BAB 117

55 7 0
                                    

"Itu lah, Aku nak pergi tengok kejap." Ucap Azrul dan berpaling.

"Sayang! Sayang!" Jerit Azrul.

Watie yang tengah berborak dengan staf resort cenang berpaling. Dia cepat-cepat melangkah ke arah suaminya itu.

"Kenapa bang?" Tanya Watie.

"Ni saya dengan Faizal nak ke sana kejap. Awak tolong tengokkan resort ye."

"Buat apa kat sana bang?"

"Saya rasa tu Janna."

Watie melangkah dan berdiri di sebelah suaminya. Dia memanjangkan leher dan memerhati ke arah yang di tunjukkan oleh Azrul.

"Kenapa Janna berhenti situ bang?"

"Abang tak pasti sebab apa. Itu sebab abang dengan Faizal nak pergi tengok."

"Ha yelah, Cepat lah bang"

"Okay-okay." Ucap Azrul terus melangkah meninggalkan isterinya.

Dia dah Faizal mempercepatkan langkah ke arah kereta Janna yang diparkir diseberang jalan besar. Sampai saja, dia menekap mukanya untuk melihat ke arah dalam kereta.

"Ada nampak?" Tanya Faizal.

"Tak nampak lah, gelap."

"Faizal, cuba kau pasang flashlight telefon kau, lepas tu kau suluh dari sebelah sana. Mana tahu nampak ke"

"Ha okay-okay." Ucap Faizal lantas mengeluarkan telefon dan menyuluh.

"Ada nampak tak Faizal?"

"Bos!! Cik Janna ada dekat dalam. Saya rasa dia macam tak sedarkan diri."

"Ha?"

"Ye!" Ucap Faizal seraya melangkah ke arah Azrul.

Azrul mengetuk cermin tingkap berulang kali dan sedaya upaya memanggil nama Janna tetapi langsung tak ada respond. Ketika putus asa ingin bertandang di hatinya, Faizul memegang bahu Azrul. Azrul berpaling.

"Bos percaya pada saya?" Tanya Faizal.

Lambat-lambat Azrul mengangguk kepala.

"Kejap." Ucap Faizal.

Dia terus meninggalkan Azrul. Tak lama selepas itu dia datang semula dengan lock stereng di tangan.

"Kau nak buat apa?" Tanya Azrul

Faizal tak menjawab soalan dari bosnya itu, malah dia melangkah ke arah cermin tempat duduk penumpang lalu menghentak cermin tersebut dengan lock stereng milik Faizal. Azrul terdiam. Setelah sekian lama, Faizal bersuara.

"Bos! Buka pintu sebelah sana."

Azrul terus buka pintu tersebut. Nadi Janna di sentuh.

"Macam mana bos?"

"Nadi dia perlahan." Ucap Azrul lantas mencepung tubuh Janna ke arah keretanya.

"Faizal, pergi panggil bini aku cepat." Arah Azrul dengan kelam kabut.

Faizal hanya mengangguk kepala dan berlari masuk ke dalam resort. Tak lama kemudian Watie datang bersama Faizal.

"Sayang cepat masuk ke dalam kereta. Kita kena bawa Janna ke hospital sekarang juga dan Faizal kau tolong tengok-tengok kan resort, Apa-apa call."

Faizal hanya menganggukkan kepala berkali-kali tanpa bercakap sepatah kata. Dalam hatinya berharap semuanya baik-baik belaka. Kereta yang di pandu oleh Azrul hilang dipandangan matanya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam resort tersebut.







"Kau dah kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Shahrul lantas menghulur cawan putih ke arah Hisham.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now