Bab 67

5.5K 227 76
                                    

Sebaik tiba di balai polis, Iskandar, Fasha dan Kalida diminta untuk mengikuti seorang pegawai. Ketiga-tiga mereka hanya mengikut tanpa sebarang kata.

"Sila masuk, cik." Pegawai itu senyum sambil mempelawa Kalida masuk. Kalida cuma mengangguk lalu memulakan langkah. Iskandar dan Fasha turut menyusun langkah dari belakang.

"Encik Iskandar?" Seorang pegawai yang ada di dalam bilik itu menyapa secara tiba-tiba. Tangan dihulurkan ke arah Iskandar.

Iskandar membalas huluran itu. Dengan wajah yang sedikit terkasima, Iskandar senyum nipis mencerlung ke arah wajah seseorang. Wajah yang sangat dikenalinya sebelum ini. Ya, dia sudah agak.

"Ini ialah suspek utama dalam kes Puan Fasha." Seorang anggota polis mula membuka mulut. Polis itu berdiri tegak di sebelah Iskandar. Matanya turut memandang ke arah suspek utama itu.

Nur Fasha dan Kalida melihat tanpa senyuman. Mereka terpana. Masing-masing tidak mampu membalas kata-kata anggota polis itu.

"Kaa... kau? Gina?" Kalida tahan kata. Dia terkejut. "Kiranya... kau yang rancang semua ni..." Kalida berujar secara tiba-tiba. Lama berdiri, dia jatuhkan punggung ke atas kerusi. Dengan riak wajah tak percaya, gadis itu meraup mukanya.

Gina tersenyum sinis. Kepalanya diangguk-anggukan, dia mengaku tanpa rasa bersalah.

"Aku dah agak!" Kalida ketap gigi, geram. Selama ini apa yang dia fikirkan memang benar dan nyata. Cuma dia belum ada kepastian.

Fasha diam tak bersuara. Dia masih kaku selepas mengetahui hal sebenar. Semua kelihatan seperti mimpi baginya. Kalau boleh, dia mahu keluar dari mimpi ini. Ta... tak mungkin...

"Kiranya kaa... kau yang upah Danish selama ni? Kau upah dia untuk tolong kau, kan?" Kalida tergamam memikirkan soalannya tadi. Ini kali pertama dia diperbodohkan.

"Yes! aku yang upah dia untuk rogol kakak ipar kau ni." Gina terus senyum mengejek selepas memuntahkan kata. Hatinya langsung tidak gentar walaupun sekarang berada di dalam tahanan polis. Baginya, ini semua permulaan rancangan jahatnya.

"Kau memang tak ada hati perut. Kau memang tak guna!" Kalida tarik nafas panjang. Dia cuba membawa diri bertenang. Emosi sudah mengawal satu tubuhnya. Jujur, dia sebenarnya rasa ingin membunuh saja perempuan itu. Mujur saja, perempuan itu sudah ditahan oleh pihak polis.

Iskandar memaut erat bahu Fasha sebelum diusapnya lembut. Jelas kelihatan Fasha cuba menerima kenyataan ini. Namun, tidak senang seperti disangka.

"Aa... anak dalam perut kau tu anak sapa?" Akhirnya Fasha membuka mulut. Dia teringat akan hal itu. Sekarang waktu yang sesuai untuk mengetahui segalanya. Hujung baju blousenya digenggam erat, cuba menghilangkan rasa gelisah di dalam diri.

Gina tergelak kecil. Soalan itu buat hatinya geli seketika, entah mengapa. "Aku tak pasti. Mungkin anak suami kau. Mungkin anak orang lain." Perempuan itu menjawab tanpa teragak-agak.

Mendengar saja jawapan dari Gina, Fasha terus menarik nafas panjang. Jawapan itu buat dia lagi sesak nafas. "Aku yakin tu bukan anak suami aku!" Fasha hilang sabar. Nada suaranya naik mendadak. Cukup menggambarkan perasaannya kini.

Wajah Gina berubah cuak. Lambat-lambat dia menyimpul senyuman pudar. Makin berani.

"Sayang..." Suara lembut Iskandar menyapa tiba-tiba. Iskandar sendiri tidak pasti tentang anak dalam kandungan itu. Dia tak mahu bertindak melulu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh perempuan itu.

Fasha tarik nafas dalam sebelum berujar, "Permainan kau sudah tamat, Gina." Sebaik menghabiskan kata, Fasha beredar dari bilik tahanan itu. Dia sudah tidak mahu lagi memanjangkan perbalahan ini. Iskandar dan Kalida hanya diam dan turut beredar.

DENDAM MR DEVILDonde viven las historias. Descúbrelo ahora