Bab 44

7K 247 8
                                    

"Iskandar, mama nak tanya sikit ni. Mari duduk sini." Datin Zarina memandang anaknya yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah agam mereka.

Iskandar dengan pantas menghampiri wanita tua itu yang sedang berada di meja kopi. Lelaki itu mengambil tempat di hadapan mamanya. "Nak tanya apa, ma?"

"Jujur dengan mama. Betulkah Is nak kahwin dengan Diana?" tanya Datin Zarina, serius. Terasa dingin sekali di situ. Tambahan pula, pintu belakang dibuka luas membuatkan angin malam menyapa lembut.

Wajah Iskandar sudah berubah selepas mendengar pertanyaan itu. Terkelu lidah untuk menjawab. Entah mengapa. "Hurm, Is nak tebus balik kesalahan Is dekat dia, ma. Harap mama tak halang keputusan Is."

Wanita tua itu tersenyum lebar. Mustahil kalau dia menghalang. Ini adalah keputusan terbaik yang pernah anak lelakinya buat. "Mama tak akan halang keputusan Is. Mama lagi suka adalah," jujur Datin Zarina berkata. Sungguh bahagia dirinya ketika ini.

"Are you serious, ma?"

"Yee, mama serious."

Iskandar tersenyum nipis. Terbit sedikit rasa bahagia di hati tetapi rasa tidak sedap hati mula bertakhta. Tidak tahu keputusan yang dia lakukan adalah betul ataupun tidak.

"So mama rasa kita nak buat bulan berapa pernikahan Is dan Diana?"

"Ikut Iskandarlah tapi mama nak secepat yang mungkin."

Beberapa puluh minit perjalanan, akhirnya Iskandar dan Diana tiba di rumah banglo milik Kalida. Ada sesuatu yang mereka perlu bincang dengan gadis itu.

"Ada apa datang rumah Ida ni?" tanya Kalida seraya melangkah turun dari anak tangga. Dia menghampiri pasangan yang sedang duduk di atas sofa panjang.

"Kami nak tanya pendapat Ida." Wajah tanpa reaksi dipamerkan oleh Kalida. Dia tahu adiknya mungkin tidak suka dengan kehadiran mereka berdua. Marah masih berbaki.

"Pendapat? Tentang apa?"

"Tentang majlis pernikahan kitaorang," jawab Diana apabila hanya bisu sebentar tadi. Dia dapat menghidu keadaan dingin antara Iskandar dan Kalida.

Gadis itu hanya diam.

"So, Ida rasa kita kena cepatkan tak tarikh pernikahan kitaorang?" Iskandar menyuakan soalan.

"Ida tak kisah pun cepat atau lambat," ujar Kalida acuh tak acuh sahaja. Mulut seakan berat untuk menjawab.

"Kalida oo Kalida! Ida dekat mana?"

Mereka bertiga tersentak apabila mendengar jeritan dari tingkat atas. Suara itu seolah sedang melangkah turun ke bawah.

"Ida ada dekat sini."

"Oh! Dekat ruang tamu rupanya."

Perasaan bersalah mula menyalar ke dalam hati Iskandar selepas melihat pemilik suara tersebut. Perempuan itu belum menerima pemohonan maafnya.

Nur Fasha berhenti dari melangkah. Kaget dengan apa yang dia lihat. Ingatkan lelaki itu tidak akan lagi menjejak kaki ke rumah banglo ini. Tetapi tidak. Gadis cantik yang ada di sebelah Iskandar turut diperhatikan. Siapakah itu?

Tak. Tak. Tak. Dia tak cemburu.

"Ada apa?" tanya Kalida.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now