Bab 19

10.9K 335 9
                                    

Datuk Moktah menyusun langkah ke bilik hotel. Kakinya saja yang melangkah. Namun fikirannya sudah melayang entah ke mana. Masih terbayang-bayang tubuh lelaki tadi di birai mata. Lelaki tersebut terlalu cepat menghilang sehinggakan dia tidak sempat untuk mengejar.

"Abang..."

Datuk Moktah mengangkat muka, memandang wajah si isteri. Lambat-lambat senyuman diukir. "Iya?"

"Abang pergi mana?" Datin Zarina memerhati dari balkoni. Mendengar saja pintu bilik ditutup tadi, dia terus berpaling mencari kelibat si suami.

Datuk Moktah mendekati Datin Zarina. "Abang turun ke bawah." Dia bersuara saat berada di sisi Datin Zarina. Masing-masing memandang pantai dari atas.

"Kenapa tak kejutkan Ina?" Pandangan dialihkan ke wajah Datuk Moktah.

"Tak sampai hati abang nak kejutkan Ina. Sebab tu abang turun sorang-sorang." Selepas memuntahkan ayat, Datuk Moktah tersenyum nipis. Dia membalas pandangan si isteri.

Dalam diam, dia memikirkan bayangan lelaki tadi. Masih berada dalam keadaan teragak-agak untuk memberitahu kejadian tadi kepada Datin Zarina. Rasanya lebih baik dia diamkan diri saja. Mungkin itu lebih baik.

Mulut Fasha mencebik. Tangan disilangkan ke dada. Sudah masam riak wajahnya. Dia tengah merajuk! Sesekali mata mengerling ke arah Kalida yang sibuk membelek baju bayi di kedai Anakku.

"Comelnya baju ni." Baju bayi berwarna merah jambu diangkat dan ditunjukkan kepada Fasha.

Fasha laju mengeleng. Kalau baby boy macam mana? Tak sesuai! Lama Fasha berdiri, dia berjalan ke arah Kalida. "Jom, Ida."

"Wait. Ida nak tengok baju ni!" Kalida langsung tidak hiraukan Fasha. Masih membelek-belek baju bayi yang sangat menarik perhatiannya dari tadi. Beberapa saat dia menoleh ke arah Fasha yang sedang menjuih.

Eleh, manja!

"Jomlah, kata nak tengok wayang." Hujung baju kemeja Kalida digengam dan ditarik-tarik Fasha. Cuba mengajak gadis itu pergi dari sini.

"Jap!"

"Jom!"

"Jap!"

Fasha menarik muka masam. Dia kembali memeluk tubuh. Pandangan sengaja dibuang ke arah lain. Huwaaaaa! Nak tengok wayang! Nak tengok boboiboy!

20 minit berlalu, akhirnya selesai sesi pembelekkan baju bayi. 20 minit bagaikan 20 jam bagi Fasha. Habis lenguh satu badannya kerana berdiri tegak seperti tiang lampu di situ.

Kalida melirik sekilas jam tangan miliknya. Jarum jam menunjukkan sudah nak hampir pukul empat. Terbutang biji matanya melihat. Meeting! Argh!

"Fasha, kita kena balik sekarang. Ida ada meeting dekat office." Terkerut kening Kalida berujar. Perasaan bersalah menyelubungi diri.

Fasha kembali mencebik.

"Nanti kita datang lagi."

"Janji?"

"Janji!"

Perempuan mengandung memang macam ni ke?

Perempuan itu sedang sibuk menghiaskan diri di hadapan cermin. Lipstick jenama Maybelline di calitkan sedikit di bibir mungil miliknya. Rambut yang keperang-perangan diikat kemas. Kemudian, dia menyimpul senyuman nipis.

Setelah siap bersolek, perempuan tersebut mengorak langkah ke dapur. Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk bermain handphone miliknya. Perempuan itu menghampiri lelaki tersebut dengan senyuman di bibir.

"Sayang, l dah siap!"

Lelaki itu mengangkat muka lantas memandang wajah cinta hatinya. "Semua baju, you dah kemas ke?" Soal lelaki itu. Handphone terus disimpan di dalam kocek.

"Dah!"

"So dah ready nak balik Malaysia?" Satu senyuman menghiasi bibir lelaki itu. Memang sangat mengodakan bagi sesiapa yang melihat.

"Yes! I'm ready."

Zafnie mengangguk kecil. Hatinya dipukul rasa bahagia saat melihat senyuman manis dari perempuan itu.

Walaupun dia tak ingat segalanya namun hati sangat menyintai perempuan ini. Dia sangat yakin bahawa gadis yang di hadapannya ialah orang yang benar-benar menyintainya. Kemalangan yang berlaku dulu, harus dia lupakan juga.

"Jom, sayang. Nanti terlepas flight pula." Zafnie bangun lalu memperbetulkan bajunya. Tangan kiri memengang erat tangan isterinya manakala sebelah lagi menarik bagasi pakaian mereka.

Pasangan sejoli itu mengatur langkah keluar dari bilik hotel yang mereka duduki selama beberapa hari ini dengan perasaan bahagia. Kebahagiaan ini harus dikekalkan buat selamanya.

Done bab 19!

Sorry kalau ada kekurangan.

Cau!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now