BAB 13

93 12 0
                                    

Janna meliarkan mata untuk mencari siapa empunya suara tersebut, tetapi tidak berjaya kerana ramai pengunjung yang mengunjung di Ala Canggung Cafe ketika itu.

"Siapa yang nyanyi tu?"

Mereka bertiga berpaling kebelakang.

"Oh aku kenal mamat tu. Tapi aku tak tahu nama dia pula. Yang aku tahu dia selalu lepak dekat sini. Kenapa Janna?" Tanya Shahrul.

"Suara dia sedap" Ucap Janna perlahan.

"Your guys know what, when Janna says that, aku percaya sebab ahli keluarga dia ni semuanya musician. Jadi tak pelik lah kalau dia puji suara lelaki tu sedap." Ucap Hisham

Janna hanya ketawa lantas kepala di gelengkan.

"Benda betul sedap suara dia. Buat apa nak menafikan lagi" Hujah Janna lantas meneguk air sirap di depan.

"Okay lah, kita tutup pasal kes mamat yang suara sedap tu. Ni Janna, aku nak tanya. Apa perkembangan pasal Zack? Official putus or?" Tanya Shahrul tiba-tiba.

Janna tersentak dengan pertanyaan dari Shahrul. Dia terfikir, If dia diamkan diri, akan mereka tahu yang dirinya tak ada jawapan yang tepat. If di beritahu tentang kebenaran, hatinya bagai disiat-siat, Ahh stressnya.

"Ha,ah yelah, aku memang suka bercakap dengan besi payung ni. Hai besi! Pekabo? Sihat ke?"Perli Shahrul.

"Haha! Josh, kita dah boleh hantar kawan kita ni ke Tanjung Rambutan." Ucap Hisham sambil ketawa kuat

Joshua ketawa sambil kepalanya terhangguk-hangguk. Meja di tepuk perlahan berkali-kali

"Aku rasakan kita kena letak Makeup sikit kat besi payung ni pastu letak Skirt pergh mesti mamat ni tergoda terus." Ucap Joshua bersama ketawa.

DENDAM ASMARAWhere stories live. Discover now