BAB 154

55 6 0
                                    

"𝓦ho?" Tanya Hani.

Janna mengeluh perlahan. Begitu sukar untuk dia menyebut nama lelaki itu.

Hani memandang ke arahnya.

"Aman, Aman Anaqi."

Terbuntang mata Hani lepas mendengar nama tu.

"Kau serius lah dia datang balik?" Tanya Hani terkejut.

Janna menganggukkan kepala.

"Dia jumpa kau?" Tanya Hani lagi.

"Pembetulan. Terjumpa dekat langkawi." Ucap Janna seraya menghirup kuah meggi tersebut.

"Oh shit. Habis tu?"

"Habis tu apa?" Tanya Janna pula

Dia sendiri buntu dengan kehadiran Aman secara tiba-tiba.

"Shahrul? Shahrul macam mana?"

Janna kembali mengeluh. Selepas kejadian tempoh hari, Shahrul terus hilangkan diri. Dia hantar text tak di balas. Call tak berangkat.

"Aku tak tahu lah Hani. Shahrul tiba-tiba hilang macam itu je"

Dahi Hani berkerut seribu.

"Hilang?" Tanya Hani pelik.

"Ye, Shahrul hilang. Langsung tak bagitahu apa-apa kat aku."

"Dah berapa hari?"

"Dah dua hari dah Hani."

Hani terdiam. Tak lama selepas itu dahinya berkerut.

"Itu dah lebih dari dua puluh empat jam dah tu. Kau kena pergi report. Mana tahu Shahrul kena culik."

Janna meletak sudu di dalam mangkuk sambil memandang Hani di depannya. Dia mengetap bibir tanda geram.

"Kau ingat si Shahrul tu laku ke kalau dijual? Tidak, dia tak kena culik pun. Dia hilangkan diri tapi aku tak tahu kemana dia pergi. Kalau aku tahu senang sikit aku nak jejak dia."

"Kejap kenapa dia nak hilangkan diri pula?"

Janna mengeluh perlahan. Eh penat ler bercakap dengan perempuan ni.

"Dia hilangkan diri mungkin dia merajuk dengan aku sebab ye lah dia pun tahu Aman dekat langkawi."

"Oh patut lah"

"Ha berhubung pun sel-sel otak kau eh. Aku bukan astro tau nak ulang-ulang."

Hani tersengih.

"Ala sorry lah kakak. Jangan marah-marah.

Janna menjebik bibir.

"Banyak lah kau punya sorry. Darah aku yang naik ni kau tak tahu pun. Dah tutup aku punya cerita. Apa cerita kau dengan Fikri?"

Hani tiba-tiba tersengih.

"Yang kau tiba-tiba tersengih ni dah kenapa? Dah jatuh cinta ke?" Tanya Janna seraya buat muka menyampah.

Hani ketawa perlahan.

"Amboi muka kau menyampah betul aku tengok." Ucap Hani bersama ketawa.

Janna turut ketawa bersama Hani. Apa yang kelakar pun dia sendiri tak tahu.

"Okay-okay serius. Nothing special dan"

Dahi Janna berkerut.

"Dan apa?"

"Dan aku dengan dia dah bercouple."

Terbeliak mata Janna"

"Serius lah? Kau terima dia?"

Hani mengangguk kepala.

"Tapi sekarang ni masih lagi bercouple."

"Bercouple tu bukan bercinta ke?"

"Ye bercouple tu memang lah bercinta. Tapi aku dengan Fikri ni special kes sikit. Dalam masa kitaorang berkawan kitaorang bercouple. Gittew"

Janna hanya menganggukkan kepala.

"Tapi kan" ucap Hani.

Janna yang tengah menghirup kuah meggi tu mengangkat kepala.

"Apa?"

"Hari yang kau dekat langkawi, ada someone call aku tau."

Janna berkerut dahi.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?

"Perempuan." Ucap Hani perlahan.

"Perempuan tu nak apa?" Tanya Janna seraya bersandar kekenyangan.

"Dia tak cakap banyak. Dia cuma tanya sama ada aku berkawan dengan Fikri atau tak, Itu je"

"Eh macam pelik je. Kau tak tanya Fikri?"

Hani menggelengkan kepala.

"Aku dah agak dah, itu lah kau. Sepatutnya kau kena tanya mamat tu siapa perempuan yang call kau tu. Kau tak boleh biar macam ni tau. Tah-tah yang call kau tanya tu ex dia. Ha macam mana?"

Hani terdiam. Otaknya ligat berfikir apa yang Janna katakan. Lambat-lambat dia mengangguk kepala.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now