BAB 1

268 23 1
                                    

𝓓etikan Keyboard membuatkan ruang putih yang sedikit sunyi bergema. Jari jemari Janna lincah menekan huruf-huruf yang berada di depannya. Sesekali matanya memandang ke arah dinding untuk melihat jam yang tergantung di dinding.

"Sudah pukul 10 malam. Ya allah penatnya" Omel Janna sendirian sambil menekan-nekan jari yang sedikit lenguh.

Janna kemudian bersandar sambil memandang siling putih. Teka teki yang menjalar di kepalanya semakin melarat.

Ting...

Bunyi notification WhatsApp membuat lamunan Janna terhenti. Dia berpaling ke arah telefon bimbit iphone X lantas dicapai. Belum sempat lambang notification WhatsApp di tekan, Nama dan kata-kata itu membuat jantung Janna bagai di rentap kuat.

"I nak kita putus. Ini keputusan muktamat dari family i. I tak akan cari you lagi, maafkan i."

Janna menarik nafas panjang lantas memejam mata. Segala flashback terbentang di fikiran.

~TIGA MINGGU TERAKHIR~

"Sorry lambat." Ucap Janna lantas duduk di hadapan Zack Amin.

"Sokey you, you tak lambat pun, mungkin i yang awal" Ucap Zack lantas tersenyum.

Janna Melissa memerhati senyuman manis dari Zack Amin. Senyuman itu membuat hatinya cair.

"Okay, ada apa you nak jumpa i? You kata ada hal yang penting."

Zack menarik nafas panjang lantas di hembus perlahan. Wajah polos Janna dipandang sayu.

"I minta maaf." Ucap Zack perlahan.

"Minta maaf?"

Zack mengangguk perlahan.

"You ada buat salah dengan i ke?"

Pandangan sayu Zack membuatkan hati Janna sedikit tersentuh lantas tangan Zack di genggam.

"Cerita lah dekat i, mana tahu i dapat tolong you."

"Kita dah bertunang berapa lama?" Tanya Zack.

"Tiga bulan dan lagi sebulan kita nak berkahwin. Kenapa you?"

"Selama kita kenal tujuh bulan ni, family i tak pernah tahu kerja you apa. Mereka pernah tanya i tapi i tipu, I cakap you kerja ofis."

Janna hanya mengangguk dan menanti dengan penuh debaran.

"Suatu hari tu, my mom ternampak you dengan pakaian beruniform. Dia terkejut dan balik tu dia mengamuk dekat i. Dia cakap i tipu dia."

"Kenapa you tak cerita yang sebenarnya dekat family you?"

Zack amin terdiam. Itu lah kesilapannya kerana tidak berterus terang terlebih awal. Zack yang menunduk kepala lantas memandang Janna di hadapan.

"I takut, I takut cinta kita tak direstui."

Perlahan-lahan genggaman tangan Janna terlepas.

"Habis sekarang?" Tanya Janna.

Zack hanya menggeleng kepala berkali-kali menandakan tidak tahu apa yang harus dibuat. Janna menarik nafas panjang. Dia sudah jangka benda ini akan berlaku. Sebagai seorang yang berkerja di bawah Kerajaan, tak semua orang menyukainya. Begitu juga dengan maminya Puan Cherry, berkali-kali menolak bila dia memberitahu hasratnya untuk masuk Polis suatu ketika dulu.

DENDAM ASMARANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ