BAB 37

85 9 0
                                    

"Tu yang pakai baju kurung hitam biru tu."

"Oh itu Janna, dia anak angkat mak aku. Kenapa kau tanya?"

Qayyum tiba-tiba tersenyum.

"Cantik. Wajah dia macam Pan Asia"

"Dia memang ada kacuk pun. Kau minat dekat dia ke?"

"Tiba-tiba hati ini rasa jatuh cinta pulak dekat minah tu."

"Serius lah kau? Tak kenal tak apa terus jatuh cinta?"

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Tak ada lah, aku tak cakap pun tak boleh. Tetapi apa yang aku dengar dulu dia ni pernah dikecewakan oleh lelaki. Dah sekarang ni dia dah tak percaya dekat mana-mana lelaki dah. Kalau ada yang nak dekat dengan dia, si Janna ni akan buat tak tahu."

Qayyum berpaling memandang Johan.

"Kalau macam aku dapat tackle dia macam mana?" Tanya Qayyum mengangkat ke dua keningnya.

"Kalau kau rasa nak cuba, kau cuba lah. Jangan cakap aku tak bagitahu apa-apa pulak. Jangan nanti menangis dekat tepi bucu katil sudah lah."

Qayyum yang tengah duduk dekat atas batu berhampiran dengan halaman rumah Johan, terus bangun berdiri. Belakang seluar baju melayu yang dipakai, dikibaskan perlahan.

"Kau nak batting?" Cabar Qayyum.

"Kau nak letak berapa Yum?"

Qayyum tersenyum senget.

"Letak rm500 seorang."

Tanpa membuang masa, Johan terus bersetuju. Yang dia tahu dan dia pasti Janna akan reject juga mamat ini suatu hari nanti. Apa yang dia sendiri tahu, dalam hati Janna sarat dengan dendam terhadap semua lelaki.

"Baik"

Qayyum mengangguk kepala dan tersenyum. Dia akan pastikan yang dia akan dapatkan perempuan itu walau dengan apa cara sekali pun.

"Okay jom." Ucap Qayyum seraya melangkah ke depan.

"Nak kemana?"

"Eh gile, hari ni kan hari raya. Kau tahu tak aku tak makan apa-apa lagi." Ucap Qayyum.

Johan menggaru kepala yang tak gatal serta tersenggih.

"Okay-okay sorry."

Dia dan Qayyum terus melangkah masuk ke dalam rumah. Perbagai juadah telah disedia kan di atas meja. Ketupat palas dan rendang ayam kampung menjadi santapan Qayyum pada ketika itu.

"Siapa yang masak rendang ayam kampung ni?" Bisik Qayyum.

"Janna lah. Asal tak sedap ke?" Tanya Johan seraya mengambil sedikit rendang ayam kampung dan letak di dalam pinggan.

"Sumpah sedap gila. Pandai betul dia masak." Ucap Qayyum bersama sisa makanan yang penuh dalam mulut.

Johan hanya mengangguk. Dia turut rasa rendang ayam kampung tersebut. Dia faham benar dengan anak angkat kesayangan maknya itu. Hebat dengan skill masakan. Serah saja padanya menu apa yang nak dimasak. Sekelip mata sudah tersedia ada di atas meja. Untung siapa yang menjadi suami anak angkat maknya itu. Selesai Johan dan Qayyum makan, mereka berdua terus keluar untuk merokok.

"Hebat eh dia masak"

Johan tersengih sambil menyedut rokok dalam-dalam.

"Eh Johan, tu"

Dia melihat kelibat Janna yang baru keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menuju ke Janna.

"Hai." Sapa Qayyum.

Janna yang tengah ralit menjemur baju berpaling.

"Ye?"

"Cuma nak cakap, rendang ayam kampung yang awak masak tu, sedap lah."

Janna tersenyum.

"Oh." Balas Janna pendek.

Qayyum terdiam.

'Dinginnya minah ni. Tak apa cuba lagi'

"Nak berkenalan boleh?"

Janna tersenyum lagi.

"Boleh"

Selepas je dengar kalimat itu dari mulut Janna, Qayyum seakan mahu melompat kegembiraan.

"Anything else?" Tanya Janna lagi.

"Kalau tak ada saya nak masuk ke dalam rumah. Panas"

Kegembiraan diwajah Qayyum terbantut selepas melihat muka Janna yang sedikit garang.

"Oh tak ada. Boleh i minta nomber telefon you?"

Janna mengeluh perlahan.

"Telefon." Pinta Janna.

Telefon bertukar tangan dan setelah dia mencatit nombor telefon, telefon tersebut diserahkan.

"Terima kasih."

Janna hanya mengangguk lantas masuk ke dalam rumah. Terukir senyuman dibibir munggil Janna.

"Let's play, boy"


𝓣ap......

Lamunan Janna terhenti secara tiba-tiba selepas Shahrul memetik jari dihadapan mukanya.

"Termenung?"

"Tak ada lah Shahrul." Ucap Janna seraya mengambil sudu lantas mengaul makanan yang berada di hadapanya. Nasi lemak sambal paru menjadi sarapannya ketika itu.

"Apa khabar dengan Qayyum?"

Janna hanya mengangkat bahu menandakan tak tahu.

"Tak payah lah tanya aku. Aku bukan jaga dia pun. Mati dah kot" ucap Janna lantas memandang ke luar kedai.

Throwback

"Kenapa nak putus?" Tanya Qayyum tiba-tiba.

Janna hanya tersenyum. Rayban dibuka menampakkan matanya yang galak.

"Saja"

Qayyum terkejut dengan jawapan yang paling simple dari Janna.

"What? No no no. I tak setuju"

"I tak minta persetujuan dari you pun. Ini pun kira baik i datang dengan cara baik dan nak putus. Kalau macam i terus hilang, lagi you merana" ucap Janna bersahaja. Rayban yang berada ditangan, dipusing-pusing.

"Apa salah dan silap i sampai you tiba-tiba minta putus?"

Janna melangkah dua tapak ke depan. Tak lama tu dia berpusing. Dataran merdeka menjadi persinggahan dia dan juga Qayyum ketika itu.

"You tak ada buat salah apa-apa pun. silap pun tak ada. I dengan you ni pun sekadar suka-suka. Tak berniat nak serius pun. Selama ni pun i tak pernah anggap you special apatah lagi nak bercakap pasal kahwin dengan you."

Qayyum tersentak. Hatinya bagai dibelah dengan belati tajam.

DENDAM ASMARATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon