekat you pulak, kan?"

Lembut suaranya berbicara dapat menenangkan hati sang pendengar. Wajah manis tunangnya ditatap lama. Memang dalam rasa suka, sayang mahupun cinta terhadap gadis yang ada di hadapannya kini. Dia takut kalau kehilangan orang yang dia cintai satu hari nanti.

Hatinya cair mendengar suara Iskandar tadi. Pandangan dialihkan ke wajah tampan Iskandar yang sedang mencangkung di hadapannya. Ingat sweet ke? "Ye! I pun tahu yang you tak akan buat macam itu dekat I," ujar Diana berani.

"Yakinnya kamu!" kata Iskandar pula sengaja mahu mengusik. Suka dia melihat riak wajah masam mencuka gadis itu. Cumil tambah bambam!

Sekali lagi jelingan maut dihadiahkan kepada Iskandar. Wajah masam mencuka? Itu semestinya!

"Pergi shopping, jom?"

Bersinar-sinar anak mata Diana mendengar ayat itu. "Shopping? Nak!" ujar Diana teruja sehinggakan mahu melompat-lompat. Rambut diseka ke belakang telinga.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now