BAB 57

76 10 2
                                    

"Eh kau ni dah kenapa nak halang aku? Sekarang ni aku nak budak tu. Jangan sampai aku hentak kau dekat sini" tengking Janna dengan kuat.

Tubuh Doktor tersebut di tolak ketepi. Dengan pantas Janna terus masuk ke dalam bilik tersebut. Dia melangkah perlahan menuju ke arah anak Si Yung yang tengah lena. Ada sedikit kekesalan dihati. Kalau lah Allah tak ingatkan dia, mesti budak ini sudah duduk di Rumah Kebajikan. Perlahan-lahan tubuh anak Si Yung di angkat. Kain biru hak kerajaan dicapai lalu tubuh kecil itu di balut. Dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Janna memandang Shahrul lantas mengangguk kepala. Belum sempat beberapa langkah, Doktor tersebut bersuara.

"Hospital ini tak akan bertanggungjawab sekiranya bayi itu mengalami apa-apa masalah."

Janna berpaling serta melemparkan senyuman ke arah Doktor Adnan. Tanpa bercakap apa-apa, dia dan Shahrul terus keluar dari Hospital tersebut.




"Haha kau ni kan Janna, Bongok lah. Aku ni tak boleh nak bayangkan kalau kau hentak Doktor tu."

Janna turut ketawa. Ada juga kelakarnya bila mengenangkan tingkah lakunya yang dulu. Sentiasa baran.

"Aku kalau Doktor tu beriya nak tahan lagi, memang aku hentak betul."

Hani masih lagi ketawa.

"Habis tu lepas kau keluarkan anak kau, anak kau sakit tak?"

"Harraz ada sakit. Dia kena Hepatitis B. Pusat dia jadi besar ibu jari. Biasa lah aku kan bukan tahu pun pasal-pasal nak cuci pusat tu."

Hani hanya mengangguk kepala.

"Kau pergi Hospital tu?"

"Tak, Aku pergi Hospital lain. Tak kuasa lah aku nak pergi kat hospital tu."

"Satu benda aku nak tanya kau."

Janna angkat kening.

"Apa dia?"

"Doktor tu hensem tak?" Tanya Hani seraya ketawa kuat.

"Gatal kau eh? Hensem, mungkin sekarang dia tu dah jadi laki orang kot. Haha!"

"Ala"

Janna dan Hani terus ketawa geli hati. Melepas.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now