Bab 58

5.4K 215 14
                                    

Jari bermain dengan pen, mata merenung di situ. Sekali-sekala kepala diangkat, memandang setiausahanya. Iskandar tak ambil peduli apa yang sedang disampaikan oleh gadis itu.

Fikirannya sekarang memikirkan tentang hal tadi. Selepas dia keluar dari bilik meninggalkan Fasha seorang diri, dia terus meloloskan diri ke dalam perut kereta. Laju menuju ke office. Mahu membawa diri, tidak mahu bersua muka dengan Fasha.

Teringat saja tentang Fasha, hatinya kembali berasa panas. Mungkin disebabkan apa yang diujarkan oleh perempuan itu tadi. Baginya, Fasha terlalu baik sehingga mahu membantu wanita itu.

Semua ini tak masuk akal!

"Boss nak teruskan ke?"

Seperti disimbah air sejuk, Iskandar terjaga dari lamunan sendiri. Terpinga-pinga dia memadang Nina. "Hmm?"

"Saya tanya, boss nak teruskan meeting lepas ni?" Dengan kening terangkat, Nina mengulangi persoalannya. Dalam hati, memang sudah menyumpah si boss. Penat oo ulang banyak kali!

"Hmm." Iskandar hanya mengangguk kecil disusuli dengan isyarat keluar kepada Nina. Mulut seperti berat untuk bersuara. Matanya kembali merenung pen. Terasa marah di hati, dia merengus kecil.

Jelas Iskandar kecewa dengan tindakan Fasha yang memaksanya kahwin dengan perempuan yang langsung dia tidak kenal. Gina? Siapa itu? Dia tidak kenal! Muka diraup kasar. Dia cuba melupakan kejadian tadi.

"Aunie..." Untuk sekian kalinya, nama itu terpacul keluar dari mulut Iskandar. Dia rindukan perempuan itu tapi.... dia benci! Sangat-sangat benci! Sudah berbulan-bulan dia tidak menatap seraut wajah manis milik Aunie.

Memang dia masih sayang akan perempuan itu, tapi perasaan benci lebih menyelubungi hati. Pedih saat mengingati apa yang telah berlaku. Ditipu hidup-hidup? Itu bukan yang dia mahu!

"Mana dia ni?" Fasha bersandar di dinding dan kemudian kepalanya terjengul-jengul di tingkap, menunggu seseorang. Sudah berjam-jam dia menunggu, namun langsung tiada tanda-tanda orang yang dia tunggu akan pulang.

Melihat saja jarum jam sudah menunjukkan angka satu pagi, Fasha berlalu ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa dengan penuh resah. Tidak pernah lagi Iskandar pulang selewat ini sejak mereka berkahwin. Lelaki itu terasa hati agaknya.

Skrin handphone direnung pula. Sudah berkali-kali dia cuba menelefon Iskandar. Namun satu panggilannya pun tidak diangkat lelaki itu.

Lama Fasha termenung sendiri. Mata merona merah. Perasaan menyesal mula bermukim di hati. Dengan penuh hiba, Fasha melelapkan mata. Dia tertidur tanpa sedar.

Fasha menggosok matanya perlahan. Dipandang siling yang tidak asing baginya. Lantas dia melihat sebelah kanan sekilas. Kosong! Keadaan sekeliling dilihat dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Semalam dia benar-benar tidur mati di atas sofa. Dan sekarang dia boleh berada di atas katil pula. Langsung dia tidak ingat apa yang berlaku semalam.

Tanpa berfikiran sejenak, Fasha turun dari katil. Dia bingkas masuk ke dalam bilik air. Selepas berpuluh minit, dia keluar dengan badan yang sudah lengkap berpakaian.

Fasha kemas katil dengan rapi dan keluar dari bilik beberapa minit kemudian. Dia turun ke tingkat bawah. Sewaktu kaki memijak anak tangga terakhir, langkahnya terhenti. Terpana melihat Iskandar sedang menjamah makanan seorang diri di meja makan.

"Awak..."

Iskandar masih mengunyah makanan. Dia dengar suara Fasha, tapi dia sengaja buat-buat tidak dengar. Itu lebih baik. Herh!

"Awak..." Fasha ulang dengan cebikkan. Dia berdiri di tepi meja makan, memandang tepat ke wajah Iskandar. "Saya mintak maaf."

"Hurm." Iskandar sekali lagi buat endah tidak endah. Suara Fasha lembut, tapi kedengaran nyaring di telinganya. Suara itu seperti menusuk terus ke hati.

"Iskandar..." Mata Fasha berkaca-kaca. Dia kecewa melihat tindakan suaminya. Lelaki itu langsung tidak mengangkat kepala. Apatah lagi, memandang wajahnya.

Terasa lama kunci mulut, Iskandar angkat kepala. iPhone di atas meja makan diambil dan disimpankan ke kocek seluar. Lelaki itu berdiri tanpa bersuara. Dari ekor mata, dapat dia melihat wajah sedu Fasha.

"Aa... awak... tunggu..." Fasha berlari mendapatkan Iskandar yang sedang berjalan. Lengan lelaki itu terus dipaut. "Salam?"

Iskandar hulur tangan. Wajah cantik Fasha diamati dalam diam.

Tangan Iskandar disambut lembut. Dengan senyuman kelat, Fasha mencium. Selepas itu, dia lepaskan tangan lelaki itu. "Ja... jaga diri awak." Tersekat suara Fasha. Dia takut, kalau Iskandar tiba-tiba saja naik darah.

Hati Iskandar terjentik rasa bahagia. Tiba-tiba saja hatinya menjadi sejuk seperti selalu. Mungkin sebab disalami Fasha tadi.

Sekali lagi Iskandar tidak menjawab, lelaki itu berjalan menjauhi Fasha. Dia terus ke pintu utama, mahu ke office. Cepat-cepat perasaan gembira itu dilempar jauh-jauh. Dia merajuk lagi! Biar Fasha terkulat-kulat sendiri.

Biarkan!

Fasha senyap tanpa kata. Dia tidak ubah seperti tunggul sekarang. Mata sayu menghantar kelibat si suami ke pintu utama. Iskandar jahat! Dia jahat macam dulu-dulu.

Buat kali kedua, Fasha memerhati kawasan sekitar. Lantai ruang tamu yang sudah berkilat dipandang bangga. Buku-buku di dalam rak sudah rapi disusunnya tadi.

Dengan senyuman bangga, Fasha menghenyak punggung di atas sofa. Dalam beberapa saat saja, senyuman itu mati serta-merta. Terus kepala tersandar di sofa. Segala keluhan kepenatan dilepaskan lembut.

Dia teringatkan Iskandar.

Terfikir sesuatu, Fasha laju bangun. Dia berlari ke atas dan menyusul masuk ke dalam bilik. Berdebar-debar hati saat menggapai handphone di atas meja. Nombor seseorang didail gembira.

"Saya nak pergi office Iskandar."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now