Bab 29

9.1K 301 7
                                    

Memikirkan sesuatu di luar jangkaan, menimbulkan rasa gelisah di hati Kalida. Kalida melangkah keluar dari hospital. Laju dia menghampiri ke arah orang ramai yang sedang berkumpul di hadapan bangunan tinggi.

"Ke... kenapa ni?" Kalida cuba mencari jawapan. Terjengket-jengket kakinya melihat. Dia tidak nampak apa-apa kerana terlampau ramai orang di situ.

"Ada orang terjun dari atas sana!" Salah seorang dari situ menjawab soalan Kalida.

Mendengar saja kata-kata itu, Kalida terus mendongak kepala melihat bangunan tinggi itu. Sangat-sangat tinggi! 25 tingkat mungkin!

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan. Rasanya dia salah seorang dari pesakit hospital sebelah ni sebab dia pakai baju milik hospital."

Kalida tekup mulut yang terlopong. Fasha? Tak! Tak mungkin. Tergeleng-geleng kepalanya sendiri. Cuba menafikan prasangka yang hadir tiba-tiba.

Lantas Kalida mencelah masuk di antara orang ramai yang ada. Tidak hiraukan lagi suara-suara orang yang bising. "Fasha?"

Air mata Kalida tertahan-tahan mahu turun. Tangannya menggenggam kuat hujung baju. Seorang perempuan yang sedang terbujur kaku dalam berlumuran darah dan ditutupi dengan surat khabar dipandangnya sayu.

Lututnya lemah tiba-tiba. Lambat-lambat dia jatuh terduduk di sebelah mayat itu. Muka terus ditekup dengan esakan tidak percaya. Ya Allah, Fasha....

Selimut direntap kasar. Kemudian dilempar geram. Segala barang yang ada di atas meja solek ditolak jatuh sekali gus. Nafas yang laju tidak dihiraukan sama sekali.

"Argh! You're mine, Iskandar!" Gina jerit kuat sebelum dia jatuh melutut di tepi katil. Baru sekarang penat dirasai seluruh tubuh. "Kau milik aku..."

Puan Zulaikha melangkah masuk dengan hati gusar. "Gina... what happened to you?" Tubuh Gina terus dibawa ke dalam dakapannya. Kepala perempuan itu diusap lembut.

"Za... Zafnie ma..." Suara Gina sekat-sekat kerana tangisan. Dia membalas pelukan mamanya.

"Kenapa dengan Zafnie?" Belakang anaknya pula diurut perlahan. Melihat keadaan sedih anaknya, buat dia turut mahu menjatuhkan air mata. Mungkin semua ini balasan dari Tuhan.

"Dia dah tahu ma..." Belakang tangan naik mengusap hidung. Mata Gina masih terpaku di pintu bilik. Harap-harap pintu itu dikuak Iskandar.

Itu mustahil.

"Tahu apa, sayang?"

"Kami tak pernah kahwin." Selepas menyudahkan kata, Gina terus melepaskan esakan yang menjadi-jadi.

Alhamdulillah! Itu sahaja perkataan yang terdetik di hati Puan Zulaikha. Akhirnya terbongkar juga semuanya. Dia lega tentang hal tersebut tetapi tidak dengan apa yang menimpa anak gadisnya.

"Kan mama dah cakap. Gina sepatutnya terus terang dekat Zafnie."

Gina mengangkat wajah, mecerlung tajam ke arah mamanya. "Apa yang mama cakap ni? Mama tahukan Gina sayang sangat dekat Iskandar!" Suara gadis itu kedengaran kasar.

"Iss... Iskandar? Siapa Iskandar?" Puan Zulaikha bertanya hairan.

Gina melepaskan keluhan berat. Dia terlepas cakap! "Zaf... Zafnie tu... sebenarnya nama dia... Iskandar."

Mata Puan Zulaikha menjadi bulat sebelum mengangguk. Patutlah Zafnie kelihatan sangat marah semasa terserempak dengannya tadi. Banyak perkara yang lelaki itu tidak tahu.

"Sabar sayang."

"Jadi cik kenal perempuan ni?" Soal seorang anggota polis sambil memandang tepat ke wajah Kalida.

Gadis itu mengangguk tidak pasti. Air mata dikesat perlahan. "Dia ka... kawan saya." Kepala ditundukkan memandang lantai milik hospital.

"Kami difahamkan yang mangsa membunuh dirinya dengan cara terjun dari tingkat atas disebabkan terlampau stress. Adakah itu benar, cik?"

"Yaa... " Kalida sepatah. Dia menahan air matanya sebaik mungkin.

"Cik boleh terangkan lebih terperinci tentang hal ini? Supaya kami dapat mengetahui hal yang sebenarnya" Anggota polis itu berdiri tegak di hadapan Kalida.

"Se... sebenarnya kawan saya mengalami keguguran." Tangan digenggam sendiri, menghilangkan rasa sebak.

Anggota polis itu mengangguk sambil mencatatkan segala yang dilontarkan oleh Kalida di atas buku yang dibawanya.

"Sebelum tu, bo... boleh saya tengok wajah kawan saya dulu untuk kepastian yang dia tu benar-benar kawan saya?" Wajah anggota polis itu dipandangnya pulak. Hensem!

"Boleh, cik!"

Anggota polis itu berjalan ke arah mayat yang ditutupi dengan kain putih sambil diikuti oleh Kalida. Kain putih itu dibuka perlahan-lahan dari atas.

Kalida menekup mulut yang terlopong menggunakkan kedua-dua telapak tangannya selepas kain itu diselak memaparkan wajah mayat tersebut. Sejujurnya dia tidak percaya dengan apa yang dilihat.

"Fa... Fasha?"

DENDAM MR DEVILTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon