BAB 50

82 9 0
                                    

Kring...... kringg.....

Hani berpaling ke arah telefon bimbit kepunyaan Janna yang berbunyi. Panggilan dari Izuwann bersambung-sambung membuatkan dia sedikit terganggu.

"Aduh mana Janna ni." Omel Hani perlahan. Dia tercari-cari kelibat Janna yang hilang entah kemana.

"Janna! Telefon kau ni berbunyi." Jerit Hani kuat.

Tiada sahutan malah rumah itu terasa sedikit sunyi. Hani terus bangun dan melangkah ke arah bilik. Tombol pintu di pulas perlahan.

"Laa membuta rupanya minah ni. Patut pun sunyi." Ucap Hani lantas masuk ke dalam bilik tersebut.

"Janna oh Janna"

"Hmmm.."

"Telefon kau berbunyi tu tak berhenti-henti dari tadi."

Janna yang mengereng ke kiri, terus menukar posisi terlentang.

"Siapa yang call?" Tanya Janna dengan suara yang perlahan.

Hani duduk di tepi katil.

"Siapa lagi kalau bukan Izuwann."

Selepas dengar je nama itu, rasa menyampah tu meluap-luap dalam hati. Dia terus mengereng ke kiri semula. Mata di pejamkan. Malas nak ambil tahu. Hani yang melihat tindak tanduk Janna terus mengeluh.

"Weh, aduh kau ni angkat lah. Mana tahu ada hal penting ke."

Tak ada tanda-tanda respone dari kawan baiknya itu, Hani menggarukan kepala yang tak gatal.

"Janna."

Janna mengeluh perlahan.

"Tak ada hal penting pun Hani. Dia call aku tu pun sebab nak minta getback."

Riaksi muka Hani seakan terkejut.

"Bila kau putus dengan dia? Aku tak tahu pun."

"Dah dua minggu dah pun. Benda tak penting buat apa nak bagi tahu."

"Argh tak kesah lah kau bagitahu atau tak. Nah lah angkat call ni. Aku nak main game pun tak boleh."

Janna berdengus kuat. Dia bangun duduk.

"Kau je lah yang angkat Hani. Aku malas nak ambil tahu."

"Eh apahal aku pulak? Dia bukan boyfriend aku pun"

"Dah tu kau nak cakap dia boyfriend aku lah ni?"

Riak wajah Hani sedikit kundur.

"Eh mana ada aku tak cakap macam tu pun"

Janna memandang Hani dengan perasaan yang geram dan dalam masa yang sama, dia terpandang sesuatu di atas meja laptop. Hati nya tiba-tiba mendidih. Dia paling pantang kalau orang masuk dalam bilik dan kacau barang-barang yang dia sayang.

"Siapa yang keluarkan baju anak aku tu?" jerkah Janna nyaring.

Hani yang terkejut dengan jerkahan dari Janna, terus bangun berdiri. Dia memandang wajah Janna berubah menjadi merah. Dadanya berombak kencang. Janna berpaling memandang Hani.

"Eh Janna kau kenapa?" Tanya Hani takut.

"Kau masuk dalam bilik aku dan kacau barang aku?" Tanya Janna dengan keras.

"Ya allah sumpah! Sumpah Janna. Aku tak pernah masuk pun dalam bilik kau lebih dari barisan katil ni. Habis kuat pun aku masuk sampai area pintu je. Kenapa ni Janna"

Dada Janna berombak kencang. Dia bangun dan melangkah ke arah meja laptop. Baju dan toys di ambil.

"Habis ni apa? Aku simpan benda ni dalam almari dan macam mana boleh ada kat atas meja ni?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now