BAB 105

56 6 1
                                    

"Dah kenapa pulak kau tenung aku macam itu? Aku bukan Janna, aku Hisham. I tak rela you!" Ucap Hisham seraya buat gaya.

"Kecil besar kecil besar aku tengok kau ni Hisham. Orang serius dia main-main pulak. Ada juga aku lepas ke Langkawi kejap lagi."

Hisham buat muka terkejut.

"Eh kau jangan nak buat gila ye esok tengah hari kita kena ke mahkamah. Ada benda yang belum selesai. Sudah lah tu, jom kita ke cafe kak na dan minum-minum, makan-makan." Ajak Hisham untuk kali yang keberapa dia sendiri tak pasti.

Lambat-lambat Shahrul bangun dan mengikut Hisham ke cafe. Saat ini dia rasa lemah yang teramat sangat. Dia memandang telefon yang ada di tangannya. 'Janna kau kemana?' Tanya Shahrul dalam hati.











"𝓨a allah! Sakitnya pinggang" ucap Janna seraya membetulkan pinggang yang terasa sakit akibat memandu jauh. Terbit dihati rasa menyesal kerana menolak pertolongan dari Shahrul yang sudi menjadi drivernya.

"Hehe, Teruk sangat mengeliat tu sis" ucap Mega.

"Ini bukan mengeliat Mega, Ini aku betulkan pinggang."

Mega hanya menggelengkan kepala dan tak lama tu dia memandang sekeliling

"Kita dah sampai ke sis?"

Janna terus masuk ke dalam kereta selepas dia betulkan pinggang. Terasa segar sedikit.

"Eh belum lagi, Sekarang kita kat jeti. Tunggu ferri sampai lepas tu naik ferri sejam lepas tu baru sampai cenang."

"Oh yeke?"

"Iya." Ucap Janna tanpa memandang Mega di sebelah. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan App WhatsApp ditekan. Dia perlu text Shahrul dengan segera sebelum dia kena bebel.

"Aku dah sampai jeti."

Shahrul is typing...

"Tak naik ferri lagi?"

"Belum." Ucap Janna seraya menekan butang sent.

Shahrul is typing...

"Oh yelah. Nanti sampai cenang bagitahu okay?"

"Baik boskur"

Janna terus keluar dari App WhatsApp dan menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam bag. Dia memandang sekeliling. Perutnya terasa lapar pulak.

"Sis, ferri sampai pukul berapa?"

Janna memandang ticket yang dia baru beli sebentar tadi. Tak lama tu dia memandang jam dekat pengelangan tangan.

"Lagi satu jam setengah."

"Ui lambat lagi."

Dia hanya mengangguk dan matanya memandang lori di depan, Lori miliknya.

"Sis" panggil Mega.

"Ye?"

"Kenapa cinta itu menyakitkan?"

Janna berpaling memandang Mega dan dia tersenyum.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now