Bab 70

5.1K 227 65
                                    

"Abang Is dah gila!" Tangannya menghentak kuat meja yang berada di hadapannya. Nafas Kalida naik turun, menahan geram. Masih terkejut dengan tindakan tak waras abangnya tadi.

"Sabar, Ida... Mungkin abang Is masih tak boleh terima semua ni..." Fasha cuba menenangkan adik iparnya itu. Anak mata terpaku pada genggaman tangannya sendiri. Terketar-ketar genggaman itu.

"Kenapa erk dia nak bela sangat si Diana tuh? Sedangkan kita ni ahli keluarga dia. Akak ni isteri dia, tahu?" Dada Kalida berombak laju.

"Ya, Ida. Akak rasa abang Is masih sayangkan Diana..." Fasha memuntahkan kata, walaupun berat untuk dia berujar sebegitu. Hatinya seolah dihiris dengan pisau. Pedih.

"Tak mungkin, akak. Ida kenal abang Is. Dia hanya sayangkan akak. Bukan Diana..."

Fasha hanya pura-pura melakar senyuman manis di bibirnya. Kalau dia sayang akak, dia tak akan buat akak kecewa macam ni. Getus hati kecil Fasha.

"Arghh, Ida dah cakap. Abang Is tak betul!"

"Sabar, Ida... Abang Is masih terkejut..."

Kalida menghenyak punggungnya. Lambat-lambat kolam matanya bertakung dengan air jernih. "Ida kecewa sangat dengan sikap abang Is... Kenapa dia sanggup buat kita macam ni... Dia dah lupakan kita ke?"

Fasha geleng kepala, menbantah kata-kata gadis itu. "Ida, abang Is tak lupa kita. Dia cuma terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Mungkin dia perlukan masa." Lembut suara Fasha menyapa.

Hujung di sudut hati, dia turut terkilan dengan sikap Iskandar sekarang. Tak sangka, lelaki itu boleh berubah dalam sekelip mata.

"Tapi... tapi kenapa abang Is boleh berubah sekejam macam ni? Ida... Ida tak faham, akak..." Keluhan kecil kedengaran di hujung kata.

"Akak pun tak faham..."

"Macam mana dengan keadaan Diana?" Datin Zarina mengenggam erat jemari milik gadis itu. Gadis itu masih kaku dalam mimpinya.

"Doktor cakap, Diana akan sedar dalam dua tiga hari lagi. Tapi belum pasti," jawab Puan Muninah dengan senyuman nipis. Hatinya senang apabila menerima kunjungan daripada Datin Zarina dan Datuk Moktah.

Lantas Datin Zarina mengangguk. Dia berharap gadis ini dapat sihat seperti sedia kala. Walaupun dia pernah membenci gadis ini, tapi tak bermaksud dia akan membenci selamanya. "Bangunlah Diana... Mama datang nak jenguk Diana..."

Air mata diseka perlahan. Bibirnya dikemam penuh dengan emosi. Berat dia melihat keadaan gadis itu. Datuk Moktah hanya menjadi pemerhati. Sekejap tangannya akan naik mengusap belakang si isteri.

"Mana Iskandar?" Datin Zarina menjenguk kepala saat teringat akan cerita daripada Kalida tentang anak lelakinya itu. Kelibat Iskandar langsung tidak menampar pandangannya sejak dia tiba di sini.

"Tadi saya suruh dia untuk balik ke rumah. Sebab dah masuk dua hari dia duduk dekat sini semata-mata nak tunggu Diana," ujar Puan Muninah, menjawab persoalan itu.

Datin Zarina terpana.

"Mungkin dia rasa bersalah dengan apa yang dia dah lakukan sebelum ni..." teka Encik Alif yang turut berada di situ.

Puan Muninah mengangguk setuju. Manakala, Datuk Moktah dan Datin Zarina berdiam tanpa balasan. Mungkin benar. Datin Zarina kembali sayu apabila melihat keadaan gadis itu. Kolam matanya kembali berair.

"Mama minta maaf sebab benci Diana sebelum ni... Mama minta maaf, sayang..." Kulit tangan gadis itu diciumnya berulang kali. Perasaan bersalah itu kian menebal, membelit diri.

"Sudahlah, Ina... Nanti Diana akan sedar juga..." Datuk Moktah cuba memujuk si isteri yang sudah semakin karam dengan emosi.

"Tapi bang, Ina sudah banyak sakitkan hati Diana. Mesti dia kecewa sebab tak dapat berkahwin dengan Iskandar..."

"Diaa... Diana tak kecewa, ma... Huk... Huk..." celah Diana secara tiba-tiba.

"Diana?!"

Iskandar melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Rambut yang agak panjang dibiarkan serabai. Tali leher yang sudah dilonggarkan lantas dilempar kasar ke atas sofa. Badannya turut jatuh ke atas sofa itu.

Fikirannya menerawang jauh memikirkan keadaan bekas tunangnya itu. Entah bagaimana gadis itu boleh menerima dugaan seberat itu. Dia kesian melihat gadis itu. Gadis yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Malah, pernah menjadi insan yang sangat dia cintai.

"Awak..."

Lamunan Iskandar tersentak serta-merta saat telinganya menangkap suara lembut seseorang. Tetapi suara itu kedengaran sangat nyaring di telinganya. Bising!

"Awak dah balik... Awak nak makan ke?" Fasha lorek senyuman gembira. Entah kenapa dirinya terguis rasa bahagia selepas melihat suaminya itu.

"Aku tak nak makan." Acuh tak acuh saja Iskandar menjawab pertanyaan itu. Hati masih sakit apabila mengingati segalanya. Baginya, perempuan ini punca dia dan Diana tidak dapat hidup bersama!

"Awak nak saya buat apa-apa ke?" Fasha masih tidak berputus asa, dia mahu menggambil hati lelaki itu semula.

"Diam." Sepatah Iskandar menjawab, tapi mampu mematahkan sekeping hati milik Fasha.

Fasha tunduk kepala seketika sebelum dia menyambung bicara, "Awak, kenapa dengan awak? Kenapa awak berubah sampai jadi kejam macam ini sekali? Apa salah saya pada awak?" Fasha melontarkan soalan dengan penuh sayu. Keberaniannya tiba-tiba datang menerpa.

"Aku cakap diam. Jadi diamlah!" Iskandar menjerkah kuat. Amarahnya turut naik mendadak. Perempuan itu seolah mencabar kesabarannya sebagai seorang lelaki.

"Taa... tapi apa salah saya?" Fasha tahan air hangat yang seakan mahu jatuh ke pipi. Ditahan sehabis baik.

"Kau ni memang tak faham bahasa ke? Aku dah cakap diam, jadi diamlah. Susah sangat ke apa, hah?!" Kepala Iskandar sudah semak mendengar soalan perempuan itu. Tangannya sudah mengempal penumbuk. Bila-bila masa sahaja penumbuk ini boleh melayang pada pipi orang yang 'bertuah'.

Akhirnya, Fasha menumpahkan air matanya selepas ditahan sebaik mungkin. "Saya tak tahu apa yang saya buat pada awak sampaikan awak sanggup layan saya macam ni..." Air matanya disapu menggunakan belakang tangan sebelum dia berlari naik ke tingkat atas. Tak mahu berperang mulut lagi dengan suaminya itu.

Jelas perempuan itu terluka.

Iskandar terkedu melihat air jernih yang turun membasahi pipi perempuan itu. Hati tiba-tiba diserbu rasa bersalah dengan tindakan kasarnya tadi. Perempuan itu kelihatan agak kecewa. Lama termenung sendiri, telefon canggihnya berbunyi kuat minta untuk dijawab.

"Hello ma..."

"Okay, mama... Is ke sana sekarang."

Iskandar senyum lebar selepas mengangkat panggilan itu. Perasaan bersalahnya tadi terus terbang begitu saja. Bingkas, dia menapak keluar dari rumah banglo itu dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan lagi.

Bekas tunangnya sudah sedar.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now