BAB 52

74 9 0
                                    

Dia melangkah ke arah dinding papan. Suara mengerang kesakitan membuatkan dia ingin melangkah ke arah belakang kedai tersebut.

"Janna hati-hati." Ucap Khairul.

Sniper yang di pegang di acu ke depan. Dia melangkah ke arah belakang kedai tersebut. Matanya melilau memandang sekeliling sebagai tanda berhati-hati kerana takut diserang hendap oleh orang-orang sulu. Kawan-kawan yang lain tetap setia mengikut dari belakang. Tak lama kemudian, dia mengangkat tangan meminta semua orang berhenti. Semua mengambil tempat masing-masing

"Ada orang" ucap Janna perlahan.

Dia dan juga Shahrul terus melangkah ke arah suara tersebut. Sampai saja dekat bahagian semak, dia seakan-akan terkejut dengan apa yang berada di depannya matanya. Sniper tersebut di gantung ke belakang badan.

"Si Yung?" Tanya Janna.

Darah yang mengalir di muka perempuan tersebut membuatkan dia sukar untuk cam. Lambat-lambat perempuan tersebut mengangguk kepala. Janna cepat-cepat melangkah dan duduk di sisi Si Yung.

"Kenapa dengan kau? Mana suami kau?" Tanya Janna. Dia memandang sekeliling.

"Dia..... dah kena bunuh" ucap Si Yung gagap menahan kesakitan.

"Jaa... Janna.." Panggil Si Yung perlahan.

Janna menundukkan sedikit kepala.

"See.. lamatkan annakk aku"

Mata Janna terbuntang, dia terus bangun dan alih mayat yang berada di atas tubuh Si Yung.

"Aku bawa kau pergi hospital, ye. Kau sabar jap" ucap Janna seraya bangun. Tetapi tangannya di pegang oleh Si Yung.

Janna berpaling. Kepala Si Yung di geleng berkali-kali.

"Kenapa?" Tanya Janna.

"Taak... laratt. To..long see lamatkan annakk akuu"

"Kau nak aku buat apa Yung? Kau nak aku belah perut kau ke?" Tanya Janna.

Si Yung mengangguk kepala perlahan.

Janna terus bangun dan melangkah ke arah Shahrul..

"Aku tak boleh Shahrul, Aku takut."

Shahrul memegang kedua bahu Janna.

"Pandang aku Janna, Pandang"

Dia terus memandang wajah Shahrul.

"Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau boleh buat. Kau kena selamatkan budak itu"

Dia menggelengkan kepala berkali-kali.

"Janna aku tak nak kau macam ini. Kau kena yakinkan dalam hati kau yang kau boleh lakukan semua benda tu. Kau tengok Yung" tunjuk Shahrul. Janna berpaling memandang Si Yung yang dalam keadaan kesakitan. Dia terbaring lesu berdekatan dengan beberapa mayat yang berhampiran.

"Yung bertahan sebab dia nak orang selamatkan anak dia Janna. Dan orang itu adalah kau."

Janna menarik nafas panjang. Dia memandang Khairul yang melangkah ke arahnya serta di tangan Khairul ada sebilah pisau rambo. Pisau tersebut di hulur kepada Janna.

"You can do it, Janna" ucap Khairul Perlahan.

Pisau tersebut bertukar tangan. Janna terus melangkah perlahan ke arah Si Yung yang tengah nyawa-nyawa ikan.

"Guys! Ambil tempat masing-masing dan standby!" Jerit Zul perlahan tetapi tetap didengari.

Janna duduk di sebelah Si Yung. Bibirnya tak henti-henti beristighfar. Air matanya mengalir laju. Pisau rambo tersebut di letakkan ke atas perut Si Yung. Belum sempat dia nak menekan, dia berpaling memandang Si Yung.

"Kau mengucap sekali dengan aku Yung." Ucap Janna dalam tangis.

Si Yung mengangguk. Dia mengukir senyuman.

Janna cepat-cepat berpaling memandang perut Si Yung yang memboyot itu dan dalam masa yang sama, dia memandang ke arah yang lain. Matanya tepat memandang Shahrul. Lambat-lambat Shahrul mengangguk.

"Jaa.. nnaaa" panggil Si Yung.

Dia berpaling memandang Si Yung.

"Akuu taakk laa..raatt daah" ucap Si Yung gagap.

"Allahuakbar" ucap Janna perlahan.

"Jaa...naa" panggil Si Yung dengan suara yang tersekat.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now