BAB 103

55 6 0
                                    

Mega terdiam lantas berpaling memandang Janna. Serba salah dalam hatinya tak pernah di bendung.

"Sorry tau sis" ucap Mega lantas memegang lengan kiri Janna.

"Ye, tak apa. Tak payah lah nak sorry-sorry bagai. Kau bukan buat salah besar pun"

Lambat-lambat Mega mengukir senyuman.

"Terima kasih sis."

"Sama-sama Mega."







"𝓑enci sangat ke you dekat i sampai you sanggup buat i macam ni Fikri?" Tanya Farah Hanim sambil memandang Fikri di hadapannya.

Fikri langsung tak memandang wajah Farah. Malah, dia melangkah ke depan lantas berpeluk tubuh.

"You dengar tak apa yang i tanya ni?" Tanya Farah lagi dengan suara yang kuat.

"Boleh perlahankan suara you tu tak? Tak malu ke orang pandang dekat kita."

Farah memandang sekeliling. Memang betul kerana suaranya orang-orang memandang ke arahnya ketika itu.

"I sakit hati you tahu tak?"

"You nak sakit hati buat apa? Semua ni you yang buat kan?"

Farah Hanim mengetap bibir.

"Sekarang ni satu je i nak tanya dekat you. You memang nak betul-betul putus dengan i ke?"

Fikri ketawa perlahan. Dia menunduk menendang batu dan dalam masa yang sama dia membetulkan rayban yang di pakai.

"Dah setahun i tak contact you. You yang call i text i jadi i rasa dekat situ you dah tahu jawapan dia kan? Buat apa you nak tanya dekat i lagi?"

"Tapi i masih sayangkan you. I jadi macam ini disebabkan you. You langsung tak ada masa untuk i. Why?"

"Farah Hanim, kalau dia betul-betul memahami pasangan dia, dia tak akan buat keputusan keluar dengan jantan lain. Nak enjoy sana sini. I berkerja keras sebab i nak kumpul duit untuk berkahwin dengan you. I tak nak pasangan i hidup susah selepas kahwin dengan i nanti. Tambah-tambah you yang i kenal tak suka hidup susah. Apa salahnya you bersabar?"

"You nak suruh i bersabar sampai bila?"

Fikri hanya tersenyum.

"Sampai kita berkahwin. Tapi sekarang semuanya dah terlambat Farah dan you boleh pergi dekat siapa-siapa yang you mahukan."

"I tak nak Fikri, I nak dekat you saja"

Dia menggelengkan kepala.

"You kenal kan i macam mana? Sekali i dah buang, i tak akan kutip balik."

"Hanya kerana i keluar dengan kawan i you nak buang i?"

Fikri berpaling memandang Farah Hanim.

"You ingat i tak tahu ke yang you banyak kali buat benda ni? I tahu tau tapi i diamkan diri sebab i nak kumpul bukti."

"Fikri."

"Sudah Farah kita dah setahun putus. You tak perlu nak call i, text i lagi semuanya tak perlu lagi sebabnya i tak akan layan walaupun satu. Sekarang ni i terpaksa datang sebab you ugut nak bunuh diri. Jadi nak atau tak nak i terpaksa juga jumpa you."

"Sampai hati you buat i macam ni Fikri. Besar sangat ke dosa i?"

"Dosa pertama sebab you tipu i. Dosa kedua sebab you curang dengan i. You tak setia dengan i, Farah. Jadinya, i lepaskan you dengan seikhlas hati i." Ucap Fikri lantas melangkah pergi.

"You! You!!" Jerit Farah kuat. Dia langsung tak hiraukan sesiapa yang memandangnya ketika itu. Hilang sifat malu dia.

Fikri tidak berhenti. Dia hanya teruskan melangkah pergi dari situ. Biarlah apa nak jadi sekali pun, dia tetap dengan keputusan dia. Dia mengeluarkan telefon bimbit. Tangannya laju menekan nombor seseorang.

"Hello......"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now