Bab 65

5.4K 221 22
                                    

Buat kali terakhir, Fasha menyeka air matanya sebelum melangkah keluar dari bilik air. Ruangan bilik tidur dilihatnya, dia terjengul mencari kelibat seseorang.

"Sayang?" Iskandar bersuara dari bilik pakaian. Perlahan pintu bilik itu terhempas.

Fasha menoleh dengan seulas senyuman pudar. Melihat wajah Iskandar, dadanya kembali rasa sesak. "Aaa... abang dah makan? Nak saya masak apa-apa untuk abang?"

"Abang dah makan." Iskandar membalas senyuman isterinya. Selepas mengeringkan rambutnya tadi, dia terus menyakut kain tualanya pada penyidai dan berjalan mendapatkan katil.

Cuma anggukan ditunjukkan Fasha. Wajah tampan Iskandar langsung tak menarik perhatiannya malam ini. Malah, wajah itu seolah dibayangi oleh wajah Gina.

"Sini kejap." Iskandar menepuk-nepuk tilam seperti sedang memberi isyarat. Tersimpul satu senyuman nakal di bibirnya.

Berkali-kali Fasha menyeka air jernih yang bertakung di kolam matanya. Tak menjawab, Fasha mendekati jugak.

"Sayang dah mandi, kan?" Bahu Fasha disentuh saat perempuan itu duduk di hadapannya.

Lambat-lambat Fasha mengangguk kecil. Dia cuba tidak menerus menatap wajah Iskandar. Empangan air matanya boleh pecah pada bila-bila masa sahaja.

"Sayang dah makan?" Iskandar sudah terbaring di atas katil sambil memejamkan mata. Sebelah tangannya naik ke atas dahi. Seharian berada di ofis, mahu tak penatnya.

"Belum." Fasha masih duduk di birai katil.

Mendengar jawapan isterinya, Iskandar terus bangun dengan mata yang terbuka luas. "Kenapa tak makan lagi sayang? Kalau sayang sakit nanti, abang juga yang susah." Iskandar mula membebel risau. Terkumat-kamit Iskandar sendiri

"Tapi saa... saya tak lapar." Fasha menunduk. Sebabkan dia asyik memikirkan tentang pagi tadi, seleranya terus hilang.

"Tak kisahlah lapar ke tak, sayang tetap kena makan. Faham?" Iskandar masih dalam keadaan tak puas hati. Melihat Fasha yang diam tak bersuara, dia terus turun dari katil dan menggapai tangan Fasha.

"Sayang?" Iskandar duduk melutut di hadapan Fasha, mahu menyamai paras kedudukan mereka. Dia mengintai wajah merah Fasha yang tiba-tiba. "Saa... sayang nangis ke?"

Fasha angkat wajah. Air matanya sudah deras membasahi pipi. Dia tahu yang dia tak sepatutnya menangis bagai nak rak seperti sekarang. Tapi dia tak mampu. Dia sakit. Dia cemburu.

"Hey, kenapa menangis ni?" Iskandar kecut perut melihat isterinya. Air mata Fasha tangkas diseka menggunakan ibu jarinya. "Saa... saya... tak ada niat nak marah sayang."

Fasha geleng kepala. "Awak tipu."

"Tipu apa, sayang?" Iskandar tak faham. Air jernih yang keluar dari kolam mata Fasha masih deras mengalir malah tiada tanda-tanda mahu berhenti.

"Tentang Gina."

"Gina?"

"Perempuan yang mengandungkan anak awak, Iskandar." Fasha tepis tangan Iskandar dan terus berdiri tegak.

Iskandar cuba memahami situasi sekarang. "Pee... perempuan mana, sayang? Gina?" Iskandar turut berdiri dan mendapatkan Fasha.

"Haah, Gina! Teman wanita awak dulu." Suara Fasha kuat tanpa sengaja. Dia sendiri tak sedar dengan apa yang dia katakan tadi. Yang dia tahu hanyalah geram dan marah.

"Maksud sayang Aunie?" Iskandar menyentuh lembut bahu Fasha. Dia tahu, isterinya pasti sudah tahu tentang kenyataan itu. Perempuan itu jelas kelihatan agak kecewa.

"Nama dia Gina bukan Aunie!" Fasha hilang sabar. Tangan Iskandar sekali lagi ditepis tanpa perasaan. Saja buat-buat tak tahu!

"Sayang dah tahu tentang tu?" Suara Iskandar masih lembut seperti tadi. Malah langsung tiada niat mahu meninggikan suara. Iskandar sedar semua yang berlaku berpunca daripadanya sendiri.

"Saya dah tahu yang awak tipu saya." Baru sahaja air matanya mahu berhenti, kini kembali menintis. Kepercayaannya sudah tak berguna lagi.

"Tapi... semua tu berlaku tanpa sengaja, sayang." Iskandar memujuk secara halus. Dia yakin isterinya pasti akan percaya dengan kata-katanya ini. Perkara itu berlaku tanpa sedar.

Fasha laju menggeleng. "Saya tak percaya dengan apa yang awak cakap. Saya tahu awak sayang dia. Awak cintakan dia! Sebab tu awak sanggup buat benda bukan-bukan dekat belakang saya."

"Sayang salah faham. Benda tu berlaku sebelum kita kahwin lagi."

"Jadi betullah anak dalam perut perempuan tu anak awak?" Fasha gelak hambar. Ya, memang betul sangkaannya sekarang.

"Belum pasti, sayang." Iskandar menarik Fasha supaya mendekatinya. Tangan isterinya dicapai dan digenggam lembut.

Fasha hanya menurut. "Awak tipu."

"Tak sayang." Tubuh Fasha dibawa dalam pelukannya. Wajah Fasha turut tersembam ke dada bidang Iskandar. Biarkan perempuan itu menangis sepuasnya.

"Awak tipu."

"Shhh..." Kepala Fasha dicium berulang kali. Iskandar memujuk lagi.

Lama berkeadaan begitu, Fasha menolak sedikit bahu Iskandar. Seolah tersedar dari mimpi. Pelukan secara spontan terlerai. Fasha mendonggak sedikit sebelum wajah Iskandar diamati sayu.

"Ceraikan saya."

"Mama tak suka kamu buat macam tu dekat Fasha!" Puan Zulaikha meraup lembut wajahnya. Anaknya dipandang penuh berharap.

"I don't care." Bibir Gina masih terangkat sinis. Perempuan itu sibuk mengilatkan kukunya sambil terbaring suka di atas sofa panjang. Seolah-oleh tiada apa yang berlaku.

Puan Zulaikha mengawal nafasnya panjang. Perempuan itu keras kepala. "Tolong dengar cakap mama kali ni." Ton suara Puan Zulaikha bertukar sayu. Dia cuba memujuk anaknya.

"Gina cuma nakkan milik Gina balik. Gina tak kacau pun rumah tangga diorang." Dengan wajah tak bersalah, bahunya diangkat tak mengaku.

"Mama dah tak sanggup nak kacau rumah tangga Iskandar dan Fasha. Cukup sekali mama dah buat kacau sebelum ni." Puan Zulaikha duduk di atas sofa bersebelahan dengan sofa anaknya. Wajahnya pucat dengan rasa bersalah.

"Gina tak ada kena mengena dengan benda tu. So, jangan babitkan Gina."

"Mama tak nak..."

"Puan..."

Belum sempat habiskan kata, suara pembantu rumahnya datang menyapa. Puan Zulaikha terus berpaling. Wajah cemas pembantu rumahnya buat keningnya berkerut-kerut kehairanan. "Ada apa?"

"Puan... Ada polis dekat luar..."

DENDAM MR DEVILWo Geschichten leben. Entdecke jetzt