Bab 40

8.4K 242 1
                                    

"Hei, beb! Lama sampai?" Diana bertanya saat kaki memijak anak tangga terakhir. Dia berlari kecil merapati Kalida.

"Baru je." Mereka berpelukan dalam beberapa saat. Diringi gelakan kecil, pelukan itu terlerai. Sudah masuk bertahun-tahun mereka tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

"Makin gemuk kau ni!" Diana menarik lembut pipi tembam semula jadi Kalida. Melihat wajah cemberut gadis itu, terus dia berhembur tawa.

Kalida palingkan muka. "Ey, mana adalah!" Tangan Kalida tersilang ke dada. Sengaja pandangan dibuang jauh-jauh.

Diana gelak lagi. "Aa... aku gurau jelah." Habis berair mata gadis itu akibat ketawa seperti tak ingat dunia. Tertepuk-tepuk tangannya di bahu Kalida perlahan.

Lambat-lambat Kalida turut ikut ketawa. Tergeleng kepalanya sendiri. "Yelah!" Malas mahu panjangkan hal tadi, Kalida mengalah akhirnya. Gemuk comel tau.

"Aku gurau." Tawa Diana berunsur reda. Jari naik menyeka air mata gembiranya di sudut mata. Wajah Kalida buat dia teringat akan seseorang.

"So, jom pergi makan?" Kening Kalida ternaik akibat teruja. Banyak perkara yang mahu dia kupaskan bersama Diana.

Diana terfikir-fikir tanpa suara. "Jom. Tapi ajaklah abang kau sekali." Tak teragak-agak Diana bersuara. Tertahan-tahan senyuman di bibir, menatikan jawapan.

Kalida membuatkan muka tak percaya. Sekali senyuman kambing terlorek di wajah. "Abang aku ke bakal suami kau?"

"Dua-dua sama je."  Cepat-cepat Diana alihkan wajah. Soalan itu betul-betul buat dia cemas malu.

"Yes. Kejap aku call abang Is."

"Aku naik dulu. Bersiap." Selepas dapat anggukan dari Kalida, Diana menapak ke anak tangga sebelum hilang dari pandangan.

Iskandar terus bergegas ke rumah agam seseorang selepas menerima satu panggilan daripada adiknya. Laju dia menyusul masuk ke dalam.

"Kenapa call abang?" Iskandar bersuara saat tiba di ruang tamu.

"Abang!" Kalida terbangun sedikit. Tiba-tiba saja pandangannya disapa oleh seseorang yang ingin sangat dia mahu temui sekarang. "Ida nak ajak abang teman shopping!"

Kening Iskandar bertaut tak puas hati. "Ingatkan apa tadi." Iskandar merapati sambil melonggarkan tali leher. Dia rebahkan tubuh di sebelah Kalida. Terpejam matanya seketika.

Kalida sengih tak bersalah. "Sorrylah kalau abang busy." Ekor mata memandang abangnya yang sedang ralit memejamkan mata. Erk, ni bukan rumah mama.

Iskandar geleng kepala. "Tak." Selamat saja dia tak ada urgent meeting. Kalau ada, mungkin sudah beribu-ribu panggilan masuk.

"Iskandar, bila you sampai?" Diana menyapa tiba-tiba.

Iskandar laju celikkan mata. "Tadi." Senyuman manis gadis itu dibalas dengan senyuman nipis.

"Okey, jom babe." Kalida menarik tangan Diana supaya mengikut jejak langkahnya ke pintu utama. Sesaat dia mengerling Iskandar.

Iskandar mengangguk kecil. Tangannya naik mengetatkan lingkaran tali leher. Jejak gadis-gadis tadi terus diikut dari belakang.

Bunyi loceng yang tiba-tiba menyentakkan Fasha yang sedang sibuk memasak di dapur. Siap basuh tangan di sinki, Fasha melangkah ke pintu utama.

Fasha kerut kening pelik saat membuka pintu utama. Pandangannya tidak disapa sesiapa. Kosong! Matanya memerhati kawasan sekitar sebelum tertancap ke arah sesuatu.

"Kotak?" Kaki menapak merapati kotak misteri yang betul-betul berada di tepi tong sampah. Fasha rendahkan tubuh mengapai kotak itu. Lama dia berfikir, kotak itu buka berani. Kelihatan ada sekeping kertas dengan sekuntum bunga putih.

Kau suka tak bunga yang aku bagi ni? Mesti sukakan? Hehe. Aku dah agak! Btw aku sedihlah sebab kau buang macam itu aje bunga yang aku bagi dekat kau kelmarin. Aku benci kau! Aku tak suka kau buat macam itu. Jangan pernah sesekali kau cabar aku. Simpan bunga yang aku bagi ni tau. Aku tengah perhatikan kau.

Fasha terpana. Dengan pantas, dia angkat wajah memandang sekeliling. Cuba mencari kalau-kalau jumpa sesuatu yang mencurigakan.

Tanpa berfikiran panjang, Fasha membuang kotak dan bunga putih itu ke dalam tong sampah. Sekali nafas tak sedap hati, dia berlalu masuk ke dalam rumah.

"You nak makan apa?" tanya Iskandar sambil melihat wajah polos gadis yang berada dihadapannya.

"I nak makan chicken rice," jawab Diana lalu menoleh ke arah meja sebelah. Dimana kawan baiknya berada di situ.

Kalida senyum manis. Bahunya diangkat tak bersalah. Jelas kelihatan Diana agak segan apabila berdua-duaan dengan Iskandar. Tetapi dalam hati sedang berbunga-bunga.

"Minum?"

Wajah tampan Iskandar dipandang sebelum memberi jawapan. "Apple juice."

"Okay."

Fasha duduk di atas sofa dengan penuh resah. Berulang kali, dia pasti akan menoleh ke arah tingkap. Melihat kalau ada tanda-tanda penantiannya akan berakhir.

"Bila Kalida nak balik ni?" Fasha mengenggam jari-jemarinya, menghilangkan rasa tak sedap hati yang timbul. Kehadiran kotak misteri itu membuatkan aliran pernafasannya makin laju.

Prang!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now