BAB 76

74 9 0
                                    

Hisham yang tengah ralit makan kuaci tersentak.

"Eh mesti lah aku ikut. Sampai hati kau kan nak tinggal aku."

Dia terus menjeling ke arah Hisham.

"Apa jeling-jeling? Aku korek biji mata tu karang ha. Tak pasal jadi kassim selamat versi perempuan." Bebel Hisham.

Janna tercari-cari sesuatu untuk di baling dekat Hisham. Batu di capai.

"Okay-okay tak nak tak nak. Batu tu setan."

Shahrul hanya ketawa perlahan melihat Janna dan Hisham berkelahi. Macam anjing dan kucing.

"Sudah-sudah." Ucap Shahrul.

"Shahrul kau tengok dia ni. Baru lepas makan tebuan ke?" Mengadu Hisham.

Janna terus duduk di sebelah Shahrul dan melihat bunga rosa yang cantik.

"Selepas maghrib kita gerak okay. Aku datang ambil."

Janna berpaling.

"Kalau aku bawa housemate aku sekali boleh tak? Aku tak nak lah dia tinggal sorang-sorang dalam keadaan macam itu. Karang tak pasal bunuh diri."

Hisham dan Shahrul berpandangan sesama sendiri.

"Maksud kau?" Tanya Hisham.

"Dia tengah heart broken."

"Oh, kalau macam itu kau bawa lah Hani tu okay."

Janna menganggukkan kan kepala. Tak lama tu dia berpaling.

"Aku lapar lah. Jom pergi makan nak tak? Bak sikit kauci tu."

"Jom lah." Ucap Shahrul lantas bangun dan diikuti oleh Hisham.

Janna terus melangkah ke depan sambil makan kuaci. Sesekali dia memandang Hisham.

"Kau dengan Hisham ni couple ke?"

"Eh kau ni. Dah kenapa pulak aku nak couple dengan Hisham?"

Janna ketawa melihat wajah merah Shahrul. Tak pasti sama ada merah kerana malu atau cuaca panas. Lambat-lambat dia mengangkat bahu.

"Haah memang aku dengan Shahrul bercinta pun. Mesti kau dengki kan Janna" ucap Hisham seraya buat suara dan gaya lembut.

"Eh tak nak aku." Ucap Shahrul terus melangkah ke arah sebelah kiri Janna.

Janna hanya ketawa sambil kepala digelengkan. 'Macam budak-budak'








"𝓘 pregnant"

Zack berpaling memandang Lailya.

"Anak siapa?"

Lailya melangkah ke arah Zack.

"You tanya i anak siapa? Anak you lah. You ni kenapa?"

Zack ketawa seperti mengejek. Misalan baru sekali main terus lekat. Dia menggelengkan kepala berkali-kali.

"Jangan nak menipu lah Lailya."

"Ini anak you lah Zack. Kenapa you tak nak percaya ni?"

"Buat apa i nak percaya? Lagi pulak cuma sekali i dengan you. Tahu-tahu dah mengandung. Kelakar kan?"

"Sumpah ini anak you Zack." Ucap Lailya lantas memegang tangan kanan Zack.

Zack menepis kuat. Lengan yang di sentuh oleh Lailya kibas berkali-kali.

"Jangan nak sentuh lah. Geli"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now