Bab 1

45.7K 722 31
                                    

Kring!

Bunyi loceng sekolah yang menandakan tamatnya sesi persekolahan membuatkan semua orang yang ada di sekolah tersebut tersenyum riang. Tidak kisahlah cikgu mahupun pelajar.

"Weh Fasha, petang ni jangan lupa. Jumpa dekat padang," pesan Nabhan Iskandar lantas mengenyit matanya. Tangannya sedang ligat menyimpan buku-buku serta barang yang lain ke dalam beg Body Glovenya.

Sebaik mendengar suara Iskandar, Nur Fasha berpaling dengan seulas senyuman. Buku sekolah dan barang-barang miliknya sudah disimpan di dalam beg sejak sejam yang lalu lagi. "Yow! Tak lupa punya. Cau!" ujarnya teruja.

Gadis itu menghadiahkan senyuman kepada Iskandar sambil melangkah keluar dari bilik kelas mereka. Hatinya seakan sedang berbunga-bunga.

Bibir Iskandar terangkat sedikit selepas melihat senyuman gadis itu. "Ingat cantik?"

"Aduh! Sakitnya kaki aku. Tak guna punya batu. Banyak-banyak tempat dekat dunia ni. Sini juga kau nak duduk. Tak senang betul tengok aku bahagia," marah gadis itu kepada batu yang tidak bersalah malah tidak benyawa itu. Dengan wajah berkerut-kerut, gadis itu menahan rasa perit.

"Kau okey?"

Satu suara garau mula menyapa gegendang telinga gadis itu. Lambat-lambat gadis itu mendonggakkan kepala, mahu melihat wajah pemilik suara yang tiba-tiba itu.

"Aaa... aku okey." Gadis itu bersuara gugup. Ini kali pertama dia bersua muka dengan lelaki yang tak dikenalinya itu. Dia cuba beriak biasa.

"Aku Nabhan Iskandar. Kau boleh panggil aku Iskandar. Kau Fasha, kan?" Iskandar mula berbual panjang. Melihat gadis itu mengemam bibir, dia senyum nipis.

Fasha tersentak sebelum sambung menyudah katanya, "Yup! tapi bukan Fasha sandha. Nur Fasha je." Gadis itu tersengih sendiri macam kerang busuk.

"Nur Fasha je umur berapa?" soal Iskandar selepas mengangguk kepalanya tanda dia faham apa yang dibicarakan oleh gadis itu tadi. Dia hanya berdiri tegak seperti tiang bendera di situ.

Mati terus senyuman di bibir Fasha. Nur Fasha je? What the kambing-kambing! Gadis itu terkejut dengan mulut yang terlopong. Memandai tambah nama kita!

"Cuba ulang balik nama aku." Fasha jeling tajam lelaki itu.

"Nur Fasha je." Iskandar masih setia tersenyum panjang.

"Nur Fasha la, bukan Nur Fasha je!" Fasha bersuara dengn nada tegas. Mempertahankan namanya itu. Mulutnya terkumat-kamit mengumam sesuatu.

Iskandar secara spontan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lelaki itu beriak seperti tidak tahu apa-apa. "Oh. Yake? Ingat Nur Fasha je." Fasha hanya memandang dengan pandangan tajam.

"Aih! sedap hati tok cik kau aje nak cakap macam itu," omel Fasha seperti kanak-kanak. Marah dan geram seakan sedang bertapak di hatinya tika ini.

Iskandar kerut kening. "Apa kau cakap tadi?" Wajah blur lelaki itu automatik tertayang.

"Tak la. Aku cakap cantikan burung tu." Fasha mendongakkan kepalanya ke atas memandang langit. Malas layan!

Nur Fasha terkejut mendengar bunyi handphone sehinggakan dia tersedar dari alam ciptaan sendiri. Jauh dia mengelamun sehinggakan teringat akan penemuaan kali pertama dia dengan Iskandar. Benar-benar indah!

Dia meraup wajah perlahan, panggilan itu diangkat. "Assalamualaikum anak ibu." Terdengar suara ibunya dari hujung talian membuatkan Fasha tersenyum riang.

"Waalaikumusalam ibu," jawab Fasha dengan nada yang tiba-tiba menjadi semangat. Hehe, ibu kita...

"Kamu sihat, sayang?" Puan Maryam bertanya dari hujung talian. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat pulang ke Malaysia.

"Alhamdulilah. Sihat ja ibu." Tersenyum-senyum Fasha. Jarinya terkuis-kuis cadar berwarna pink bercorak bunga-bunga, sama seperti hatinya tika ini.

"Kamu tengah buat apa?"

Soalan dari Puan Mariam membuatkan Fasha tersentak malah tidak tahu untuk menjawab apa. "Tengah... baca buku, bu. Exam kan dah nak dekat," bohong Fasha, terpaksa. Dia terbaring di atas katil.

Kalau dia bagi tahu yang dia tengah teringatkan Iskandar, mungkin tak tidur dia malam ni sebab kena bebel dengan ibunya. Baik tak payah!

"Rajinnya anak dara ibu sorang ni," puji Puan Maryam tanpa mengetahui kisah sebenar.

"Ibu baru nak tahu ke? Fasha rajin sejak azali lagi tau." Fasha tersenyum bangga walaupun kata-katanya hanya tipu belaka. Kaki mula diangkat ke awangan.

"Eh, puji diri sendiri nampak," balas Puan Maryam. Kalau dia ada dekat situ mungkin hidung mancung gadis itu menjadi sasarannya. Nasib.

"Fakta la ibu. Ibu dengan ayah balik bila?" Fasha mengubah topik yang dibicarakan oleh mereka sebentar tadi. Tidak mahu menambah dosa lagi.

"Insya-Allah. Dua, tiga hari lagi. Fasha duduk rumah elok-elok, ya sayang." Lembut suara Puan Maryam. Kadang-kadang rasa gelisah juga hatinya memikirkan Fasha seorang diri di rumah.

"Ibu jangan risau. Fasha tidur dulu tau. Assalamualaikum, ibu."

"Waalaikummusalam."

Panggilan dimatikan. Fasha meletakkan handphonenya di atas meja sebelum melabuhkan diri semula di atas katil. Kedua belah tangannya diletakkan di atas perut.

Dia memandang siling sambil terbayang-bayang wajah tampan Iskandar yang sedang tersenyum. Entah kenapa dia begitu tertarik kepada lelaki itu.

Telefon pintar dicapai semula. Gambar pujaan hati yang sentiasa memikat hati pantas dicari. Tersenyum-senyum malu Fasha. Jujur, dia curi-curi tangkap gambar Iskandar semasa hari sukan tahunan.

"Wahai kanda mengapakah kanda begitu tampan sekali?" tanyanya sendiri seperti orang gila yang ada berhampiran rumahnya. Hahahaha! Kanda!

Dalam keadaan yang tengah baring, dia melompat-lompat di atas katil. Kalau setiap hari macam ini, boleh patah kaki katil itu. Apa dia kisah, yang penting dia bahagia.

Macam ini ke orang tengah angau?

Mungkin cerita pertama agak hambar. Saya minta maaf kalau ada banyak kekurangan. Saya masih dalam proses belajar lagi dan saya akan cuba perbaiki.

Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk baca kisah Iskandar dan Fasha

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now