BAB 189

53 6 0
                                    

Lailya meletakkan kembali telefon bimbitnya ke atas meja. Hatinya bagai disiat-siat selepas mendengar cerita dari Suraya yang bekas suaminya itu dah pun berjumpa dengan bekas kekasihnya yang dulu.

"Berhenti lah berharap Lailya. Aman dah jumpa dah dengan ex dia dulu."

Jantung hatinya bagai nak pecah bila dengar taklimat itu sebentar tadi. Dia berpaling memandang luar. Rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi dipandang sepi.

'Sampai hati kau Aman.' Jerit Lailya dalam hati.

Tok..tok..

Lailya berpaling. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang mengalir.

"Nak apa?" Laung Lailya dari dalam bilik.

"Mak panggil" jerit Naini dari luar.

Lailya mengeluh perlahan. Dia terus melangkah keluar dari bilik dan mencari Puan Anum.

"Kenapa?" Tanya Lailya

"Sampai bila nak berkurung dalam bilik tu? Dah tak nak bekerja?"

"Mak panggil gara-gara nak tanya pasal benda ni ke?"

"Iye lah sampai bila kamu nak jadi macam ni? Pergi-pergi lah bersiap cantik-cantik lepas tu cari duit."

Lailya melangkah dan duduk di sebelah Naini.

"Mak tahu yang Aman tu dah ada orang lain?"

Puan Anum mengangguk kepala.

"Tahu je, kenapa?"

"Itu je mak?"

Puan Anum berpaling memandang Lailya dan Naini bersilih ganti.

"Tahu apa?"

"Itu je ke respone dari mak?" Tanya Lailya.

"Dah tu kamu nak aku cakap apa?" Tanya Puan Anum.

"Mak, Lailya masih sayang dekat Aman, mak."

"Kalau sayang, pergi lah dekat Aman tu. Bagitahu dekat aku buat apa? Itu pun kalau dia tu nak dekat kamu lagi."

Lailya hanya diam. Dia sendiri tak tahu nak respone apa dekat Puan Anum. Puan Anum memandang Lailya.

"Sudah-sudah lah tu. Aku penat lah dengan drama cinta kau dengan si Aman tu. Aman tu dah tak nak dekat kamu dah cuba sedar diri sikit"

"Bukan mak ke yang suruh kak Lailya berbaik dengan Abang Aman tu?" Sampuk Naini.

"Memang lah aku yang suruh kakak kamu ni pikat dia, Itu pun sebab aku nak suruh kakak kamu ni kikis duit Aman. Gunakan anak dalam perut tu. Tapi kakak kamu ni begik, aku suruh buat benda lain, benda lain yang kakak kamu ni buat sampai keguguran. Aman pun dah ada orang lain, ingat ada peluang ke?"

Lailya menundukkan kepala.

"Kalau setakat cinta, sayang, boleh kenyang perut ke?" Tanya Puan Anum lagi.

"Tapi cinta boleh membahagiakan orang mak." Ucap Naini.

"Kalau bahagia tak bercerai berai."

Naini terdiam. Dia berpaling memandang Lailya yang turut memandang ke arahnya.

"Tak apa lah mak, okay sekarang ni Lailya keluar untuk cari kerja. Itu yang mak nak sangat kan?" Ucap Lailya lantas bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Dia terus bersiap-siap untuk keluar.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now