Bab 93

5.7K 316 40
                                    

Selepas mandi dan lengkap berpakaian, Fasha turun ke tingkat bawah. Semua penghuni di dalam rumah agam ini sedang menunggunya di meja makan.

"Fasha! Turun pun menantu mama ni. Mari, duduk sebelah Iskandar." Dari jauh, Datin Zarina bersuara apabila melihat kelibat Fasha.

Fasha senyum nipis. Dia terpaksa mengambil tempat di sebelah Iskandar dan berhadapan dengan Kalida. Kalida tersenyum lalu menghirup air teh.

"Nak nasi goreng atau mi goreng?" Iskandar yang tadi hanya menjadi pendengar, akhirnya bersuara.

Fasha yang mendengar pertanyaan itu langsung menjawab, "Yang mana pun tak apa."

Iskandar terus menyenduk nasi goreng yang ada di hadapannya untuk Fasha. Datuk Moktah, Datin Zarina, dan Kalida menjadi pemerhati.

"Ehem..." Kalida berdehem apabila semua orang di meja makan hanya diam tak bersuara. Semua mata memandang ke arahnya.

"Kenapa Ida?" Soal Datuk Moktah. Hari ini dia tidak pergi ke pejabat. Katanya, mahu mengikut Datin Zarina ke suatu tempat.

"Nothing, pa." Kalida tersengih. Dia sengaja mahu melihat reaksi Iskandar dan Fasha. "Semalam akak tidur dalam bilik Iskandar eh?"

Fasha angkat kepala. Wajahnya sedikit memerah apabila mendengar soalan itu. Kalau tak dipaksa, memang dia tidak akan tidur sebilik dengan Iskandar.

"Biarlah, Ida. Fasha nak tidur dengan abang Is. Yang Ida tu. Takkan sampai bila-bila nak tidur seorang? Tak teringin nak tidur berdua pula?" Datin Zarina turut menyoal. Sengaja mahu mendengar jawapan gadis itu pula.

Kalida tersedak. Terbatuk-batuk gadis itu.

"Amboi. Sampai tersedak. Susah sangat ke soalan mama ni?" Boleh pula dia buat-buat tersedak, punya semangat kita nak dapat menantu lelaki.

"Apa mama ni. Calon pun Ida tak ada lagi. Macam mana nak kahwinnya, kan papa kan?"

"Kalau macam tu, papa tolong carikan. Boleh?" ujar Datuk Moktah, sengaja mahu mengusik Kalida. Matanya masih tertuju ke arah nasi goreng.

"Papa!" Kalida mencebik. Papanya sengaja mahu berpihak kepada mamanya. Kalau dia seorang, memang tak menang la jawabnya!

"Kawan Is pun banyak yang bujang." Iskandar mencelah. Bukannya dia tidak tahu yang Kalida sedang menaruh hati terhadap kawannya yang seorang itu.

Kalida mengemam bibir. Tajam pandangannya menikam anak mata Iskandar. Matanya seakan memberi isyarat kepada Iskandar supaya tidak meneruskan kata. Tanpa sedar, hujung bibirnya sedikit terangkat. Abang ustaz, sapa je yang tak mahu hehe...

Terperasan dengan hujung bibir Kalida, Iskandar buat-buat tak nampak. Dalam diam, dia turut tersenyum senget.

"Hari ni, akak nak pergi mana-mana tak?" Bahu Fasha ditepuk dari belakang. Kalida cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Fasha. Selepas sarapan tadi, Datuk Moktah dan Datin Zarina terus bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan sahabat lama mereka di suatu tempat.

Fasha menggeleng sebagai jawapan.

"Ida nak pergi pantai petang ni. Akak nak ikut?"

"Pantai?" Mendengar itu, wajah Fasha sedikit berubah. Bibirnya mengukir satu senyuman sambil tangannya mengusap lembut perut yang semakin membesar.

"Petang ni, mama bawa baby pergi jalan-jalan dekat pantai tau." Fasha berujar perlahan. Tapi mampu capai ke pendengaran Kalida. Gadis itu turut tersenyum.

"Akak nampak abang Is? Dari tadi Ida tak nampak pun abang Is." Kalida tertoleh ke kiri dan ke kanan seolah mencari kelibat Iskandar di halaman rumah. Wajah Fasha dipandang semula.

DENDAM MR DEVILМесто, где живут истории. Откройте их для себя