Bab 100

4.1K 207 17
                                    

Kalida sudah bersiap-siap dengan bagasinya. Beberapa tahun dia akan menetap di sana. Jauh di sudut hati memang berat hatinya untuk berpisah dengan ahli keluarganya yang ada di sini.

Kalau diikutkan keadaan sekarang, memang Kalida tidak sanggup untuk menaiki pesawat pada pagi ini. Tapi demi permintaan mamanya, dia terpaksa akur.

"Ida dah sampai airport..." Nada suaranya layu saat panggilan diangkat. Air mata yang sudah kering di pipi mula diseka.

Kalida sibuk memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasi. Seperti biasa, kerja last minute! Kalau diikutkan rancangan, memang dari minggu lepas lagi dia mahu mengemas barang-barangnya. Tapi itulah...

Manusia.

"Baju ni atau baju ni?" Kalida menyoal sendiri. Tidak tahu baju yang mana mahu dibawa pergi bersama. "Arghh... Bawak dedua jelah." Kedua-dua helai baju t-shirt itu dimasukkan ke dalam begnya.

Tidak lama kemudian, telefon Kalida tiba-tiba berbunyi. Dia masih sibuk dengan kerja mengemasnya. Tidak tahu siapa yang menelefonnya malam-malam seperti ini.

Kacau daun.

Telefonnya berbunyi berkali-kali. Akhirnya dia mengalah. Dia bangun mendapatkan telefonnya di atas meja. Wajahnya berubah selepas melihat nama pemanggil.

"Hello, ma. Ida minta maaf sebab angkat lambat. Ida tengah sibuk kemas baju. Sorry, ma..." Kalida langsung bersuara selepas mengangkat panggilan. Dia rasa bersalah.

"Ida..." Suara pemanggil meleret. Seakan malas mahu bersuara.

"Pa..." Kalida terkejut mendengar suara papanya. Dia ingatkan mamanya yang menelefon.

"Ida, datang hospital sekarang. Mama... masuk hospital."

"Hospital? Allah..." Kalida terkelu. Dia hilang kata. "Ida... daa... datang sekarang..." Cepat-cepat dia matikan panggilan. Terus dia keluar dari bilik. Mahu mendapatkan Iskandar dan Fasha.

Jam sudah masuk pukul 1 pagi. Mereka bertiga sampai di hospital. Masing-masing hanya mengunci mulut ketika dalam kereta. Hanya bunyi radio yang menemani.

Selepas tiba di sana, mereka terus menyoalkan di mana bilik rawatan Datin Zarina pada jururawat yang masih ada dalam hospital tersebut. Laju melangkah selepas mengetahui.

"Ma..." Kalida menarik nafas lega selepas melihat Datin Zarina yang sedang menjamah bubur. Wanita tua itu kelihatan pucat. Tubuh lemah mamanya terus didakap erat.

Datin Zarina tersenyum nipis melihat anak-anak dan menantunya.

"Macam mana mama boleh masuk hospital?"

"Mama tak berapa sihat..."

"Macam mana mama boleh tak sihat? Ida risau tau!" Kalida duduk di atas kerusi yang disediakan di sebelah sisi katil.

"Janganlah risau. Mama tak apa-apa. Cuma tak sihat sikit."

Kalida membuat muka masam. "Ida risau!" Fasha yang duduk di hujung katil hanya tersenyum nipis.

Iskandar mendekati Datuk Moktah yang duduk dia atas sofa. Suaranya perlahan. "Kenapa mama masuk hospital, pa?"

"Mama kamu tiba-tiba sesak nafas. Sebab tu papa terus bawak ke hospital."

"Doktor ada cakap apa apa?"

"Ada. Masalah jantung."

Iskandar hanya mengangguk faham. Dia sudah tahu.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now