BAB 48

70 9 0
                                    

Hisham mengangguk kepala. Kini baru dia faham. Tadi dia seolah-olah blur sedikit.

"Habis tu kau nak buat apa?"

"Aku nak buat apa? Tunggu je lah sampai aku rasa aku dah tak boleh tunggu akan adalah kejadian-kejadian kat situ."

"Kau nak buat apa gila dekat Janna?"

Shahrul tak menjawab soalan dari Hisham. Malah dia hanya tersenyum dan mengangkat ke dua bahunya.






𝓒offee late yang berada dihadapannya di hirup perlahan. Menyegarkan tekak yang terasa pahit sedikit. Dia memandang sekeliling. Kelibat Puan Azizah yang mahu berjumpa dengan nya di sebuah cafe termuka di ibu kota tidak muncul-muncul. Dia cukup pantang kalau tak punctual. Tak kesah lah kau siapa atau berpangkat apa, kalau tak punctual kau adalah seorang yang bermasalah. Dia memandang jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.

"Maaf lambat."

Janna berpaling. Tak lama tu dia bangun dan pelawa Puan Azizah untuk duduk. Di sebelah Puan Azizah ada Izuwann.

"Jadi ada apa yang nak dibincangkan?" Tanya Janna memulakan bicara.

Puan Azizah memandang Izuwann disebelah.

"Kenapa sampai nak putus dengan Izuwann?"

Bibir Janna mengukir senyuman.

"Kenapa saya tak boleh putus dengan anak auntie?" Tanya Janna tanpa menjawab soalan dari Puan Azizah.

"Saya perlukan jawapan bukan di aju balik dengan soalan."

"Saya pun perlukan Jawapan." Ucap Janna seraya memandang Izuwann dekat sebelah. Dasar anak emak.

"Apa salah yang i dah buat sampai you nak putus dengan i?" Tanya Izuwann.

Janna membetulkan duduk lantas tangan di silangkan ke dada.

"Saja" jawab Janna simple.

"Tak mungkin saja. Mesti ada sebab lain kenapa nak putus kan?"

Janna tersenyum.

"Mungkin sebab dah tak berminat"

Izuwann terdiam. Rasa sakit sangat di dalam hati.

"Janna kita dah bercinta six month. Takkan nak putus macam itu je? Okay lah kalau i ada salah dengan you, i minta maaf. Mungkin kesalahan yang i buat tu tanpa i sedar. Kita jangan putus ye. I tak boleh hidup tanpa you."

Janna tersenyum lagi. Kali ni senyuman Janna memang sukar untuk di tafsirkan oleh Izuwann. Sangat kejam terhadap lelaki yang mencintainya sepenuh hati.

"Kalau i cakap nak putus, i akan putuskan. If u melutut dekat kaki i sekali pun i tetap nak putus. Tak ada siapa yang boleh halang termasuk your mother" ucap Janna seraya memandang ke arah Puan Azizah.

Wajah Puan Azizah kemerahan menahan marah.

"Sampai hati you buat i macam ni"

Janna ketawa perlahan. Geli hati melihat muka Izuwann yang berada di hadapannya. Minta simpati darinya.

"Jangan cakap sampai hati, you jilat tapak kaki i pun i tak berminat nak terima you semula"

Bum.....

Puan Azizah yang telah hilang sabar, dia mengetuk meja dengan kuat. Janna dan Izuwann berpaling.

"Hey! Kau jaga bahasa kau Janna" tengking Puan Azizah dengan kuat.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now