Bab 51

6K 204 0
                                    

Nur Fasha sedang sibuk menghias diri di hadapan cermin. Senyuman manis memang tidak lekang-lekang dari bibir merahnya. Dia tidak percaya perkara ini bakal berlaku! Iskandar nak bawa dia pergi jalan-jalan.

Dua puluh minit berlalu tapi kelibat Fasha langsung tidak kelihatan keluar dari bilik pakaian. Tidak tahu apa perempuan itu buat lama sangat. Iskandar mengusap batang lehernya. Sempat dia memejamkan mata seketika.

"Awak, saya dah siap!"

Tiba-tiba suara Fasha kedengaran. Laju dia mencelik mata. Perempuan itu kelihatan sungguh ayu apabila memakai tudung bawal berwarna pink. "Tak tanya pun," jawab Iskandar, selamba.

"Siapa suruh tak tanya?"

"Suka hati sayalah."

"Ikut suka hati awaklah."

"Tak kata pun ikut suka hati awak."

"Bila masa saya kata?"

"Entah. Mana saya tahu."

"Awak yang kata."

"Awak."

"Awaklah!"

"Ish. Whateverlah."

Bebola mata naik ke atas. Sampai bila nak habis kalau macam ini! Fasha terus menarik tangan Iskandar supaya lekas-lekas bangun.

Iskandar berdiri tegak. "Benda tu tak larilah, sayang." Kepala Fasha diusap lembut. Tiba-tiba sikap berubah lembut.

"Hehe. Saya excited ni." Fasha terus berjalan ke arah pintu sambil menarik tangan Iskandar. Lelaki itu hanya mengikut.

Mata Fasha ditutup menggunakan kain hitam. Dia sengaja mahu membuat kejutan kepada perempuan itu. Perlahan-lahan mereka berjalan masuk ke dalam 'sesuatu'. Terdengar seakan bunyi pintu lif tertutup.

"Saya tak nampaklah. Buka jelah kain ni." Fasha memegang erat tangan Iskandar ketika ini. Sesekali dia akan mengenggam baju kemeja lelaki itu.

"Memang tak nampaklah sebab tutup dengan kain ni."

"Bukalah kain ni."

"Jangan harap."

"Cis!" Fasha mencebik geram. Ingat seronok ke tutup-tutup mata macam ni?

"Awak cakap apa? Kiss? Nanak kiss ke? Sekarang pun boleh ni." Iskandar sengaja mahu mengusik. Mana tahu dapat free kiss di sini. Mereka keluar dari lif sambil berjalan menuju ke arah 'sesuatu'.

Tangan Fasha naik menumbuk dada bidang lelaki itu. Tiba-tiba... Cup! Pipi kirinya dicium oleh seseorang. Siapa lagi, kalau bukan...

"Nabhan Iskandar!" Fasha berhenti melangkah. Sekarang yang dia tahu, dia nak buka kain hitam ini. Selepas itu, dia mahu tarik telinga Iskandar hingga putus. Dia dah tak kesah!

"Ya saya, sayang..." Iskandar hanya berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Don't open your eyes."

Fasha tidak membuka selepas hati ditenangkan. Mereka kembali berjalan.

DENDAM MR DEVILTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang