BAB 161

60 7 0
                                    

𝓗ani terus meneguk air dengan laju kerana dia terlampau dahaga. Tengah dia dalam keadaan macam tu, tiba-tiba matanya menangkap sesuatu yang terbang dan menuju ke arahnya. Dia tersentak seketika melihat belalang hijau yang berada dihadapanya itu. Dia memandang ke arah ruang tamu. Lambat-lambat langkah kakinya menuju ke arah balcony.

"Eh pintu tutup. Macam mana belalang ni boleh masuk?" Tanya Hani sendirian.

Dia menggarukan kepala yang tak gatal dan melangkah semula ke arah meja makan. Tiba-tiba.

Dum.. dum.

Hani terus berpaling memandang ke arah pintu sliding. Di depan matanya pintu tersebut bergerak seolah-oleh ada orang cuba nak buka dari luar. Ketakutan bersarang di dalam hati hani membuatkan Hani cepat-cepat melangkah ke arah bilik dan capai telefon. Nombor Janna di dial.

Prang...

Hani tersentak dan berpaling. Dia terus melangkah menuju ke arah dapur. Cawan yang dia guna sebentar tadi berterabur di atas lantai. Dengan berhati-hati Hani melangkah ke arah cawan tersebut. Serpihan kaca di kutip satu persatu. Tengah dia dalam keadaan itu, tiba-tiba....

"Allah sakitnya." Ucap Hani perlahan.

Dia terus bangun berdiri dan dalam masa yang sama, dia memegang perutnya yang terasa sakit. Tekaknya tiba-tiba terasa loya dan nak termuntah.  Belum sempat Hani nak melangkah ke arah singki, dia termuntah di tepi meja makan.

"Buwerkk.."

Dalam keadaan samar-samar, Hani melihat muntahnya bercampur dengan darah.

"Allah!!!" Jerit Hani kuat dan nyaring.







"𝓚ita dah sampai." Ucap Hisham perlahan.

Dia berpaling memandang Janna yang masih lagi termenung di luar tingkap.

"Oii dah sampai." Ucap Hisham lagi.

"Hmm." Balas Janna perlahan.

"Eh apasal kau..."

"Apasal apa?" Tanya Hisham.

Janna menggelengkan kepala.

"Siapa yang nak hantar kau balik ni?" Tanya Janna.

"Oh pasal aku, kau tak payah risau. Kejap lagi aku order grab"

Janna hanya menganggukkan kepala. Pintu kereta di buka dan dia terus keluar tanpa pedulikan Hisham yang masih berada di situ. Tengah Janna melangkah menuju ke lif, tiba-tiba jantungnya berdetak dengan laju. Hisham yang baru sampai dekat lif berpaling memandang ke arah Janna.

"Kau okay tak?" Tanya Hisham.

Janna memandang Hisham. Lambat-lambat dia mengangguk.

Ting....

Janna dan Hisham terus melangkah masuk ke dalam lif dan Janna menekan butang nombor tiga.

"Janna."

Dia berpaling sekilas.

"Arghh!!" Jerit Janna perlahan. Dia memegang dadanya yang terasa sakit.

"Eh kau kenapa?" Tanya Hisham.

Hisham cepat-cepat memegang lengan Janna supaya Janna tak jatuh.

"Dada aku sakit."

Dia menarik nafas panjang. Dalam seketika, dadanya kembali normal. Dia terus melangkah keluar dari lif tersebut. Masa tengah berjalan tu, tiba-tiba dadanya berdetak laju. Sampai saja dihadapan pintu rumahnya. Detakkan di dadanya makin kuat.

"Janna!!!!"

Janna tersentak lantas dia berpaling ke kanan. Bayangan nenek berdiri tegak di tepi pintu lif sambil memandang ke arahnya. Perlahan-lahan nenek menaikkan tangannya dan jari telunjuknya di hala dekat dalam rumah. Cepat-cepat Janna memulas tombol pintu. Dia dan Hisham tersentak seketika melihat apa yang berada di depan mata. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Hani." Panggil Janna perlahan.

Hani yang duduk dalam posisi membelakang lambat-lambat berpaling. Terbeliak mata Janna memandang Hani dengan mulut yang penuh dengan darah.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now