BAB 97

61 7 0
                                    

Terpancar kegembiraan di wajah Lia. Pekerja di Resort Cenang. Dia merapatkan kedua tangannya di dada.

"Ya allah bos! Syukur Alhamdulillah. Di kala Resort kita ni tak ada pengunjung yang datang, Allah hadirkan rezeki untuk kita dengan cara macam ini."

Azrul hanya mengangguk kepala, dalam hati terasa sebak yang teramat sangat. Semenjak kebelakangan ini, tak ramai yang datang mengunjung di Resortnya. Perbagai cara ubah suai semuanya tetap tak ada pengunjung. Tambah-tambah wabak yang berbahaya masih lagi aktif. Tapi sekarang dia bersyukur kerana Allah tetap memberi dia rezeki tanpa di duga.

"Lia, bagi menu ni dekat Naufal."

Lia mengambil kertas tersebut lantas mengangguk kepala.

"Baik bos" ucap Lia lantas meninggalkan bilik Azrul dan melangkah ke arah cafe.

"Gais!!"

Semua yang ada di bahagian dapur berpaling memandang Lia dengan wajah yang pelik.

"Apasal kau senyum-senyum?" Tanya Munirah

"Sebenarnya kita dapat job."

Naufal yang tengah cuci kuali berpaling.

"Serius lah?"

Lia mengangguk dengan senyuman

"Korang kenal tak Cik Janna?"

"Cik Janna yang kawan bos tu ke?"

Lia mengangguk kepala.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia lah yang bagi job kat kita!"

"Oh ye ke? Woah." Jerit Melati teruja.

Mereka sama-sama ketawa di dapur tersebut.



Tet.....

Interkom di tekan perlahan.

"Ye sis."

"Shima, masuk bilik kejap" arah Janna.

Shima cepat-cepat melangkah. Pintu di ketuk.

"Masuk-masuk"

Shima melangkah masuk ke dalam bilik dan dia berdiri tegak dihadapan Janna.

"Duduk."

"Terima kasih sis"

Kertas design yang berada di depan Janna, di susun dan di letakkan di bahagian tepi meja.

"How about hantaran?"

"Oh pasal hantaran. Pihak lelaki dia nak Black gold dan pihak perempuan pulak dia nak Baby Blue. Ini design hantaran yang saya dah buat." Ucap Shima seraya menyerahkan mounting board.

Mounting board black bertukar tangan. Janna meneliti satu persatu hantaran yang di design di atas mounting board tersebut.

"Pasal barang tu mungkin saya pergi beli kejap lagi." Ucap Shima.

Janna hanya mengangguk.

"Dulang tu dah ada?" Tanya Janna seraya menyerahkan mounting board tersebut.

"Dah ada sis"

"Okay kalau dah ada, rasanya dah boleh mulakan sekarang. Takut tak cukup masa."

"Kalau macam itu saya keluar dulu lah untuk pergi beli barang." Ucap Shima.

Janna hanya mengangguk kepala. Dia memandang Shima melangkah keluar dari bilik ofis.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now