BAB 84

67 7 0
                                    

"𝓢emalam siapa yang call kau?" Tanya Amin yang tengah ceduk nasi goreng kampung ke pinggan.

Aman menandang kembarnya.

"Lailya."

Amin berkerut dahi.

"Dia nak apa?"

"Dia nak rujuk balik sebab dia tak bahagia dengan suami dua tu."

"Habis kau terima lah?" Sampuk Suraya.

Aman terdiam. Tak lama tu dia geleng kepala.

"Aku takkan rujuk lagi dah. Sekarang ni yang aku tahu, aku nak tebus dosa dan silap aku dekat seorang perempuan ni. Perempuan yang aku tinggal dulu tu."

Amin mengangguk kepala berkali-kali

"So apa plan kau selepas ni? Kau rasa kau dapat jumpa lagi ke perempuan tu? Kuala Lumpur tu bukan kecil. Mana kau nak cari? Dah lah segala detail pasal perempuan tu kau langsung tak tahu."

"Itu lah yang aku tengah fikir sekarang ni Amin. Aku cuba call nombor yang dia bagi dulu tu tapi dah tak guna. Dia tukar nombor baru."

"Gambar? Kau ada gambar dia?" Tanya Suraya.

"Gambar dia pun gambar lama. Sepuluh tahun lepas. Mungkin sekarang rupa dia pun dah berubah."

"Cuba bagi aku tengok. Mana tahu kot aku kenal."

"Kejap" ucap Aman seraya mengeluarkan loket tersebut di dalam purse. Loket diserahkan kepada Suraya.

"Eh kejap. Muka dia ni macam familiar lah"

Aman tergamam.

"Serius lah Su?" Tanya Aman seakan teruja.

"Ye serius, tapi." Suraya cuba mengingati perempuan yang dia pernah bertembung tempoh hari dekat ioi city. Tapi perempuan itu berambut panjang dan yang dalam loket ini berambut pendek.

"Tapi apa Su?" Tanya Aman dan dinantikan oleh Amin, suaminya.

"Aku pernah bertembung dengan seorang perempuan masa aku pergi hantar pakaian dekat ioi City. Perempuan tu muka dia seakan dengan perempuan yang dalam loket ni. Tetapi perempuan tu berambut panjang. Yang dalam loket ni berambut pendek. Orang lain kot."

"Eh boleh jadi yang Su jumpa tu orang yang sama sebab boleh je kan simpan rambut panjang."

Suraya menganggukkan kepala.

"Betul juga tu, Tapi kalau betul lah perempuan yang aku jumpa hari tu adalah orang yang sama dalam loket ni, aku rasa beruntung lah kau."

"Kenapa?" Tanya Aman pelik.

"Sebab cantik betul, Kalau kau dengan dia Aman, macam beauty and the beast"

"Banyak lah kau." Ucap Aman ketawa.

Aman menelan liur. Layak ke dia kalau perempuan itu adalah perempuan yang sama dalam loket ni? Layak ke dia di gandingkan?







"𝓜ama!! Good morning!" Jerit Ryan kuat.

Janna dan Hani yang tengah sedap lena terjaga akibat jeritan dari Ryan. Janna buka mata kecil lantas tersenyum.

"Good morning sayang."

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now