Bab 32

8.3K 259 4
                                    

Daun pintu dibuka dari arah dalam selepas mendengar bunyi ketukan kuat itu. Tersembul muka pembantu rumahnya yang sedang terpacak di depan pintu.

"Kenapa, Senah?"

"Ada orang nak jumpa dengan Datin." Mak Senah menjawab senafas. Wajah pembantu rumah itu seperti teruja pun ada.

"Sapa?"

"Diana."

Mata Datin Zarina membulat mendengar jawapan dari pembantu rumahnya. Sejujurnya, dia memang rindu ingin menatap seraut wajah manis itu. Gadis itu memang pilihan terbaik untuk dijadikan menantu.

"Gitau dia sekejap lagi saya turun. Jangan lupa buat air untuk dia," pesan Datin Zarina bingkas menutup kembali daun pintu biliknya.

Datin Zarina tersenyum dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sinaran kebahagian seakan-akan sedang timbul perlahan-lahan untuk mewarnai hidupnya.

Kaki mula melangkah turun ke tingkat bawah. Senyuman memang tidak pernah lekang di bibir. Perasaan gembira, teruja, dan gementar seperti sedang bertapak di hati.

"Mama Zarina!"

Suara yang dia sangat rindui menyapa gegendang telinga. Kenangan dua tahun lepas masih segar di kotak ingatan. Tidak pernah lenyap walaupun sesaat.

"Dia... Diana..."

Gadis itu menerpa ke arah Datin Zarina. Kemudian tubuh wanita tua itu yang berumur lebih kurang sebaya dengan mummynya dipeluk hangat. "Diana rindu mama." Sudah kebiasaannya memanggil wanita tua itu dengan panggilan mama.

"Mama pun rindu Diana." Datin Zarina membalas senyuman gadis itu selepas pelukan dileraikan. Lantas mereka duduk di sofa panjang.

"Mama sihat?" Lembut suaranya bertanya. Datin Zarina sudah dianggap seperti mamanya sendiri. Dirinya juga tidak pernah sesekali dilayan seperti orang asing. Walaupun mereka tiada sebarang hubungan persaudaraan.

"Alhamdulillah. Mama sihat je. Mummy dengan daddy Diana sihat?" Mata Diana ditatap penuh kerinduan.

"Mummy dengan daddy sihat je," jawabnya. Anak rambutnya ditolak ke belakang. Dia menarik nafas dalam-dalam apabila teringat akan sesuatu. "Mama, Diana nak tanya something dekat mama."

"What?"

"Mummy kata Iskandar... dah tiada, betul ke?" Diana bersuara teragak-agak.

Datin Zarina tenang mendengar soalan tersebut. Gadis ini datang tepat pada masanya untuk dia menceritakan segalanya yang berlaku. Raut wajah sayu gadis itu juga turut kelihatan.

"Yes. Memang Iskandar dah tiada. But, now dia dah ada balik." Masih tenang raut wajah Datin Zarina. Sesekali dia mengulas senyuman nipis.

Dahi Diana berlapis tak fahm. Ada balik? Mustahil orang yang sudah mati boleh hidup kembali. "Apa maksud mama?"

Diana hanya mengangguk dan mendengar cerita yang disampaikan oleh Datin Zarina. Sekarang baru dia tahu perkara yang telah berlaku terhadap Iskandar. Lelaki itu juga telah hilang ingatan akibat kemalangan. Tetapi tidak ingat jugakah lelaki itu terhadap dirinya?

"Iskandar ada, ma?" Diana memerhati kawasan sekitar. Cuba lihat kalau-kalau Iskandar muncul tanpa sedar.

"Iskandar ikut papa Moktah pergi ofis." Mendengar soalan itu, Datin Zarina terus senyum sampai ke telinga. Kelihatan jelas gadis ini rindu akan Iskandar. "Diana nak jumpa Is?"

Diana terpaku mata ke Datin Zarina. Lambat-lambat dia membalas senyuman wanita itu. "Kalau boleh, memang Diana nak jumpa Iskandar."

"Tak apa, nanti mama beritahu Iskandar."

Diana angguk kepala berkali-kali. Dalam hati, dia rasa bersalah kerana meninggalkan lelaki itu dulu.

Tapi dia terpaksa.

"Sudah seminggu kita duduk sini. Finally, Fasha dah boleh balik!" Kalida teruja berujar. Dia tidur terbaring di atas katil hospital. Terkebil-kebil mata memandang siling.

Fasha turut tersenyum mendengar ayat itu. "Eh, syoknyer dia," usik Fasha. Satu baju lagi disimpan di dalam beg. Duduk dekat hospital memang membosankan tapi nak buat macam mana kalau dah sakit. Terpaksa rela!

Kalida sengih. "Fa... Fasha, lipas! Lipas!" Kalida menjerit kuat tiba-tiba. Dia terus terduduk. Terteleng-teleng kepala mencari kelibat lipas itu.

Nur Fasha sudah terkejut malah turut menjerit sekali. "Mana?! Mana?!" Kemudian dengan cepat dia melompat ke atas sofa. Dia terpinga-pinga. Nafas ditarik panjang. Memang dia sangat takut terhadap lipas. Lipas kelihatan seperti harimau baginya.

Tawa Kalida terlepas akhirnya selepas beberapa minit dia tahan. Yes! Memang sukar nak tahan. Dia berjaya kenakan Fasha juga sekian lama. Terguling-guling Kalida di atas katil.

Wajah Fasha sudah mencuka. Seolah-olah ada batu besar sedang menghempas di atas kepalanya. Hancur. Oh tuhan, dia termasuk perangkap Kalida!

Tawa berunsur reda. Gadis itu tercungap-cungap sendiri. "Sorry. Sorry. Ida melawak aje."

"Yelah!" Fasha turun dari sofa. Kerja yang tergendala tadi, disambung kembali. Malu oo! Tetapi hatinya berasa nyaman sebab tiada lipas di dalam bilik itu.

"Dia boleh balik ke rumah dah, boss." Perlahan suaranya seakan sedang berbisik melalui handphone. Belakang tiang menjadi sasaran untuk mengintap atau lebih tepat menghendap.

"Bagus. Kau follow dia sampai dia balik rumah. Kita kena tahu rumah dia. Jangan sampai terlepas. Ingat tu!" Tegas suara bossnya memberi arahan.

"Okey boss!" Demi duit, dia sanggup melakukan apa sahaja. Tidak kesahlah jika kena membunuh sekali pun, dia tetap akan lakukan.

"Kalau dia terlepas, aku tak teragak-agak nak jadikan kau sasaran baru aku!"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now