BAB 183

51 5 0
                                    

"Uhuk. Uhuk." Hani terbatuk-batuk. Keadaanya kelihatan lembik dan tak bermaya.

"Bagi air batu delima tu Janna." Pinta Budi.

Janna terus keluarkan air itu dari dalam bag pinggang lalu air tersebut diserahkan dekat Budi. Mulut Budi terkumat kamit baca sesuatu.

"Dirikan dia." Ucap Budi.

Hisham dan Shahrul terus mengangkat Hani untuk berdiri. Budi melangkah dan berdiri di belakang Hani. Selesai Budi baca beberapa surah, segala bau busuk serta paku, jarum, rambut dan lipan keluar dari mulut Hani. Bekas yang berada di depan Hani, di ambil oleh Budi dan di baca. Budi cepat-cepat baling bekas tersebut ke atas, Tiba-tiba.

"Pom!"

Bekas tersebut meletup.

"Arghhhhh!! Uwerkkk!!! Uwerkkk!!! Sakit!!" Jerit Hani kuat.

Budi menepuk-nepuk belakang Hani sambil mulutnya terkumat kamit baca surah. Tak lama tu Hani dah kembali tenang. Bau busuk yang keluar dari mulut Hani sudah tidak bau lagi. Budi berpaling memandang ke arah Janna.

"Kali ketiga budak ni akan mati." Ucap Budi lantas menyerahkan air batu delima ke arah Janna.

Mereka bertiga saling berpandangan.

"Habis nak buat apa sekarang ni?" Tanya Janna.

"Esok hantar budak ni ke bangsar." Ucap Budi.

"Yelah." Ucap Janna seraya mengangguk perlahan.

Pak Budi memandang sekeliling.

"Dah selesai ke?" Tanya Hisham.

"Dah. Bawa budak ni balik dan bagi dia mandi air limau untuk buang bisa santau tu."

Janna hanya mengangguk perlahan dan papah Hani untuk keluar dari bilik tersebut.






"Aku rasa baik kau cari bomoh yang paling handal untuk buat semua benda ni Farah. Aku tak mampu sebab mereka semua bukan calang-calang orang." Ucap Tok Ngah selepas sampai di halaman rumahnya.

"Apa ni Tok Ngah? Tok Ngah cakap boleh buat. Ini cakap tak mampu pulak."

Tok Ngah berpaling memandang Farah yang berada di depannya.

"Aku ingat mereka biasa-biasa saja."

Farah mendengus kuat.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now