BAB 92

64 8 0
                                    

"Eh bila kau sampai?" Tanya Janna.

Fikri melangkah dan duduk di tepi pangkin.

"Adalah dalam lima belas minit macam tu. Uii sate"

"Kau dah jumpa Shahrul." Tanya Janna.

"Orang yang pertama aku jumpa dia lah tadi dekat luar. Borak-borak lepas tu dia hilang." Ucap Fikri.

"Oh.."

Mesti Fikri ada bagitahu dekat Shahrul yang mereka ada berjumpa. Teka hati Janna.

"Eh ni aku kenalkan kawan aku, Hani."

Hani menghadiahkan senyuman dekat Fikri dan Fikri membalas balik.

"Sorry lah tangan kotor tak dapat salam" ucap Hani malu-malu.

"Sokey." Ucap Fikri seraya memberi senyuman dekat Hani.

"Janna aku masuk dulu nak jumpa dengan Hisham"

"Pergi lah."

Fikri terus melangkah pergi. Hani yang ralit memandang Fikri dari belakang di ketahui oleh Janna.

"Dia tu single. Nak try ke?"

Hani cepat-cepat berpaling memandang ke arah Janna. Kepala digelengkan, Malu.








"𝓐da apa nak jumpa dengan Zack ni?" Tanya Zack Amin seraya duduk di atas sofa yang bertentangan dengan meja kerja Datuk Hakim.

Datuk Hakim berpaling memandang Zack Amin. Pen di letakkan.

"Jangan nak jadi anak yang kurang hajar. Masuk bilik ofis daddy, ketuk dulu."

Zack hanya tersenyum memandang Datuk Hakim. Selepas maminya kena tangkap kerana di syaki membunuh, keadaan daddynya seakan tak terurus, serabai. Datuk Hakim banyak menghabiskan masa dalam bilik ofis. Tak keluar ke mana-mana.

"Opss sorry, my bad"

Datuk Hakim melangkah ke arah Zack bersama envelope coklat cair di tangan lalu envelope tersebut diserahkan dekat Zack. Lambat-lambat Zack mengambilnya.

"Apa ni?" Tanya Zack

"Baca lah." Ucap Datuk Hakim. Dia terbatuk-batuk.

𝕎𝕒𝕤𝕚𝕒𝕥 𝕡𝕖𝕣𝕞𝕚𝕟𝕕𝕒𝕙𝕒𝕟 𝕙𝕒𝕣𝕥𝕒

Dengan teliti Zack membaca isi kandungan di atas kertas tersebut. Tiba-tiba senyumannya terukir. Segala harta milik Datuk Hakim Dan Datin Sally menjadi haknya.

"Puas hati?" Tanya Datuk Hakim. Dia mengurut dada yang sakit hakibat batuk yang tidak berkurangan.

"Agak puas hati" ucap Zack seraya bangun. Dia melangkah ke arah pintu tetapi namanya di panggil semula.

"Nanti daddy nak minta tolong kamu." Ucap Datuk Hakim.

Zack melangkah semula ke arah Datuk Hakim.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now