BAB 111

58 10 0
                                    

"Ku singkap kenangan dulu sewaktu kasih berputik. Ku genggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku menerka hatimu
Sehati denganku..
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan.. Kau pun berlalu dalam pekatan malam.. Tinggal aku seorang" jerit Janna dalam bilik mandi.

Dia menyanyi lagu Lamunan Terhenti dengan membuat cara dan gayanya yang tersendiri.

"Sis!!" Jerit Mega dari luar.

"Uikk"

Janna tersentak seketika. Kepala yang terkena water heater di tarik perlahan. Dia memandang atas.

"Sis!!"

"Ye"

"Cepat lah mandi! Saya pun nak mandi juga"

Janna mengeluh perlahan. 'Kacau lah minah ni aku ingat ke hantu yang panggil aku sis tadi' omel Janna sendirian

"Ye lah, Sabo!"

"Tak boleh nak sabar dah ni sis!"

Janna terus pulas kepala paip di dinging lantas kain tuala di capai. Dia melangkah ke arah pintu. Pintu berkuak.

"Kau ni boleh tak jangan kacau aku yang tengah seronok duduk dalam bilik air."

Mega yang tengah duduk di atas kerusi, cepat-cepat bangun.

"Ala, esok-esok lah sis sambung duduk dalam bilik air tu. Saya dah tak tahan nak membuang." Ucap Mega lantas melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu di tutup rapat.

Dahi Janna berkerut.

"Ada esok? Kot aku mati tercekik tulang ke. Dah tak sempat aku nak berkubang dalam bilik air." Bebel Janna perlahan.

Bag pakaian yang berada di tepi katil di buka. Pemilihan baju t shirt berkoler polo berwarna meroon dan seluar jenis koyak di lutut menjadi pilihannya ketika itu. Dia memandang ke arah bilik air.

"Lambat tinggal!" Jerit Janna dari luar.

"Jangan lah sis!!!"

Dia mengekek-ngekek ketawa sambil menutup mulut. Selesai berpakaian, dia melangkah ke arah cermin dan membelek mukanya berkali-kali. Tiba-tiba matanya tertangkap bekas luka yang berada di tepi lehernya. Selagi luka itu tak hilang, selagi itulah dendamnya terhadap lelaki yang bernama Aman Naqib masih membara.

"Fuh lega!"

Janna berpaling dan mata di kecilkan.

"Cepat betul kau mandi."

"Saya dah mandi lah sis pagi tadi, masa subuh. Ingat nak kejutkan sis berjemaah tapi nampak sis macam lena sangat. Jadinya tak sampai hati nak kejut. Tu yang saya mandi terus."

Janna hanya mengangguk.

"Lain kali kejut je aku, Solat tu"

"Sorry sis."

"Iyo lah, Dah pergi bersiap. Kita gerak pagi ni terus balik Kuala Lumpur."

"Diaorang sekali?"

"Abu dengan Danny je nak ikut kita balik. Yang lain katanya tak nak balik nak stay sini."

"Kiranya kita singgah Kedah ke sis?" Tanya Mega memandang Janna dari dalam cermin.

"Iyo." Ucap Janna seraya memakai jam tangan Successo Black miliknya.

Mega mengangguk berkali-kali tanda mengerti. Selepas Mega siap bermakeup, mereka melangkah keluar dari hotel tersebut. Abu dengan Danny sudah menunggu di lobi hotel.

"Dah siap?" Tanya Janna selepas kelibat Abu didepan mata.

"Sudah lah sis tapi mengantuk lah." Ucap Abu seraya menguap.

"Dalam kereta nanti tidur lah" ucap Janna seraya melangkah ke arah kereta. Alarm kereta ditekan dari jauh.

Dia meloloskan ke dalam kereta lantas enjin dihidupkan. Lambat-lambat telefon bimbit dikeluarkan dari dalam bag pinggang. Application WhatsApp di buka.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now