Bab 8

14.6K 411 9
                                    

Kemeja tangan panjang milik Iskandar disarungkan ke tubuh. Rambut diikat kemas. Wajah dibiarkan sahaja tanpa solekan. Walaupun dia tidak mengenakan apa-apa solekkan, wajahnya tetap kelihatan cantik. Cantik semula jadi.

Kaki Fasha melangkah keluar dari bilik. Dengan senyuman, dia berjalan. Memang tidak sabar-sabar rasanya mahu pulang ke rumah. Yeay! Balik!

Dalam perjalanan turun ke tingkat bawah, telinga Fasha tiba-tiba menangkap bunyi pelik. Mata terpaku ke arah bilik yang berada di sebelah bilik Iskandar. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah pintu bilik itu dan mendekatkan cuping telinganya di pintu itu.

"Iskandar.... ah!"

Fasha menjarakan telinganya dengan pintu bilik itu. Kedengaran sangat jelas suara Gina di dalam sana. Tak mungkin dia dengan Iskandar... no!

Belum sempat Fasha beredar pergi dari situ, pintu bilik itu dibuka dari arah dalam. Mata Fasha spontan membulat. Terkejut.

"What are you doing here, huh?" soal Iskandar gugup. Dia terkejut dengan kehadiran Fasha di hadapan pintu bilik tersebut.

"Tak buat apa pun," kata Fasha sambil mencuri pandang ke dalam bilik itu. Mata memandang Gina yang sedang berbaring di atas katil dengan pakaian yang bersepah di atas lantai. Tepat sungguh tekaannya. Dia kecewa.

"Kau dah siap?" Iskandar sengaja mengubah topik apabila sedar yang Fasha sedang mengintai-ngintai ke dalam bilik itu.

Fasha mengangguk. Dia mengalihkan pandangannya dan melihat muka tampan Iskandar. Kecewa dengan apa yang baru dia lihat. Walaupun dia benci Iskandar tapi perasaan sayang itu masih ada di dalam hati.

"Kau tunggu kat bawah. Sekajap lagi aku turun." Iskandar menutup kembali pintu bilik itu. Tidak mahu lama-lama di situ.

Mata Fasha mula merah. Memang sakit apabila tengok orang yang kita sayang, bahagia dengan orang lain. Sekarang baru dia tahu kenapa Gina tidak suka akan dirinya. Selepas menyeka air mata, Fasha meneruskan niatnya ke tingkat bawah.

"Kita dekat mana ni?" Fasha terpinga-pinga. Dia melihat sekeliling, hanya sebuah rumah saja yang berada di situ.

"Your home." Iskandar tersenyum sinis. Pintu kereta Audinya dihempas perlahan. Mereka berdua sudah berdiri tegak di hadapan rumah besar itu.

"Rumah aku?" Sejak bila rumah dia duduk dekat tengah-tengah hutan? Merembang bulu roma apabila duduk dekat sini! Fasha melihat Iskandar, cuba mencari sesuatu.

Iskandar tidak menjawab. Tangannya sengaja bertaut rapat tangan Fasha. Mereka beriringi masuk ke dalam. Terkebil-kebil Fasha melihat. Dia terkejut dengan tindakan Iskandar. Kali ini dia rasakan seperti ada renjatan elektrik.

Sebaik saja mereka melangkah masuk ke rumah tersebut, bau arak mula menerpa ke dalam rongga hidung. Terkembang-kempis Fasha menahan bau itu. Dipandang Iskandar sekilas. Lelaki itu hanya beriak kosong seolah-olah sudah biasa dengan bau ini.

"Iskandar." Fasha berhenti dari berjalan. Sebabkan tangan mereka bertaut, Iskandar turut terhenti. Lelaki itu memaling muka memandang Fasha.

"Kenapa kau ni?"

"Kita de... dekat mana ni?" Fasha mula rasa takut saat melihat sekeliling. Ramai perempuan yang ada di dalam rumah itu, membuatkan Fasha tidak senang duduk. Tambahan pula semua memakai baju tak cukup kain, lagilah buat Fasha tidak senang duduk.

Iskandar senyum sinis. Lantas dia meneruskan langkah ke sesuatu tempat. Lelaki itu kelihatan sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Mungkin selalu berkunjung ke sini rasanya.

"Iskandar, kamu ngapain disini." Seorang wanita tua menegur secara tiba-tiba dengan bahasa seberang digunakan.

Iskandar dan Fasha terus menoleh. Iskandar membalas senyuman wanita tua itu. Manakala, Fasha hanya beriak kosong. "Aku nak hantar budak baru. Barang baik punya." Anak mata Iskandar terarah kepada Fasha sekarang.

Fasha telan liur. Budak baru?

"Cantik banget." Wanita tua itu turut menukar tatapan. Fasha kini menjadi perhatian mereka berdua.

Fasha menggeleng.

"So, lepasni kau boleh duduk sini. Dengan ibu ayam." Iskandar bersuara. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut seseorang. Seorang perempuan datang menyapa Iskandar. "Hensem." Perempuan itu berlalu pergi.

Iskandar membalas senyuman perempuan itu. Sekarang dia memandang ke arah Fasha.

Mata Fasha sudah membulat. Ibu ayam? Maksudnya semua perempuan tak cukup kain tadi... pelacur kiranya! "Tak nak!" Kepala Fasha tergeleng-geleng.

"Aku nak balik rumah aku, Iskandar." Fasha suara lembut. Dia mahu menagih secebis simpati daripada lelaki itu. Walaupun dia tahu itu mustahil.

Iskandar sembunyikan senyuman. Dia memang sengaja nak buat perempuan itu cemas.

"Kau nak duduk sini atau balik rumah aku?"

"Rumah aku! Aku nak rumah aku." Fasha terjerit-jerit di situ. Dia langsung tidak hiraukan beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arah mereka.

"No. Aku tanya duduk sini atau balik rumah aku? Kalau kau tak nak ikut aku balik, kau duduk sini." Iskandar seperti malas mahu melayan.

"Tapi aku..." Fasha buntu. Dia bagaikan hilang kewarasan seketika.

"Ikut suka hati kaulah." Iskandar mengeluarkan beberapa keping duit dari kocek seluarnya. Kemudian dia hulurkan kepada wanita tua itu. "Jaga dia elok-elok. Aku balik dulu. Apa-apa call aku." Iskandar terus berjalan meninggalkan Fasha yang terkulat-kulat.

Fasha sudah gelabah. Iskandar semakin hilang dari pandangan mata. Tanpa berfikiran panjang, dia berlari mendapatkan Iskandar.

"Aku nak balik rumah kau, Iskandar!"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now