BAB 151

63 6 2
                                    

"Eh kau ni apahal buat muka gedik macam tu?"

Dahi Janna berkerut.

"Muka gedik kau cakap? Eh ini muka comel tau, Kau apa tau?"

"Ah kau!" Ucap Hani.

Hani terus melangkah ke dapur. Dia malas nak layan perangai tak semegah kawannya itu. Janna terus keluarkan telefon bimbitnya. Dia sebenarnya tunggu update dari pekerjanya.

"Janna!" Panggil Hani.

"Hurm."

"Hari tu kan kau ada text aku, Tapi kau cakap tak habis. Siapa dia tu?"

Janna hanya termenung mendengar soalan dari Hani.

Tanpa ada sahutan dari Janna, Hani melangkah dan mengintai Janna yang tengah termenung dekat meja makan.

"Oii kau boleh termenung?"

Janna berpaling memandang Hani. Tak lama tu dia mengeluh lantas meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Dia meraup mukanya dengan kedua tangan.

"Nak share?" Tanya Hani.

"Masak meggi tu dulu. Karang aku cerita."

Hani mengangguk dan dia cepat-cepat masuk ke dapur semula. Selepas lima minit berlalu, Hani keluar dari dapur bersama dengan dulang di tangan.

"Special for you baby." Ucap Hani seraya meletakkan dulang tersebut di atas meja. Hani terus duduk bertentangan dengan Janna.

"Wah." Ucap Janna.

Janna memandang Hani.

"Apa?" Tanya Hani.

"Air?" Tanya Janna

"Eh kau! Aku dah bagi betis nak paha pula? Air kau pergi ambil sendiri." Ucap Hani marah.

Janna hanya ketawa melihat Hani yang sedang berangin dengan dirinya itu. Period agaknya.

"Jangan lah marah kakak. Nanti cepat tua." Ucap Janna seraya menyenduk meggi tersebut dengan gafru.

Hani terus buat muka.

"Elah. Ha cerita lah apa dia?" Tanya Hani.

Janna mengacau meggi yang berasap-asap.

"Sedap tak Hani? tanya Janna.

"Ehh. See the leg lah boskur" ucap Hani.

"Mana kaki?" Tanya Janna seraya melihat di bawah meja"

"Ah kaki pun berbulu" ucap Janna lagi dengan spontan.

"Mana ada bulu. Kau ni"

"Oh tak ada eh?" Ucap Janna seraya memandang ke bawah semula.

"Patut lah."

Hani memandang dengan pandangan yang pelik.

"Apa yang patut lah?" Tanya Hani pelik.

Janna mengangkat muka memandang Hani.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now