BAB 185

53 5 0
                                    

"Aku faham tu tapi kali ini aku nak buat dia betul-betul jatuh cinta dekat aku. Walaupun aku tahu tak akan jadi macam dulu, tapi insyallah. Aku harap Allah permudahkan semua urusan aku dan aku kena banyak bersabar sebab agak mencabar sedikit lah."

"Amin." Ucap Amin seraya menepuk-nepuk bahu kanan Aman.








Janna melangkah perlahan-perlahan menuju ke ruang tamu selepas dia terdengar bunyi satu tangisan. Selepas dia habis call tadi dengan Aman, dia terlelap kerana kepenatan. Dia sendiri tak tahu kenapa energy dia hari ni agak berkurangan ketika itu. Dia menggarukan kepala yang tak gatal. Lambat-lambat Janna berpusing semula dan melangkah memuju ke arah biliknya. Belum sempat kakinya nak melangkah masuk ke dalam bilik, tangisan tadi kedengaran lagi. Tetapi kali ini tangisan itu agak kuat sedikit. Janna cepat-cepat melangkah ke arah bilik Hani. Telinga di cekup di bahagian tengah pintu.

"Tolong lah." Ucap Hani.

Terasa perasaan tak sedap, Janna terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Hani, Hani berpaling dengan wajah yang sembab.

"Kau kenapa?"

Lambat-lambat Hani menggeleng. Janna melangkah dan menuju ke arah katil lalu dia duduk di tepi katil. Jam tangan berjenama Daniel Wellington Black di pandang sekilas oleh Janna. Sudah ke angka tiga pagi. Lambat-lambat dia mengeluh perlahan.

"Sepatutnya waktu-waktu macam ini kau kena rehat Hani. Tambah-tambah lagi kau dalam keadaan macam ni. Kau on the phone dengan siapa?"

"Fikri" jawab Hani lambat-lambat.

Janna berpaling.

"Bergaduh?"

Hani menggelengkan kepala.

"Habis tu?" Tanya Janna lagi.

"Aku minta putus dengan dia, Janna. Aku sakit tahu tak"

Dahi Janna berkerut.

"Kau minta putus dengan dia atas alasan apa? Bukan selama ni korang baik-baik ke?"

"Memang dari pandangan mata kasar nampak macam baik sangat. Itu tak di nafikan lagi. Tetapi dalaman aku sakit Janna kalau aku tak putus dengan Fikri tu. Farah tak akan lepaskan aku."

Janna menggarukan kepala.

"Adoii. Pening lah aku dengan korang berdua ni. Dah elok-elok nak putus, nanti dah putus nak berbaik pulak." Ucap Janna seraya membebel.

Janna membetulkan duduk mengadap ke arah Hani. Rambut Janna yang panjang di ikat sanggul seperti ada Aura mak-mak dah merasuki Janna.

"Macam ni lah. Percaya cakap aku kalau kau putus dengan Fikri dalam keadaan kau macam ni, hanya sehari je boleh bertahan. Lepas tu kau akan cari dia balik. Kau jangan buat keputusan yang terburu-buru nanti kau sendiri akan menyesal."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now