Bab 26

9.1K 299 3
                                    

"Jadi boss nak saya cari gadis ini?"
Lelaki itu berjalan mendekati bossnya. Gambar yang diberi sudah ditatapnya lama. Cuba melihat kalau-kalau mereka pernah bersua muka sebelum ini.

"Aku nak kau cari latar belakang dia, mana dia tinggal dan semua tentang dia," kata si boss sambil berjalan ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka. Plastik berwarna hitam dicapai dan kemudian dibawa bersama menghampiri lelaki itu.

Melihat saja si boss mendekati, lelaki itu memperbetulkan kedudukannya. Tadi dia duduk, sekarang dia sudah berdiri tegak hormat. "Boss nak bila maklumat gadis ini?"

"Secepat mungkin." Plastik hitam dibuang ke tanah, barang yang ada di dalam itu sudah berada di dalam tangan. "Nah, ni bayaran kau. Aku bayar separuh dulu. Nanti lepas selesai kerja kau, baru aku bayar separuh lagi." Duit yang diikat kemas dengan beberapa getah dihulurkan kepada lelaki itu.

"Baik boss!" Dengan kalutnya, lelaki itu menggambil ikatan duit itu lalu dikiranya. Takut-takut bossnya tidak memberi duit yang cukup seperti dijanjikan. Selepas selesai, lelaki itu mengangguk kecil.

"Fasha serius-serius ke nak pergi hospital ni?" Kalida bertanya dengan pandangan resah. Tangannya mengenggam erat tangan Fasha. Mata menikam anak mata perempuan itu.

Tindakan Kalida mengundang gelengan kecil dari Fasha. "Serius." Terus Fasha melakar senyuman nipis. Tangan sebelah lagi itu naik mengusap lembut kepala gadis itu yang tidak berlapik sebarang tudung.

"Kalau tak pergi, tak boleh ke?" Kalida menjuih manja. Lambat-lambat genggaman itu terlerai dengan sendirinya. Terus kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.

"Kena pergilah." Fasha mengecilkan mata, merenung Kalida. Dia tidak tahu apa yang ada dalam fikiran gadis itu sehinggakan mahu menghalangnya daripada pergi ke hospital. Padahal sebelum ini boleh saja. Pelik!

Kalida laju menggeleng beberapa kali. "Tak payah pergilah."

"Mana boleh."

"Tak payah."

"Kenapa tak payah?" Fahsa bertanya dengan kening yang berkerut. Dia mahu mengetahui jawapan.

Kalida terdiam sendiri. Kemudian dia menggeleng dengan bahu diangkat sedikit. Dia pun tidak mempunyai alasan tersendiri yang sesuai untuk dilontarkan. Tapi di lubuk hati, dia dapat rasakan sesuatu yang kurang enak. Mungkin itu cuma perasaanya saja. Dia tidak tahu!

"Fasha kena pergi juga hospital." Fasha sudah berdiri. Namun dia kembali duduk saat tangannya ditarik Kalida.

"Nak Ida temankan?"

"Tak apa. Ida ada meeting kan?" Buat kali kedua, Fasha berdiri semula dan kali ini tiada halangan.

Kalida mengangguk dengan cebikkan di bibir. Dia tidak sepatutnya berujar seperti itu. Mungkin semua yang dia rasa tadi cuma perasaannya saja. "Take care tau."

Fasha mengangguk faham. "Insya-Allah."

Nur Fasha berjalan perlahan-lahan menuju ke perhentian bas yang terletak di hadapan hospital itu sahaja. Walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter, tetapi kakinya tetap terasa lenguh.

Ramai juga orang yang datang ke hospital hari ini sampaikan dia tidak tahu nak duduk mana tadi. Nafas berat dilepaskan. Kepenatan mula dirasainya. Budak perempuan yang dijumpainya tadi mula berlayar di ingatan.

"Mama!"

Fasha yang sedang duduk di kerusi milik hospital tersebut terkejut dengan panggilan yang diberi oleh seorang budak perempuan kepadanya.

Budak perempuan yang sedang berdiri di hadapannya dipandang sebelum dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kalau-kalau ibu budak perempuan ini ada berdekatan sini. Padahal dia sendiri tidak tahu.

"Me?" tanya Fasha sambil jari telunjuknya menunding ke arah dirinya sendiri. Mama? Lambat lagi aku nak jadi mama! Huaaa!

Budak perempuan itu mengangguk sambil memaparkan sebaris gigi putih kecilnya. Terkebil-kebil dia memandang Fasha yang dianggap mamanya itu.

"Mama adik mana?"

Jari telunjuk kecil milik budak perempuan itu ditunjukkan ke arah Fasha yang masih setia memerhati.

Fasha terkejut sekali lagi. Mukanya ditenangkan lalu senyuman manis diukir. Salah orang ni.

"Auntie bukan mama adik. Adik salah orang ni." Lembut sahaja suara Fasha ketika itu sebelum wajah budak perempuan itu bertukar menjadi masam mendengar bicara Fasha.

"Sayang!"

Terdengar suara lembut dari arah tepi membuatkan Fasha automatik toleh ke tepi. Kelihatan seorang perempuan mengandung sedang menghampiri mereka.

"Mama!"

Budak perempuan itu terus memeluk kaki perempuan mengandung itu. Wajah disembamkan di kaki mamanya. "Pergi mana tadi? Risau mama." Rambut anaknya diusap lembut. Dia merendahkan tubuh menyamai kedudukan anaknya.

"Corie ma... Isy cari mama tadi tak umpa." Budak perempuan itu menundukkan kepalanya memandang lantai. Rasa bersalah agaknya.

"Lain kali jangan buat lagi, faham?" Hidung kecil anaknya dicuit lembut.

"Aham!"

Anak mata perempuan mengandung itu terus tertumpu ke arah Fasha yang masih setia menjadi penonton. "Sorry kalau anak saya ada kacau awak." Perempuan itu senyum dan berdiri tegak semula.

"Eh, taklah. Mungkin dia ingat saya ni awak kot." Fasha bersuara tertahan-tahan nafas. Agak janggal keadaan sekarang. Dia membalas senyuman manis itu.

Fasha senyum nipis saat mengingati kejadian tadi. Satu hari nanti, mungkin dia juga akan lalui seperti itu. Fasha sambung berjalan menuju ke perhentian bas.

Pin! Pin!

Mendengar saja bunyi hon yang bertalu-talu, Fasha tersedar dari lamunannya. Dengan laju dia menoleh ke tepi. Terkelip-kelip matanya berkali-kali sebelum...

BAM!

Mata dicelik lambat-lambat. Ditatap siling yang asing baginya. Kipas yang terpusing-pusing direnung penuh kepelikan. Dia dimana sekarang?

Fasha bangun dalam sesaat. Namun dia terbaring semula. Terpejam-pejam matanya menahan rasa sakit di perut. Ianya seolah sedang memulas.

"Sa... sakit..." Tertahan-tahan suara Fasha bersuara. Air mata yang tidak dipinta sudah menjalar di pipi. Tidak tertanggung rasa perit ini.

"Are you okay?"

Fasha laju menggeleng. Dia tidak tahu siapa empunya suara itu, dan dia langsung tidak mahu ambil tahu dalam keadaan seperti ini. "Ta... tak..."

"Okay! Saya panggil doktor."

"Fasha..."

Nama Fasha diseru oleh seseorang. Fasha termenung seorang diri di atas katil hospital. Tingkap yang terbuka luas direnung lama, terlihat awan biru terbentang luas.

"Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku dekat awak. Saya harap awak terima maaf saya. Saya betul-betul tak nampak yang awak tengah lintas." Lelaki itu berlirih sedih. Suara yang lembut menyapa ke dalam telinga Fasha.

Fasha diam tanpa suara. Dia sengaja tidak mahu menjawab. Lelaki itu bagaikan sudah hancurkan masa depannya. Selepas menyeka air mata, Fasha berpaling lambat-lambat. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.

"Is... Iskandar?"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now