Bab 71

4.8K 232 59
                                    

"Mama..." Iskandar mendapatkan tubuh Datin Zarina dan dipeluk erat sebelum dahi wanita tua itu dikucupnya pula.

"Iskandar!" Datin Zarina menguntum senyuman ceria. Belakang lelaki itu diusap penuh kasih sayang. "Kamu ada mana tadi?"

"Is ada di rumah, ma..." Saat Iskandar menghampiri, Datuk Moktah turut menepuk lembut bahu anaknya itu.

"Fasha tak ikut sekali?" soal Datuk Moktah selepas perasan Iskandar hanya berseorangan.

Iskandar hanya menggeleng. Senyuman gembiranya tadi turut lenyap dari terus mengukir.

"Is masuklah, jumpa Diana. Mama dan papa nak balik rumah dulu. Papa ada kerja sikit dekat ofis," terang Datin Zarina, meminta diri untuk pulang ke rumah. Sudah masuk empat jam mereka di hospital.

"Kalau macam tu, Is masuk dulu." Melihat anggukan dari Datin Zarina, Iskandar lantas menyusun langkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan bekas tunangnya itu.

Jatungnya berdebar-debar saat tangan menolak muka pintu.

"Diana..."

Suara Iskandar lembut menyapa. Gadis yang tadinya terbaring lemah di atas katil, sekarang sudah bangun menduduk. Wajah gadis itu masih pucat lesi.

"You... you buat apa dekat sini, Iskandar?" Anak mata Diana agak terbuntang luas. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"I nak tengok you, Diana..." Iskandar duduk di atas kerusi khas yang ada di sebelah katil. Berat mulutnya untuk memuntahkan bicara.

"Oh... You datang sorang ke? Mana wife you?" Diana jenguk-jenguk sendiri, gaya mencari kelibat isteri lelaki itu. Kosong. Hanya mereka berdua saja di dalam bilik rawatan ini.

Iskandar geleng. "I datang sorang."

"Kenapa you tak bawa wife you?" Kening Diana berkerut-kerut, menunggu jawapan daripada lelaki itu.

"I... I tak suka dia. Dia punca you jatuh sakit, Diana..." Suara Iskandar dalam. Lelaki itu seakan cuba mengawal emosi.

"Tak baik you cakap macam itu, Is. I sakit teruk macam ni, bukannya salah isteri you. Isteri you tak ada kena mengena dengan sakit I ni."

Gelas kaca di atas meja cuba dicapai Diana sebelum dia dibantu oleh Iskandar. Gelas kaca itu bertukar tangan.

"You tak sedar ke, kalau perempuan tu tak muncul dalam hidup I dan hidup you, semua ni tak akan berlakulah." Iskandar berkata tanpa berfikir. Baginya, itu kenyataan yang benar.

Terpempan Diana mendengar kata-kata itu. "Kenapa you cakap macam tu? Perempuan tu isteri you. Kecil hati dia kalau dia dengar apa yang you cakap ni."

Iskandar senyum senget. "Sebabkan dia, kita tak kahwin. Kalau tak, mesti kita dah hidup bahagia sekarang." Hati lelaki itu kembali terguris saat mengingati segalanya. Terbayang-bayang wajah perempuan itu di birai matanya.

Arghh, cukuplah! Aku benci!

"Apa yang you mengarut ni, Is?" Diana berdecit halus. Sungguh dia tidak mengerti apa yang disampaikan oleh lelaki itu. Naik pening dia fikir.

"Kenapa you tak datang majlis pernikahan kita hari itu? Ada sapa-sapa halang you ke?" Persoalan itu kembali bermain di benak fikiran. Dia masih mencari-cari jawapan yang bakal didengarinya sebentar lagi. Mesti ada sebab.

"No, Iskandar. I tak hadir majlis pernikahan kita hari itu sebab I nak you kahwin dengan Fasha. I yang mesej you suruh you kahwin dengan dia," jawab Diana tanpa teragak-agak. Dalam-dalam dia menatap anak mata Iskandar. Lelaki itu kelihatan agak terperanjat dengan jawapan yang diberinya.

Kenapa?

"Kenapa you buat macam tu? Ke sebenarnya perempuan tu yang ugut you tak bagi you pergi majlis pernikahan kita?" Iskandar mula mengagak dan menuduh.

Pantas kepala Diana tergeleng-geleng. Membantah. "Taklah. I buat macam tu sebenarnya untuk kebahagiaan you, Iskandar." Lirih gadis itu bersuara. Cuba memahamkan Iskandar yang semakin jauh dengan kebenaran.

Iskandar tertawa buat-buat. Diikuti dengan gelengan kecil. "Kebahagiaan? Apa yang dimaksudkan dengan 'kebahagiaan' tu?

"You cintakan dia, Iskandar. You cintakan Fasha. I sudah tahu semuanya."

Berat Diana menyuarakan kata-kata itu. Bibirnya dikemam kuat. Seraya, hatinya ditenangkan. Dia cuba menafikan kehadiran air jernih yang sudah bertandang di kolam matanya.

"I tak cintakan dia." Senada lelaki itu membantah. "I bencikan dia."

"Sebelum you hilang ingatan, you memang cintakan dia. I baca diari you. You betul-betul cintakan Fasha." Diana meluahkan segalanya. Rahsia yang dia simpan berkurun dulu.

Iskandar mati akal. Ingatannya masih lemah untuk mengingati hal-hal remeh seperti itu. Otaknya cuba menyusun kata. "I tak faham maksud you..."

"I baca diari you tiga tahun lepas, Is... Seminggu selepas pertunangan kita, I terbaca diari you. You tulis dalam tu yang you cintakan Fasha. You kenal dia dah lama, Iskandar. Lama daripada you kenal I. Dia first love you. Mustahil untuk you benci dia walaupun you tulis dalam diari you yang you benci dia. Sebab tu I nak you kahwin dengan dia. I nak you bahagia."

Panjang lebar Diana bersuara. Lega rasanya selepas dia meluahkan apa yang disimpannya selama tiga tahun ini. Kenyataan itu pernah buat dia terkaku tanpa perasaan. Sungguh berat untuk dia menerima sebelum ini. Sekali lagi, matanya terpejam rapat. Cuba menguatkan semangat yang semakin kabur.

Demi kebahagiaan Iskandar, dia kuat.

"I tak ingat langsung apa yang you cakapkan ni. I tak tahu." Iskandar cuba mempertikaikan bicara gadis itu sebentar tadi. Dia sendiri tidak yakin. Bukti belum ada di depan mata.

Jika benar, kenapa Fasha langsung tidak menceritakan hal itu kepadanya sebelum ini? Atau ada sesuatu yang disembunyikan oleh isterinya itu?

"But... Why you sanggup buat semua ni? Kalau betul you sayang I, kenapa you tak datang majlis pernikahan kita? Kenapa you biarkan I kahwin dengan perempuan tu?" Iskandar masih tidak dapat menerima alasan 'bodoh' gadis itu.

"Sebab you cintakan dia. You tak cintakan I. I nak you bahagia dengan orang yang pernah you cinta sepenuh hati you. I'm sorry." Jarinya naik menyeka air mata yang tak diundang itu. Dirinya betul-betul kelihatan sangat lemah sekarang. Tergetar-getar tangannya cuba menampung tubuh.

Iskandar mengeluh sebal. "You dah banyak berkorban untuk I. Sepatutnya you yang patut bahagia dengan I. Bukan dia."

"Enough, Iskandar. I cuma nak you bahagia. I rasa you patut balik sekarang. Kesian wife you."

"Selepas I jumpa diari tu, I akan kahwin dengan you." Iskandar bangun tika di hujung kata. Anak matanya terarah pada muka pucat gadis itu. Kesian gadis itu.

Iskandar mengukir seulas senyuman nipis sebelum melangkah pergi. Niatnya ke mari hanya untuk memohon maaf, tapi lain pula yang terjadi. Perasaan geramnya turut ditahan seboleh mungkin.

Urusan kita belum selesai, Fasha.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now