Bab 43

7.9K 265 1
                                    

Daun pintu ditolak perlahan dari arah luar. Sempat dia melepaskan keluhan. Kerusi yang dikhaskan untuknya ditarik lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi itu. Longgokan fail-fail hanya dijeling sekilas. Otak sudah melayang-layang entah kemana.

"Boss, Datuk Moktah suruh boss melawat tapak projek," ujar Nina yang merangkap PAnya. Gadis itu berdiri tegak dihadapan meja dengan tangan yang setia memegang tab.

Iskandar tersentak lalu mengangkat kepala. Wajah gadis itu diperhati terlebih dahulu. "Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?" tanya Iskandar, serius.

"Ta... tadi... dah ketuk boss," jawab Nina gagap. Beratus-ratus kali rasanya dia ketuk pintu bilik ini tetapi masih tiada sahutan. Sebab itu dia pergi terjah sahaja masuk! Tapi sekarang, dia pulak yang kena marah.

Kepala perlahan-lahan ditundukkan. Tahu lelaki itu berperangai seperti singa. Nafasnya sudah tidak teratur disebabkan degupan jantung yang laju. Sempat lagi dia mengumpat Iskandar dalam hati.

Wajah Iskandar masih kelihatan serius. "I busylah. You bagitahu Datuk." Iskandar membelek satu per satu fail-fail yang ada di atas meja kerjanya.

"Tapi boss..."

"Keluar," pintas Iskandar dengan suara yang tegas. Belum sempat gadis itu menghabiskan bicaranya. Senyuman memang langsung tidak terukir.

Sumpah, dia serabut ketika ini.

Nina menelan air liur, kesat. Geram rasa. Dengan pantas kaki melangkah keluar dari bilik si boss.

"Ish dia ni! Sikit-sikit nak marah. Aku tumbok kang," bebel Nina seorang diri di depan pintu pejabat bossnya. Menyampah dengan sikap dingin si boss. Dasar singa!

"Nina! Masuk bilik I. Now!" laung Iskandar kuat membuatkan mata Nina terus membulat. Gadis itu sudah berpeluh-peluh walaupun penghawa dingin dipasang. Mulut ditekup dengan kedua-dua telapak tangan.

Mati nak!

Nur Fasha hanya terperuk di dalam bilik tidur. Tiada langsung rasa yang timbul di hati untuk keluar menghirup udara luar. Hidupnya sekarang seolah-olah sedang bergelora dengan perkara yang telah berlaku.

Ini bukan kali pertama dia menghadapi saat-saat genting sebegini. Saat-saat dimana dia membina kekuatan di dalam dirinya. Mungkin dia perlukan masa untuk menerima semua ini.

Kedua-dua belah lutut dipeluk erat lalu air jernih mula menemani dirinya. Terhinjut-hinjut bahu menahan esakan. Jujur, memang sukar untuk dia melupakan kejadian itu. Ianya masih berbekas di hati. Mana mungkin dihilangkan begitu saja.

"Mama!" ujar Diana teruja apabila melihat kelibat Datin Zarina turun daripada tingkat atas. Kemudian dia menghampiri wanita tua itu.

Datin Zarina sudah tersenyum manis. Mereka saling berpelukan. "Ingatkan tak sudi dah datang rumah mama," ujar Datin Zarina dengan nada rajuk. Sengaja mahu curi perhatian gadis itu.

Pelukan dileraikan. "Mana ada, ma. Diana cuma busy sejak akhir-akhir ni," kata Diana lembut. Bukan sengaja dia tidak datang ke rumah bakal mak mentuanya. Rambutnya yang diikat kemas diperbetulkan.

"Tak apalah kalau macam itu." Tangan gadis itu ditarik supaya mengikut jejak langkahnyan ke sesuatu tempat. "Jom, kita borak dekat dapur," ajak Datin Zarina.

Diana hanya menurut. Mana mungkin dia akan membantah. "Jom."

Punggung masing-masing direbahkan di atas kerusi yang ada di dapur. Datin Zarina menyuruh pembantu rumahnya, Mak Senah untuk menyediakan minuman.

"Diana sekarang ni bekerja dekat mana?" soal Datin Zarina selepas diam seketika. Wajah cantik itu menjadi tumpuannya sekarang.

"Belum dapat kerja. Tapi daddy suruh kerja dekat company dia. Cuma Diana je tak nak," terang Diana tentang apa yang berlaku.

Kalau boleh, dia memang hendak bekerja ketika ini tetapi nasib belum menyebelahinya. Dirinya hanya akur dengan ketentuan ilahi.

Wanita tua itu mengangguk faham lalu menyuakan pendapat, "Kalau Diana tak mahu kerja dekat company daddy Diana, Diana kerjalah dekat company papa Moktah."

"I think so... But ma... Daddy mungkin tak bagi." Lembut dia berkata. Sayu riak wajahnya ketika itu.

Jemari gadis itu digengam erat. "Hm, tak apalah kalau macam tu," ujar Datin Zarina lembut. Tahu gadis itu kecewa.

Diana tersenyum tawar. "Ma, jom kita pergi butik pengantin nak tak?" Diana mengubah topik yang dibicarakan mereka tadi. Mahu menghangatkan kembali suasana.

Datin Zarina melepaskan genggaman itu. Wajah hairan dipamer. Tiba-tiba sahaja gadis ini mahu melihat busana pengantin. Pelik lahai. "Eh, kenapa nak pergi sana pulak?"

"Kan Iskandar dan Diana nak kahwin? Mama tak tahu ke?"

Lidah wanita tua itu sudah terkelu mendengar kenyataan itu. Berita yang membuatkan hati seorang ibu berteriak riang. Jujur, kenyataan ini yang dia mahu dengar dari dulu lagi. Air mata seakan mahu berguguran jatuh. "Be... betul ke, Dia... Diana?"

"Ye, ma," ujar Diana. Kemudian mulutnya ditekup perlahan. Jujur, dia terlupa yang Iskandar suruh merahsiakan dulu tentang perkara ini. Mati nak!

Opsssss sorry Iskandar!

"Why?" Datin Zarina mula memandang pelik terhadap Diana. Perbuatan gadis itu membuatkan hatinya tertanya-tanya. "Kenapa?"

Gadis itu sudah tidak senang duduk. Rahsia yang ingin disimpan oleh mereka sudah diketahui oleh Datin Zarina. "Tak, tak. Hurm, actually Iskandar suruh Diana rahsiakan dulu tentang ni. Diaorang nak bagitahu masa birthday mama," terang Diana lebar.

"Oh. Mama pun dah terlupa tentang birthday mama. Tak apa Diana. Mama tak akan bagitahu mereka tentang ni."

Diana mengangguk faham. Lega hati apabila mendengar bicara Datin Zarina. "Jom, ma. Kita pergi butik pengantin." Sekali lagi topik hangat diubah oleh Diana. Kejadian tadi harus dilupakan secepat mungkin.

"Jom! Kalau macam tu, kita pergi butik kawan mama je la. Nak tak?" Datin Zarina menyuakan pendapat yang sudah lama bertakhta di minda.

Butik kawannya merupakan salah satu butik pengantin yang terbaik di Malaysia. Sesuai untuk dijadikan pilihan dan mengikut citarasa mereka.

"Why not, ma?"

Rahang lelaki itu bergerak-gerak tanda dia sedang menahan amarah yang semakin lama semakin memuncak. Tunggu masa sahaja mahu meletus.

"Argh! Habis rancangan aku!" ujar lelaki itu kuat sambil menghentak meja menggunakan kedua-dua belah tangannya. Bergema satu bilik itu.

Rancangan yang dirancang rapi telah gagal disebabkan orang ketiga. Hati seolah sedang dicucuk dengan pisau. Kenyataan itu mana mungkin boleh diterima.

Argh!

"Masa kau akan tiba juga nanti. Tunggu kau, Fasha!" Lelaki itu tersenyum sinis selepas memuntahkan ayat. Seolah-olah perbuatan dan rancangannya langsung tidak salah di sisi undang-undang.

Fasha memang tidak pernah lakukan apa-apa yang salah terhadapnya. Tetapi disebabkan perempuan yang dia cintai, dia terpaksa bertindak sedemikian.

Cinta telah menguasai segala perbuatannya. Malah, cinta juga melemahkan kekuatan yang ada pada dirinya. Semua ini salah cinta!

Maaf, Fasha!

Happy 60K! Thankyou guys!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now