Bab 68

4.1K 168 4
                                    

"Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya?" Puan Muninah laju menapak ke arah seorang doktor kacak yang berumur dalam lingkungan 30-an.

Melihat Puan Muninah, doktor itu tersenyum nipis seolah ada khabar gembira yang bakal dia sampaikan nanti. "Alhamdulillah, puan. Anak puan sudah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang, dia perlukan rehat yang cukup. Saya harap dia tidak lagi tertekan seperti sebelum ini."

Puan Muninah mengangguk faham. Kata-kata itu buat dia menghembus nafas lega. "Alhamdulillah. Boleh saya masuk tengok anak saya, doc?"

Doktor itu hanya senyum sambil mengangguk kecil. "Sebelum itu, saya rasa lebih baik Puan bincang baik-baik dengan anak Puan tentang penyakit ini. Saya tak mahu ambil sebarang risiko yang boleh menjejaskan kesihatan dia, Puan. Kalau boleh, saya mahu lakukan rawatan itu secepat mungkin," pesan doktor itu sebelum Puan Muninah terdiam seketika.

Puan Muninah tersenyum kelat. Kenyataan itu buat dia terdiam seribu bahasa. Patutlah anaknya itu suka bersendirian sejak kebelakangan ini. Ada sebab rupanya. "Okey, doc. Saya akan cuba tanya dia."

Doktor itu mengangguk bingkas beredar dari situ. Puan Muninah hanya menghantar kelibat doktor itu dengan ekor mata. Nafasnya panjang sebelum melangkah masuk ke dalam bilik rawatan anaknya.

"Diana? Are you okay, dear?" Sebaik melangkah masuk, Puan Muninah mendapatkan anaknya yang sedang terbaring lemah di atas katil.

Perempuan itu menguntum senyuman pudar. "Diana okay ja, mummy. Mummy janganlah risau." Diana bangun menduduk. Tangannya tergetar-getar menahan badan.

"No, sayang. Diana perlukan rehat yang cukup." Melihat saja tindakan anaknya, Puan Muninah lantas memaksa anaknya untuk baring semula. Kelihatan jelas wajah pucat perempuan itu. "Diana tak sihat, sayang."

Diana hanya akur dan membaringkan diri semula. "Iya, Diana tahu. Diana cuma nak borak dengan mummy."

Puan Muninah menggeleng, membantah. "No... No... Diana kena rest. Diana kena tidur. Mummy tak nak tengok Diana macam ni. Mummy nak Diana sembuh." Puan Muninah cuba menahan air matanya daripada jatuh. Melihat saja keadaan anaknya, dia terus berasa sebak di dada.

"Diana tak rasa Diana akan sembuh. Penyakit Diana dah nak masuk tahap 2, mummy." Diana termenung memandang kipas siling yang berpusing. Masanya akan tiba jua nanti. Hayatnya akan berakhir bila-bila masa sahaja.

"Diana, tak baik cakap macam itu. Kita kena yakin! Mummy yakin Diana akan sembuh seperti sedia kala. Trust me, sayang." Puan Muninah mengenggam tangan anaknya, erat. Dicium berkali-kali kulit tangan gadis itu. Cukup dia takut kehilangan satu-satu anaknya ini.

"Yelah, mummy. Da... daddy mana?" Diana tahan rasa. Perutnya tiba-tiba saja diterjah rasa sakit pada bahagian kiri abdomennya. "Arghhh..."

Puan Muninah tersentak melihat reaksi wajah anaknya. Gadis itu seperti sedang mengerang kesakitan. "Dia... Diana? Diana kenapa ni, sayang? Sakit dekat mana, sayang?" Puan Muninah mula cemas.

"Saa... sakit..."

"Ya Allah, sayang. Mummy panggil doktor. Diana sabar kejap ya sayang." Selepas berujar, Puan Muninah bingkas mengatur langkah keluar dari bilik rawatan itu. Dia kelam-kabut mendapatkan doktor.

Lama bergelut seorang diri, pintu ditolak kasar dari luar. Diana tercungap-cungap mencari nafas. "Mum... mummy..." Suaranya serak-serak basah dan lemah. Seolah-olah tidak berdaya.

"Tarik nafas, cik. Puan boleh tunggu di luar sebentar." Jururawat itu mengarah Puan Muninah supaya tunggu di luar bilik rawatan.

Puan Muninah hanya akur dan beredar. Lambat-lambat air jernihnya berguguran jatuh ke pipi. Ya Allah, selamatkanlah anakku...

Selepas menjemur pakaian di ampaian luar rumah, Fasha mengatur langkah masuk melalui pintu belakang. Raga baju diletakkan di sebelah mesin basuh sebelum pandangannya menangkap kelibat seseorang.

"Ida..." Fasha mengerut kening melihat Kalida yang tergopoh-gapah berlari ke arahnya. Nafas gadis itu turut tercungap-cungap. "Kenapa, Ida?"

"Akak..." Kalida menarik nafas panjang. "Ikut Ida pergi hospital sekarang."

"Hospital?"

"Abang Is..." Nafas Kalida masih termengah-mengah. Tangan gadis itu turut naik ke atas bahu kanan Fasha. Penat dia berlari selepas keluar dari perut kereta tadi.

"Abang Is?" Fasha tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh gadis itu. "Ida tenang dulu."

Kalida mengangguk faham. "Sebenarnya..."

"Jom ikut akak ke meja makan. Kita sembang dekat sana." Tidak sempat Kalida habiskan kata, Fasha sudah menarik tangannya ke meja makan. Dia hanya akur, mengikut.

"Bukan Ida pergi ofis ke tadi? Macam mana boleh balik sini pulak?" tanya Fasha kehairanan. Air teh yang dibancuhnya tadi turut dituang ke dalam cawan kaca. Lantas, dihulurkan kepada gadis itu.

Kalida menghirup air teh itu sekilas. Sambil itu, dia mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Fasha. "Sebenarnya... Huk... Huk..."

"Ya Allah, Ida! Telan air teh bagi habis dulu." Fasha bangun lalu mengurut lembut belakang Kalida. Gadis itu masih batuk.

"Ida okay..." Kalida berdehem buat beberapa kali membetulkan suara anak tekaknya yang agak kering. Selepas itu, dia kembali menghadap wajah kakak iparnya yang masih menantikan kata daripadanya.

"Sebenarnya abang Is call Ida, suruh beritahu akak untuk ikut Ida ke hospital sekarang. Abang Is ada di hospital sekarang."

"Hospital? Kenapa, Ida? Abang Is sakit ke?" Mata Fasha membulat menunggu jawapan. Hatinya berdebar-debar.

"Bukan, akak."

"Kalau bukan abang Is, siapa?" Fasha jungkit kening. Malah, hati kecilnya turut lega mendengar jawapan itu.

"Diana! Bekas tunang abang Is!"

Iskandar menahan air matanya daripada jatuh menitis. Wajahnya ditundukkan ke bawah, memandang lantai hospital. Fikirannya kosong.

"Diana... I minta maaf..."

DENDAM MR DEVILHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin