Bab 24

9.1K 309 9
                                    

Air kopi yang baru diminumnya tadi, kini tersembur keluar selepas mendengar bicara pak ciknya. Mata kini membulat sambil memandang Kalida. My future wife? No!

"Kahwin?!" Mata Danish memang semestinya sudah membulat besar. Sisa-sisa air kopi di hujung bibirnya dilapkan menggunakan tisu.

"No papa! No!" Kalida terbangun sedikit. Terkejut dia mendengar permintaan yang lebih kurung tidak masuk akal itu. Tergeleng-geleng kepalanya tidak setuju.

Datuk Moktah sudah menjangkakan perkara ini. "Ida dengan Nish kami tetap akan satukan." Suara Datuk Moktah kedengaran lembut tapi cukup tegas.

Kalida tahu. Jika dia menolak, pasti papanya akan kecewa. Tapi jika dia terima, hatinya pula akan kecewa. Dia tidak sanggup. "Tapi..." Gadis itu masih dalam keadaan teragak-agak untuk menjawab.

"Ida tak nak tengok papa bahagia?" Nada suara Datuk Moktah mula kendur. Matanya merenung anak mata coklat Kalida, cuba meraih kepercayaan anaknya itu. Berharap gadis itu faham.

Apabila ditenung, Kalida terus menundukkan kepala dan kedua-dua tangannya digengam. Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Terima ke tolak? Dia buntu. Sangat-sangat buntu!

Nur Fasha berjalan-jalan di taman berdekatan rumah. Dia memang ingin ajak Kalida, namun gadis itu berada di rumah mamanya sekarang. Tidak sampai hati mahu mengajak gadis itu bersama.

Kelihatan ramai orang juga yang datang bersiar-siar di taman ini. Mungkin kerana cuti sekolah yang bakal menjelang tiba. Sudah hampir setengah jam, Fasha berpusing-pusing di taman ini. Kemudian dia melabuhkan punggung ke kerusi yang ada.

Fasha menarik nafas dalam-dalam. Nafasnya berasa laju semacam. Tangannya memegang perut yang kian membesar. Melihat saja kanak-kanak yang sedang riang bermain di taman permainan, hatinya kembali berasa gembira. Malah, bibir turut terukir senyuman nipis.

"Awak tak apa-apa?"

Seperti tersedar dari mimpi, Fasha menoleh tepi. Dia mencari empunya suara serak itu. "Saa... saya okey." Seorang lelaki yang berpakaian kemas dengan kemeja hitam telah menyapa pandangan Fasha.

"Are you sure? Saya nampak awak bernafas terlalu laju." Lelaki itu menguntum senyuman. Dia terperasan perempuan ini ketika berjalan berhampiran sini tadi.

Lidah Fasha terkelu, memikirkan bagaimana lelaki ini dapat mengagak apa yang berlaku kepadanya tadi. "Apa maksud awak?"

"Saya doktor. Jadi, saya terperasan apa yang berlaku dekat awak tadi." Lelaki itu senyum lagi. Tahu, perempuan ini mesti akan berfikiran negatif. Niatnya hanya mahu membantu apa yang perlu saja. Apa gunanya dia sebagai doktor, jika dia tidak mahu menolong orang yang memerlukan seperti sekarang?

"Tak apa. Saya okey." Kalau boleh, Fasha tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tidak kisahlah doktor mahupun orang biasa.

"Saya takut apa-apa berlaku dekat awak. Awak kan mengandung." Lelaki itu faham kehendak perempuan itu yang tidak mahu dia menolong.

"Hurm... mana husband awak?" Selepas tersedar sesuatu perkara, lelaki itu bertanya pula. Matanya terkebil-kebil memerhati sekeliling. Seolah mencari suami perempuan itu.

Fasha seperti terbeku. Mendengar saja soalan itu, hatinya kembali berasa sebak. Tanpa menjawab, Fasha bangun. "Terima kasih sebab ambil berat tentang saya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Fasha terus beredar. Dia tidak mahu berada lama-lana di situ. Ini kali pertama dan mungkin kali terakhir mereka berjumpa.

"Awak..." Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata, kelibat Fasha sudah hilang dari pandangan. Lelaki itu senyum lagi, buat kali ketiga.

"Waalaikummusalam."

Peti ais dibuka. Air kotak Fresh Oren dikeluarkan dari situ. Kemudian dia berjalan ke almari. Satu gelas kaca dicapai dan dibawa bersama ke meja makan. Punggung dilabuhkan ke kerusi.

"Zafnie."

Selepas air itu dituang ke dalam gelas kaca, suara seseorang menyapa ke dalan gegendang telinga. "Iya, ma?"

"Mama nak cakap something dengan Zafnie." Puan Zulaikha berjalan dan mengambil tempat berhadapan dengan lelaki itu. Di tangannya, ada sesuatu yang sedang dipegang. Mungkin sesuatu yang amat penting.

"Apa ma?"

"Zafnie dah tahu asal-usul zafnie?" Puan Zulaikha merenung wajah lelaki itu. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Dia tahu, mereka sepatutnya tidak boleh merahsiakan hal sebenar daripada pegetahuan lelaki ini. Tapi apa yang mereka mampu buat. Mereka cuma menurut.

Sekali senyuman kelat, 'Zafnie' menggeleng. Bukannya dia tidak berusaha mencari kebenarannya, cuma mungkin belum tiba masa yang sesuai untuk dia tahu.

"Gambar ni kamu punya, kan?" Sekeping gambar yang ada ditangannya tadi, dihulurkan kepada lelaki itu. Dengan harapan, semua ini akan membantu.

Gambar itu bertukar tangan. 'Zafnie' diam tanpa menjawab. Dia cuba meneliti gambar itu dengan baik. Mencari sesuatu yang berharga. Kelihatan dirinya ada di dalam gambar tersebut bersama seorang gadis.

Otak masih memikirkan. Lagi dia fikir, lagi kotak ingatannya berasa sempit. Gambar itu direnung dalam-dalam. Belakang kepingan gambar itu diperhati pulak. Kalau-kalau terjumpa satu tulisan yang penting.

"Kalida?"

"Kamu berdua setuju ke tak?" Encik Ridwan bertanya pula apabila melihat anaknya dan Kalida tidak memberi sebarang jawapan.

"Ida..."

"Setuju!" pintas Danish tanpa menunggu jawapan dari sepupunya itu. Dia tahu gadis itu mesti akan memberi macam-macam alasan.

Terlopong mulut Kalida mendengar jawapan dari Danish. Sungguh tidak diduga malah dirinya langsung tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Entah apa yang merasukinya.

DENDAM MR DEVILDonde viven las historias. Descúbrelo ahora