Bab 15

12.7K 358 25
                                    

Selepas mendapat berita tentang Iskandar dari Datin Zarina sebentar tadi. Kalida dan Fasha terus bergegas ke Hospital. Sebaik sahaja tiba di hospital, mereka terus ke ruang menunggu.

"Papa! Mama!" jerit Kalida, terlihat kelibat papa dan mamanya yang sedang duduk di kerusi menunggu.

Datuk Moktah dan Datin Zarina terus menoleh. Datin Zarina bangun dari duduk lalu memeluk anaknya. Tagisan mula kedengaran.

Fasha memerhati dengan penuh tanda tanya. Apa hubungan mereka dengan Iskandar?

"Mak bapak kau langgar bapak aku sampai mati."

Kata-kata Iskandar mula bermain di minda. Kalau bapak dia dah mati, siapakah yang digelar papa ni?

"Macam mana dengan keadaan abang Is?" Kalida bertanya selepas pelukan dileraikan. Hatinya segera ditenangkan sehabis baik.

"Abang..." Sungguh sukar untuk diujarkan. Air mata berlinang lagi di tubir mata Kalida, baru saja dia menyeka tadi. Dia menahan sebak di dada.

"Abang apa?"

"Abang..."

"Abang apa ma?!" Kalida sudah tidak sabar untuk menanti jawapan dari Datin Zarina. Hatinya gemuruh, resah dan risau.

"Abang dah tak ada!" pintas Datuk Moktah dengan suara yang kuat. Keluhan panjang dilepaskan.

Lutut Kalida tidak sekuat tadi, terduduk dia dilantai. Tubuh cuba ditampungkan pada dinding namun gagal. Tersangkut-sangkut esakannya. "Aaa... abang..."

Fasha duduk mencangkuk di sebelah Kalida. Belakang gadis itu diusap lembut. Dia turut berasa sebak mendengar berita ini. Kawan baiknya sudah tiada.

"Maa... macam mana abang Is boleh accident?" Tersekat-sekat suara Kalida seperti tidak sanggup mendengar. Air mata langsung tidak dikuis.

"Menurut saksi, kereta yang dinaikki abang Is hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung membuatkan kereta yang dinaikki oleh abang Is terbakar dan meletup," terang Datuk Moktah dalam nada sedih.

Sempat dia melirik sekilas isterinya yang sedang menunduk memandang lantai. Tipu jikalau dirinya jugak tidak turut terkilan dengan apa yang telah berlaku.

Selepas mendengar semuanya, tagisan Kalida semakin deras dan esakan semakin menjadi-jadi. Abangnya sudah pergi meninggalkan dirinya.

Fasha hanya mampu melihat dan mengusap sahaja belakang gadis itu. Biar gadis itu lepaskan segalanya. "Macam mana mereka tahu yang itu Iskandar?" Fasha bersuara.

"Polis terjumpa handphone milik Iskandar di tempat kejadian. Sebab itu mereka boleh call kami dan beritahu yang Iskandar accident." Wajah tenang masih dipamerkan.

"Tapi kenapa handphone tu tak terbakar sekali?"

"Yes itulah yang pelik. Polis dalam siasatan lagi. Nanti kalau ada apa-apa mereka akan inform," ujar Datuk Moktah. Dirinya juga ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Fasha hanya mengangguk lalu matanya kembali tertumpu ke arah gadis yang sedang menangis. Keperitan yang sama mereka lalui. Jauh di sudut hati memang begitu sayang, tapi apakan daya mereka hanya manusia biasa.

"Yang ini keluarga Iskandar ke?" Seorang lelaki yang berpakaian doktor bertanya tiba-tiba. Melihat saja keluarga itu, dia turut berasa hiba.

Datin Zarina sekali lagi mengesat air matanya. "Ya, doktor."

"Kalau macam itu, jom ikut saya ke bilik mayat untuk tuntutan jenazah." Doktor tersebut mengatur langkah ke arah bilik mayat sambil diikuti oleh Datuk Moktah, Datin Zarina, Kalida dan Fasha di belakang.

Datin Zarina dan anaknya, Kalida semakin tidak dapat menahan sebak di dada ketika jenazah Iskandar diturunkan ke liang lahad. Air mata lebat mengalir jatuh ke bumi. Datuk Moktah hanya mengosok perlahan bahu milik Isterinya.

Fasha memaut erat tangan Kalida. Esakan gadis itu semakin deras seolah tiada tanda mahu berhenti. Melihat saja jasad Iskandar yang terbujur kaku tidak bernyawa, Fasha turut berasa ketat di dada. Sebak.

Selepas pengkebumian selesai, mereka mengorak langkah ke kereta. Sebelum itu, Kalida sempat mengeling sekilas ke arah kubur abangnya seoalah-olah tidak rela meninggalkan tanah pekuburan.

Pandangan Fasha mula kabur. Entah kenapa. Kepalanya seperti sedang berdenyut-denyut. Dia berhenti berjalan lalu tanah dipandang, lama.

Kalida dengan sepontan terus menoleh ke arah gadis yang sedang tunduk itu. Dia hairan. Mengapa? "Fasha kenapa?"

"Sa..." Belum sempat Fasha menghabiskan kata-katanya, dia jatuh pengsan di atas tanah pekuburan.

"Ya Allah, Fasha!"

Tak pernah bayangkan hero mati gais!

Huaaaa

DENDAM MR DEVILOn viuen les histories. Descobreix ara