BAB 25

89 9 0
                                    

"Kau janji apa dengan aku Jess?" Tanya Janna dengan suara yang sedikit keras.

"Aku tahu dengan janji tu. Tapi sekarang ni kau dah putus dengan Zack, Janna. Aditya pulak ajak aku berkahwin. Takkan aku nak tolak pula?"

Janna berpaling. Bebola matanya ingin terkeluar memandang Jessica. Sakit menyerang hatinya.

"Kau ingat aku nak ke jadi macam ni? Kau ingat aku minta ke? Kau janji dengan aku nak berkahwin sama-sama dengan aku. Sekarang ni bila aku dah single, kau nak berkahwin. Apa ni?"

"Janna, kita pun dah bertunang sama dulu. Tarikh berkahwin aku, aku sanggup jarakkan sebab apa? Sebab aku fikirkan kau. Who knows dalam masa yang terdekat ini kau jumpa someone. Tapi kau still diam. Habis aku ni macam mana? Aditya macam mana?"

"Habis tu memang tak boleh tunggu la?" Soal Janna dengan suara yang ditekankan.

"Family Aditya, Janna."

Janna berdengus kuat lantas capai bag pinggang dan melangkah masuk ke dalam rumah. Jessica memandang Puan Cerry.

"Mami."

Puan Cherry mengangguk perlahan.

"Kita sabar dulu okay dan nanti kita bincang semula." Pujuk Puan Cherry sambil menepuk-nepuk manja bahu anaknya.





Ting...

Janna berpaling. Pen diletakkan di atas meja. Bunyi notification WhatsApp masuk. Lambat-lambat dia capai telefon bimbitnya lalu bersandar. Pesanan tersebut langsung di buka.

"Hai, Assalamualaikum sayang"

Bibirnya menyukir senyum. Sudah dekat lima bulan dia bercinta dengan Aman Naqib. Dia seorang lelaki yang menyenangkan. Suka buat kelakar. Suka mengambil berat tentang dirinya. Tak lekang dengan bercerita. Ada saja yang nak diceritakan.

"Waalaikumsalam sayang." Balas Janna. Butang send di tekan.

"Sayang buat apa? Busy ke?" Tanya Aman Naqib. Dia bangun dan duduk di atas sofa. Bagi selesa.

"Macam biasa lah kerja, kerja dan kerja. Awak buat apa? Dah makan?" Tanya Janna.

"Saya hari ni tak kerja, cuti. Tak buat apa pun dan saya dah makan. Awak?"

"Oh. Saya dah makan dah. Hehe"

"Okay malam esok jom keluar nak tak? Kita lepak Canggung. Saya ada hal penting nak bagitahu awak"

Janna termenung seketika.

"Lepak Canggung? Hurmm boleh lah. Esok saya pergi sana terus lah eh atau awak datang ambil?"

Aman Naqib yang tengah baring terus bangun duduk.

"Saya pergi ambil awak. Pukul 11"

"Okay, see you later B"

"Bye Sayang." Balas Aman pendek.

Selepas membaca pesanan terakhir dari Aman Naqib, dia terus sambung kerja. Sesekali kepalanya terawang-awang entah kemana. Bibirnya mengukir senyum.

"Ehem!"

Janna berpaling.

"Amboi kau Janna. Senyum sorang-sorang nampak. Apa yang happy sangat tu?" Sergah Shahrul.

"Eh, mana ada"

Shahrul melangkah dan duduk didepan Janna.

"Jangan nak tipu aku. Kau bukan sehari dua dengan aku."

Dia ketawa. Memang tak boleh simpan walaupun satu rahsia dengan Megat Shahrul Anuar ni. Pelik betul.

"Okay-okay. Aku fall in love dengan someone." Ucap Janna dalam keadaan tersenyum bahagia.

Riak muka Shahrul sedikit berubah. Yang pada mulanya senang bila melihat orang yang dia sayang dalam diam ni bahagia, kini hatinya bagai dipanah petir.

"Si.... Ehem! Siapa?"

"Nama dia Aman Naqib. Kalau kau ingat hari tu yang aku ada puji suara dia sedap masa kat Canggung"

Sedikit sebanyak kepala Shahrul mengingati lelaki yang dipuji oleh Janna. Tetapi dia tak dapat nak tangkap. Shahrul terus bangun berdiri. Janna tersentak.

"Sorry Janna, aku terlupa yang aku ada kerja sikit nak buat. Nanti kita sambung lagi." Ucap Shahrul lantas keluar dari bilik ofis.

Tindakan Shahrul membuatkan Janna terdiam. 'Kenapa pulak mamat ni? Pelik' omel Janna dalam hati.

Kring..... kring.....

Dia menjengah di skrin telefon melihat siapa yang menghubungi dirinya. Tertera nama Puan Cherry membuatkan dia mengagak sesuatu. Lambat-lambat butang hijau di tekan.

"Hello"

"Janna, hari ni balik petang boleh?" Tanya Puan Cherry dihujung talian.

"Kenapa?" Tanya Janna.

"Kita perlu berbincang pasal Jess."

Dia mengeluh perlahan.

"Mami, Dia yang nak kahwin, kenapa nak kena ajak berbincang pulak ni?"

Puan Cherry terdiam. Dia kena sedaya upaya memujuk anak sulungnya itu dengan lembut.

"Janna, balik lah. Kita kena berbincang elok-elok. Mami tak suka lah anak mami ni bermasam-masam muka"

"Mami, Janna ada atau pun tidak Jessica wedding continue, right?"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now