BAB 88

70 8 0
                                    

"𝓗aaa dah bersiap sedia ke nak bercerita dekat aku pasal Ryan dan juga anak kau yang dulu tu?" Tanya Hani seraya duduk disebelahnya.

Janna yang tengah memandang sawah dihadapan hanya tersenyum bila mendengar soalan dari Hani. Dia hampir-hampir terlupa untuk menceritakan prihal anaknya itu.

"Harraz meninggal masa umur dia setahun lapan bulan. Dia meninggal di hari jadi aku. Dia kena langgar depan rumah aku dekat kampung. Mungkin salah aku kerana aku lalai. Mungkin salah aku juga kerana dia ingat aku nak ajak bergurau dan sebab itu dia lari"

"Maksud kau?"

Masa tu pintu pagar rumah aku terbuka. Aku pulak tengah borak dengan mami aku dan sungguh aku tak perasan masa tu pintu pagar terbuka. Mami aku terkejut sebab dia nampak yang Harraz dah keluar dari pagar tu. Aku kejar Harraz dan mungkin dia ingat aku nak gurau. Dan dia kena langgar dengan kereta. Masa kematian Harraz tu aku tak boleh terima sebab yelah dari Harraz lahir, aku yang bersusah payah jaga dia, sampai lah dia setahun lapan bulan. Aku down selama dua tahun. Aku tak keluar rumah, masa tu aku hanya hidup dalam bayang-bayang Harraz. Aku hampir gila dan masa tu juga Shahrul carikan aku seorang anak. Ryan. Ryan tu anak kawan kepada Shahrul. Ibu bapak Ryan meninggal dan keluarga Ryan yang lain tak nak jaga. Jadinya Ryan itu bawah jagaan Shahrul dan juga family shahrul. Tak ada siapa yang boleh ambil Ryan lagi."

"Oo kiranya masa baby lah Ryan tu ada dengan kau?"

Janna hanya mengangguk.

"Shahrul buat macan itu sebab tak nak bagi aku down teruk. Aku hampir gila kan. Bercakap sorang-sorang. Bayangan Harraz ada di mana-mana. Mami dan daddy dah tak boleh nak kawal aku lagi dah masa tu. Aku memang sayang sangat dekat Harraz sebab dia yang ubah segalanya tentang aku. Dari aku ni tak suka senyum, aku boleh senyum. Dari aku benci kepada budak. Aku jadi suka budak. Dari aku tak suka bercakap atau sebagainya adanya Harraz dia buat bagi aku suka. Dia lah penawar, dia lah juga racun

"Macam tu kisahnya. Sebab itu kau marah sangat siapa-siapa yang usik barang Harraz."

"Ya. Aku marah sebab aku tak suka"

"Tak mengapa lah. Yang pergi tu biarlah pergi. Yang hidup ni kena teruskan hidup. Habis ni Ryan kau sayang macam kau sayang Harraz tak?"

"Aku sayang anak-anak aku sama rata. Kalau aku kahwin nanti pun, kalau aku dah ada anak, sama je aku layan. Aku tak suka beza kan kasih sayang tu."

Hani hanya mengangguk kepala.

"Bagus lah cara kau tu, aku suka."

Janna hanya tersenyum bila di puji oleh Hani. Dia memandang Hani yang tengah memandang sawah di depan.

"How about you?" Tanya Janna.

Hani berpaling sekilas.

"Aku?"

Janna hanya mengangguk.

"Aku macam ini lah. Bila siang aku okay, bila malam aku duduk sorang-sorang aku rasa sunyi. Rasa rindu dekat dia dalam hati ni bagai nak meletup. Padahal sebelum ni pun dia pernah je abaikan aku. No text, no call, tapi i don't know why aku macam ni sekarang ni." Ucap Hani mengeluh perlahan.

"Mungkin sebab sebelum ni dia just diam tanpa cakap apa-apa dekat kau. Dan yang latest ni dia call dan dia bagitahu nak putus. Mungkin sebab itu kau rasa macam sekarang ni."

"Kalau macam itu baik diam je tak perlu nak bagitahu aku apa-apa. Buat sakit hati aku je."

Janna menggelengkan kepala berkali-kali.

"Kalau dia diam, kau akan text dia dan call dia. Hubungan kau dengan dia akan tergantung. Sebab tu dia nak putuskan dan dia tak nak gantung."

Hani mengeluh dan melangkah ke depan.

"Susah lah. Orang nak bercinta, aku nak bercinta. Hujung-hujung aku jadi macam ini."

Janna ketawa perlahan.

"Sabar je lah Hani, Akan ada lelaki yang betul-betul cintakan kau. Kau tunggu je, Selalunya orang-orang macam ni muncul lambat"


"Apa yang di borakkan tu?" Tanya Cik Siah sambil memandang ke arah Janna dan Hani.

Puan Cherry turut memandang ke arah yang sama.

"Entah lah kak. Borak pasal isu semasa kot." Seloroh Puan Cherry.

Cik Siah dan Puan Cherry akhirnya ketawa. Mereka tengah sibuk buat persiapan untuk esok hari.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now