BAB 59

71 8 0
                                    

"Tak mengapa lah. Mungkin ini kifarah yang Allah bagi dekat aku sebab aku aniaya orang kan. Tapi kan, kalau boleh aku nak sangat jumpa dengan perempuan tu dan minta maaf. Tapi itu lah aku pernah call tetapi nombor tu dah tak aktif."

"Kau ingat lagi wajah perempuan tu?"

Aman terdiam.

"Aku ingat tapi samar-samar lah dan yang paling aku tak boleh lupa, senyuman dia."

"Hmm susah juga kalau nak cari hanya melihat dari senyuman. Haa nama dia kau ingat?"

Lambat-lambat Aman mengangguk kepala.

"Apa namanya?"

"Janna Melissa"







"𝓤huk! Uhuk"

Merah padan muka Janna apabila dia tiba-tiba tersedak. Cepat-cepat Hani menepuk-nepuk belakang kawan baiknya itu.

"Engkau dah kenapa makcik oi. Makan tadi tak baca bismillah ke?"

Gelas yang berisi air putih diambil lalu dia meneguk perlahan. Selepas saluran pernafasan dia mulai okay, dia bersuara.

"Aku baca lah. Apa pulak tak baca"

"Kalau kau baca, tak ada lah kau tersedak macam ni. Merah muka kau" ucap Hani seraya melangkah ke arah kerusinya.

Tekaknya tiba-tiba rasa tak sedap selepas tersedak tadi. Bihun goreng yang berada di hadapannya di tolak sedikit kedepan. Perlahan-lahan dia memeguk kopi O. Siapa lah yang sebut namanya ye.

"Janna."

"Hmmm"

"Shazwan nak ajak getback." Ucap Hani perlahan. Risau benar dia dengan harimau yang berada dihadapannya ini. Risau kena baham je.

"Jadinya?"

Hani mengeluh.

"Itu je ke response kau?"

Gelas di letakkan kembali di atas piring.

"Habis kau nak aku cakap apa? Atas diri kau lah. Kalau kau rasa kau nak getback dengan dia, just go on. Cuma aku nak cakap sikit lah. Kau kena bersiap sedia lah untuk kelukaan dekat hati kau tu."

"Habis tu kau nak suruh aku buat apa Janna"

"Aku tak tahu lah gila."

"Tapi aku masih lagi sayang dekat dia, Janna. Dan dia pun cakap dia masih sayang dekat aku."

"Sayang? Semua orang boleh cakap sayang tapi tak semua tahu makna sayang tu apa. Apatah lagi makna cinta"

Hani terdiam. Dia memandang bihun yang masih tak terusik.

"Cuba kau bagitahu dekat aku, kau dengan dia berapa banyak luka yang dia bagi? Kalau dia sayangkan kau dan dia cintakan dekat kau, dia tak akan sakitkan hati kau. Contoh yang terbaik sekarang ni dekat depan muka kau. Look at me. Apa terjadi pada aku sekarang ni. Sikap dendam aku terhadap lelaki tak akan pernah mati selagi tak ada cinta sebetulnya cinta yang padam dendam dalam hati aku ni. Jangan jadi macam aku. Sakit Hani sakit"

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now