BAB 106

61 8 0
                                    

"Cinta itu seperti angin. Kita tak akan nampak tetapi kita akan rasa. Bila kita rasa sakit, rasa tu yang akan keluar seperti sakit dikianati, Sakit dibohongi. Rasa sakit tu hadir selepas kita menyintai seseorang itu dengan sepenuh hati kita. Sebab itu orang tua-tua cakap, jika kita menyintai atau sayang dekat seseorang, jangan serahkan cinta tu sepenuhnya takut nanti makan diri, makan hati." Ucap Janna lantas memandang ke arah radio. Lagu siapa yang bersalah nyanyian Ramlah Ram bersungguh-sungguh main peranan ketika itu. Cepat-cepat dia matikan radio tersebut.

Mega menganggukkan kepala tanda faham.

"Kenapa?" Tanya Janna.

"Tak ada apa lah sis, Saja je saya tanya mungkin sebab saya terlalu cintakan Helmi. Dalam hati ni sakit sangat"

"Cuba kau cerita, apa yang terjadi sebenarnya?"

Mega terdiam, Tak lama tu dia bersuara.

"Saya sebenarnya tak tahu nak cerita dari mana sis. Tapi apa yang saya boleh bagitahu, bila salah Helmi dia tak nak mengaku itu salah dia dan dia akan terbalikkan salah tu jadi salah saya. Bila saya minta dia dengar cakap saya walaupun sikit, dia akan melenting. Ada lah satu hari tu ada orang puji saya masa duet dengan dia dekat smule dan orang tu tak puji dia, dia terus sentap dengan orang tu, Termasuk saya. Padahal saya tak ada buat salah apa-apa pun sis."

"Macam mana kau boleh tahu yang dia ada penyakit narsistik?"

"Mula-mula saya tak tahu tau sis, tapi bila ada satu hari tu saya merajuk, dia langsung tak pujuk saya. No text no call dari dia sis. Lepas tu saya ada kawan nama Firdaus dan saya cerita lah sedikit sebanyak prihal Helmi ni. Tup-tup kawan saya ni boleh cakap yang Helmi ada penyakit narsistik. Sy tak tahu penyakit tu macam mana jadi saya buat research. Memang betul sis, memang ada pada Helmi. Penyakit tu tak boleh ada pasangan. Jadi saya buat keputusan untuk pergi dalam hidup dia. Orang yang normal kalau pasangan dia minta putus, mesti dia akan pujuk apa semua kan? Tapi Helmi tak sis, Dia biar je saya pergi."

Janna hanya mengangguk kepala.

"Actually aku pun baru tahu penyakit tu. Seram juga eh?"

"Ye sis. Lepas saya dapat tahu tu, entah lah. Tak tenang hidup saya."

Kringgg.....

"Kejap." Ucap Janna seraya mengeluarkan telefon bimbitnya ke dalam bag.

Skrin di pandang. Tak lama tu dia terus keluar dari kereta dan punat hijau di tekan.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Siapa ni?" Tanya Janna.

"You dah lupa i ke?"

Dia berkerut dahi.

"Sorry i tak ingat. Boleh tolong berterus terang tak? Don't waste my time"

Pemanggil tersebut tersenyum, lambat-lambat dia menggelengkan kepala. Tak berubah langsung perangainya.

"Hello?"

"Okay-okay. I'm Zack Amin"

Berdesing telinga Janna tatkala nama itu di sebut.

"Kau nak apa call aku ni?" Tengking Janna. Dia memandang sekeliling. Belum sempat Janna nak letak panggilan tersebut, cepat-cepat Zack bersuara.

"Jangan letak please."

Janna tak jadi letak panggilan itu, malah dia bergerak duduk di tepi tebing.

"Apa lagi Zack?" Tanya Janna.

"I nak jumpa you, boleh?"

"Nak jumpa untuk apa?"

"Please" rayu Zack.

"Eh sudahlah! kau tak payah nak merayu bagai dekat aku. Kau lupa ke dulu aku pernah merayu dengan kau tapi apa yang kau cakap? Aku tak akan lupa walaupun satu patah perkataan yang di lontarkan dekat aku dulu. So now tolong jangan ganggu aku seperti mana aku STOP ganggu hidup kau, bye!" Ucap Janna seraya punat merah di tekan.

Dia cepat-cepat memblock nombor tersebut. Tiada kepentingan lagi baginya ketika itu. Dia mengeluh perlahan lantas memandang sekeliling. Tak lama tu dia bergerak masuk ke dalam kereta.

"Sis okay?" Tanya Mega.

Janna hanya menganggukkan kepala tanpa patah perkataan.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now